seismik

Orientasi Seksual Iqram Dinzly Dipersoal Akibat Mesej Lucah Bersama 'Pasangan'

Adakah benar Iqram Dinzly seorang gay?

Cover image via imgur.com

[TERKINI] Iqram Dinzly Nafi Bayar Soo Wincci Untuk 'Cover Line'

Minggu lalu, dunia hiburan tanah air gempar seketika apabila nama pelakon kacak, Iqram Dinzly kembali hangat menjadi perbualan kerana didakwa mempunyai hubungan sonsang.

ohbulan.com

Soo WIncci dan Iqram Dinzly.

Image via myartis.com

Kemudian, secara tiba-tiba penyanyi yang kini menempa nama di Taiwan, Soo Wincci tampil dan menjelaskan mesej-mesej tersebut hanyalah sekadar mainan sahaja.

ohbulan.com

Namun, dek kerana itu, ada pihak yang menganggap Soo Winci sengaja dan mungkin dibayar untuk ‘cover line’ bagi pihak Iqram dan ‘pasangannya’ itu.

ohbulan.com

"Takde Makna Saya Nak Bayar Dia, Cukuplah Dengan Apa Yang Dia Ada Kat Dalam Bank Tu, Mungkin Berjuta-Juta Kot Duit Yang Dia Ada," Kata Iqram

"Dia yang kata, i’m the one who started the game first , bagi saya tak suka nak ganggu reputasi dia, sebab saya rasa benda ni it just a small thing."

ohbulan.com

Iqram nafi bayar Soo Wincci untuk 'cover line' hubungan songsangnya.

Image via mstar.com.my

"Tak pelik pun sebab saya rasa diorang semua ada yang dah kahwin pun, untuk coverline tu tak kot. Saya rasa dari zaman saya berkawan dengan kawan saya yang lama pun dah ada cerita macam saya cover line untuk dia, bila saya kawan dengan Soo Winci pon ramai yang bercakap pasal saya dekat dia belakang-belakang."

ohbulan.com

"Nak kata saya peluk cium, tak ada pun. Sekarang ni masa saya untuk jadi diri saya sebenar, dimana saya bergurau pun, kalau orang boleh terima, terima, kalau tak boleh, saya tak boleh nak cakap apa sebab masing-masing punya pemahaman dan tafsiran," katanya lagi.

ohbulan.com

Iqram Bagaimanapun Risau Tindakan Akan Dikenakan Terhadap 'Pasangan'nya Itu Dan Turut Menegaskan Bahawa Dia Sememangnya Minat Pada Wanita

"Tidak adil untuk rakan saya terpalit sama dalam cerita tidak betul ini, saya mungkin seorang artis tetapi dia hanya pelajar di sana. Saya takut dia akan dikenakan sebarang tindakan pula. Jujur, rakan saya itu mempunyai seorang teman wanita jadi macam mana blog itu boleh laporkan kisah ini."

beautifulnara.com

Iqram tetap dengan pendiriannya.

Image via karangkraf.com

"Siapa tidak mahu kahwin, cuma jodoh itu belum sampai. Saya memang minat wanita. Saya harap sesiapa juga yang cuba menjatuhkan saya itu tahu bahawa setiap kelakuan kita akan mendapat balasan."

beautifulnara.com

"Jadi saya harap dia tahu apa yang dia buat ke atas saya kini mungkin akan berlaku ke atas dia atau orang terdekat dia," tambahnya lagi.

utusan.com.my

27 Mei: Orang Ramai Mula Mempersoal Orientasi Seksual Iqram Dinzly Apabila Perbualan Whatsapp Yang Berbaur Lucah Bersama 'Pasangan'nya Didapati Tersebar Di Internet

Baru-baru ini, kecoh dalam sebuah portal hiburan memuat naik gambar seorang pelakon dan pengacara, Iqram Dinzly yang dipercayai memasuki kelab malam dan melakukan hubungan songsang dengan seorang pelajar Malaysia di London.

kosmo.com.my

Perbualan Whatsapp Iqram bersama 'pasangan'nya pada 26 November 2013.

Image via wp.com

Salinan whatsapp berbaur lucah bertarikh 26 November 2013 sehingga 20 Disember 2013 dipercayai merupakan perbualan antara Iqram dan ‘pasangan’nya tersebar di internet. Sumber mengatakan Iqram turut menghantar sekeping foto alat sulitnya.

ohbulan.com

Berikut Merupakan Antara Perbualan Iqram Bersama Lelaki Terbabit Yang Bertarikh 2 Dan 3 Disember 2013

Perbualan Whatsapp Iqram bersama 'pasangan'nya pada 2 Disember 2013.

Image via rotikaya.com

Perbualan Whatsapp Iqram bersama 'pasangan'nya pada 2 Disember 2013.

Image via rotikaya.com

Perbualan Whatsapp Iqram bersama 'pasangan'nya pada 3 Disember 2013.

Image via rotikaya.com

Namun, Iqram Mempertahankan Perbuatannya Itu Dengan Menyifatkan Ia Hanyalah Satu Gurauan Bersama Rakan Biasa

“Dia merupakan teman saya. Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja. Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga. Bagi saya, ia tidak menjadi masalah."

ohbulan.com

Iqram Dinzly menyifatkan perbuatannya itu hanya sebagai satu gurauan bersama rakan.

Image via staticflickr.com

"Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri?"

mstar.com.my

"Saya merupakan seorang yang mudah mesra walaupun dengan orang yang saya baru kenali. Tidak mungkin untuk saya melakukan hubungan songsang kerana kami hanya berkawan seperti biasa," jelas Iqram

kosmo.com.my

Dalam Pada Itu, Iqram Walau Bagaimanapun Mengaku Pergi Ke Sebuah Kelab Malam Ketika Lawatannya Ke London November Lalu

Image via budiey.com

"Bagaimanapun saya mengakui ada berkunjung ke sebuah kelab malam di London tetapi bukan berfoya-foya, sebaliknya sekadar mahu melihat suasananya sahaja."

mstar.com.my

"Saya menafikan spekulasi hubungan songsang kerana tiada sebarang bukti yang mengaitkan kami berdua melakukan hubungan tersebut walaupun di dalam gambar," tambahnya lagi.

rotikaya.com

Kenyataan Iqram Berkenaan Mendapat Sokongan Daripada Rakan Artis, Soo Wincci. Melalui Laman Instagramnya, Perbualan Lucah Tersebut Hanyalah Sebagai Satu 'Dare' Yang Perlu Dilakukan Iqram.

Soo Wincci dipercayai merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap 'dare' yang diberikan kepada Iqram Dinzly dan lelaki terbabit.

Image via fansshare.com

Dalam kemaskini terbaru Instagram model jelita, Soo Wincci, dia ada meluahkan rasa bersalahnya dan memohon maaf dengan apa yang telah berlaku kepada Iqram dan lelaki tersebut.

ammboi.com

Permohonan maaf Soo Wincci melalui laman Instagram.

Image via ammboi.com

Menerusi kenyataannya, Soo Wincci menjelaskan yang mesej-mesej berbaur hubungan songsang ini adalah ‘dare’ atau cabaran daripada dirinya buat Iqram dan pelajar tersebut.

ammboi.com

Iqram Dinzly Juga Sudah Memberi Respon Terhadap Permohonan Maaf Dari Soo Wincci Dengan Menulis "It's okie Dear."

Respon Iqram kepada permohonan maaf Soo Wincci.

Image via imgur.com

“It’s okie Dear @soowincci , ain’t ur Fault , A Dare is A Dare by @soowincci “Sorry Guys @iqramdinzly @safrizalkasri , plz forgive me” via @PhotoRepost_app

ammboi.com

Ikuti Cerita Kontroversi Artis Tempatan Lain Di SAYS:

You may be interested in: