seismik

Pakar Bedah Malaysia Ketuai Pasukan Australia Dalam Pembedahan Buang Ketumbuhan

Seorang doktor kelahiran Malaysia telah mengharumkan nama negara melalui kepakaran dalam bidang pembedahan.

Cover image via smh.com.au

Dr. James Leong Chin Sek, Pakar Bedah Dari Malaysia Mengetuai Pasukan Empat Pakar Bedah Di Australia Bagi Membuang Ketumbuhan Pada Wajah Seorang Budak Lelaki Warga Filipina, Jhonny Lameon

Pakar bedah plastik Dr James Leong Chin Sek, dari Malaysia mengetuai pasukan empat pakar bedah untuk membuang ketumbuhan yang mencacatkan wajah seorang budak lelaki Filipina, Jhonny Lameon yang berumur tujuh tahun di Monash Children's Hospital di Melbourne, Australia.

mylaunchpad.com.my

Dr James Leong Chin Sek.

Image via thesundaily.my

Dr Leong membesar di beberapa negeri di Malaysia, kerana bapanya Leong Teng Boon merupakan kakitangan awam sebagai jurukur tanah.

malaysiagazette.com

Menurut laporan, Dr James Leong Chin Sek, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, berkata Jhonny Lameon mengalami ketumbuhan di wajah yang membesar menerusi saraf di tengkorak.

mylaunchpad.com.my

Beliau Yang Bekerja Secara Pro Bono Atau Percuma Melakukan Pembedahan Berkenaan Selama 8 Jam Untuk Membuang Ketumbuhan Itu Dan Membetulkan Wajah Jhonny Secara Keseluruhan Pada Mac Lalu

"Saya menerima e-mel berserta gambar dan kisah Jhonny yang mengalami kecacatan teruk dan kami segera memutuskan untuk membantunya."

bernama.com

Ketumbuhan pada wajah Jhonny Lameon sebelum pembedahan.

Image via smh.com.au

"Pasukan kami di Monash Health menggerakkan semua sumber kami untuk membawa Jhonny ke Melbourne", kata Dr Leong, 48.

astroawani.com

Wajah Jhonny Lameon selepas pembedahan.

Image via smh.com.au

Budak lelaki itu menjalani rawatan pemulihan di Monash Children's Hospital dan di ladang pemulihan Children First Foundation's di Kilmore, 40km utara Melbourne.

mstar.com.my

Kecacatan Yang Dialami Jhonny Boleh Dianggap Sebagai Sesuatu Yang Agak Ganjil Dan Jarang Sekali Berlaku, Dengan Nisbah Seorang Dalam 10,000 Bayi Mengalami Nasib Seperti Itu

Dr Leong, alumni University of Melbourne, berkata kecacatan seumpama itu agak jarang berlaku, dengan kira-kira seorang dalam 10,000 bayi dilahirkan dengan kecacatan itu.

malaysiagazette.com

Hanya seorang dalam 10,000 bayi dilahirkan dengan kecacatan seperti ini.

Image via nydailynews.com

Beliau berkata kebanyakan kes seumpama itu sepatutnya dirawat pada peringkat awal iaitu selepas dikesan melalui pemeriksaan 'ultrasound'.

bernama.com

Ketumbuhan seperti ini sepatutnya dirawat lebih awal selepas dikesan melalui pemeriksaan 'ultrasound'.

Image via dailymail.co.uk

Tetapi dalam kes Jhonny, dia tinggal di kawasan amat miskin dan sudah hampir berumur tujuh tahun.

astroawani.com

Jhonny Yang Kini Buta Sebelah Mata Akibat Ketumbuhan Itu Sukar Untuk Mendapatkan Rawatan Intervensi Di Filipina Kerana Tinggal Di Kawasan Miskin. Oleh Sebab Itu, Pembedahan Terpaksa Dilakukan Di Australia.

Jhonny telah dinilai oleh pasukan daripada Interplast, badan bukan berasaskan keuntungan yang dibantu Rotary dan Royal Australasian College of Surgeons yang melakukan lawatan ke Filipina. Interplast kemudian menghubungi Dr Leong yang bersedia membantu kanak-kanak malang itu.

malaysiagazette.com

Keadaan persekitaran Jhonny yang miskin di Filipina menyukarkannya untuk mendapatkan rawatan.

Image via nydailynews.com

Dr Leong berkata disebabkan tiada kemudahan berhampiran rumah Jhonny, keluarganya tidak mampu mendapatkan rawatan intervensi di Filipina, pembedahan terpaksa dilakukan di Australia.

mstar.com.my

Jhonny telah buta sebelah mata akibat ketumbuhan itu.

bernama.com

Walaupun Buta Sebelah Mata, Keadaan Jhonny Lameon Kini Sudah Pulih Dan Dibenarkan Pulang Ke Kampung Halamannya Di Mindanao, Filipina

"Keadaannya sudah pulih sekarang, yang amat bermakna bagi dirinya," kata Dr Leong.

astroawani.com

Jhonny Lameon kini sudah pulih tetapi terpaksa hidup dengan sebelah mata buta akibat ketumbuhan tersebut.

Image via nydailynews.com

Dr Leong telah membenarkan Jhonny, yang ditemani ibunya Chochi, untuk pulang ke kampung halamannya di Mindanao. Bapanya seorang nelayan dan dia mempunyai 10 beradik.

mstar.com.my

Pada majlis bersama-sama media, Chochi Lameon berkata: "Dr James melakukan kerja dengan amat baik membuat hidung Jhonny. Jutaan terima kasih kepada Dr James. Saya berasa amat gembira kami boleh pulang ke rumah sekarang," katanya.

malaysiagazette.com

JUGA DI SAYS: [GAMBAR] Lapan Anak Muda Malaysia Berjaya Jelajah Greenland Dalam Masa 27 Hari

You may be interested in: