Padah Tayang Video ‘Bermanja’ Dalam Kereta, Pasangan Bakal Disaman JPJ
Padah rakam, kan dah kena saman.
Cover image via @sara.hsalleh / ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal mengambil tindakan ke atas seorang lelaki dan pasangan yang tidak memakai tali pinggang keledar serta duduk menghadapnya
Kejadian ini tular di media sosial apabila pasangan itu sendiri yang memuat naik video tersebut ke laman TikTok.
Menurut laporan dari Harian Metro, Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan mengatakan, pihak mereka sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
"Tindakan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit.
"Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka," katanya.
Tindakan undang-undang dan saman akan dikenakan terhadap kedua-dua pemandu dan penumpang sebaik siasatan selesai dibuat.

Ramai netizen marah dengan aksi berbahaya ini
Baru-baru ini tular di Threads apabila video kedua pasangan ini tersebar menunjukkan mereka sedang 'bermanja' ketika pasangannya sedang memandu.
Wanita itu pula tidak memakai tali pinggang keledar dan sebaliknya duduk bersandar kepada papan pemuka kereta yang disifatkan sangat berbahaya.
View on Threads
Ramai mengatakan jika berlaku apa-apa dan kereta tersebut menghadapi kemalangan wanita tersebut bakal mendapat kecederaan yang parah atau kehilangan nyawanya.
Ada juga yang tidak dapat bersangka baik apabila melihat video-video seperti ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


