seismik

Pakar Bom Pulang Ke Malaysia Setelah 12 Tahun Meringkuk Di Penjara

Setelah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, pakar bom dari Malaysia, Taufik Abdul Halim akhirnya dibebaskan dan kini telah pulang ke tanah air.

Cover image via freemalaysiatoday.com

Taufik Abdul Halim, Rakyat Malaysia Selaku Pakar Membuat Bom Bagi Kumpulan Militan Jemaah Islamiah Akan Terus Dipantau Pihak Polis Supaya Dia Tidak Lagi Mengancam Keselamatan Negara

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Image via bharian.com.my

Pihak polis akan terus memantau aktiviti Taufik Abdul Halim, rakyat Malaysia selaku pakar membuat bom bagi kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) yang pulang ke tanah air Rabu lalu (12 November 2014) setelah menjalani hukuman penjara lebih 12 tahun di Indonesia.

bernama.com

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis akan sentiasa berhubung dan memantau aktivitinya dari semasa ke semasa supaya dia tidak lagi mengancam keselamatan negara dan orang ramai.

bharian.com.my

Walaupun Pernah Terlibat Dalam Beberapa Siri Pengeboman Di Jakarta, Pihak Polis Tidak Boleh Menahan Taufik Kerana Tidak Mempunyai Bukti Beliau Terlibat Dalam Mana-Mana Aktiviti Keganasan Di Malaysia

Menurut Ayob Khan, setibanya Taufik, 39, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam, dia telah dibawa oleh polis untuk ditemuduga, diberi nasihat dan peringatan agar tidak kembali terbabit dalam sebarang kegiatan militan.

themalaysiantimes.com.my

Taufik Abdul Halim diberi nasihat dan peringatan agar tidak kembali terbabit dalam sebarang kegiatan militan.

Image via imgur.com

Ditanya mengapa tiada tindakan susulan diambil terhadap Taufik, beliau berkata biarpun Taufik ditahan berikutan kes letupan di kompleks beli-belah Plaza Atrium di Jakarta pada 1 Ogos 2001, namun PDRM tidak mempunyai bukti untuk menahannya kerana dia tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti keganasan di Malaysia.

kosmo.com.my

"Perbincangan itu merupakan satu sesi yang agak panjang. Setakat ini, apa yang kita buat ialah menasihatinya agar tidak lagi terlibat dengan perkara yang bercanggah dengan undang-undang," katanya.

bernama.com

Difahamkan, Seramai 350 Tahanan Jemaah Islamiah Akan Dibebaskan Dari Penjara Indonesia Tidak Lama Lagi. Pihak Berkuasa Khuatir Mereka Akan Terlibat Dengan ISIS Pula Selepas Ini.

Tiada banyak perbezaan diantara ISIS dan JI.

Image via centralasiastar.com

Media tempatan sebelum ini melaporkan antara 300 hingga 350 tahanan Jemaah Islamiah akan dibebaskan secara berperingkat dari penjara Indonesia termasuk Taufik yang kehilangan kaki kanannya akibat pengeboman di Jakarta itu.

bharian.com.my

Ditanya sama ada pembebasan ratusan tahanan JI itu membuatkan mereka akan cuba terbabit dalam kegiatan militan Negara Islam (IS), Ayob berkata “tiada perbezaan antara JI mahupun Al-Qaeda kerana mereka mempunyai ideologi yang sama iaitu untuk terlibat dalam aktiviti keganasan."

themalaysiantimes.com.my

Selain Itu, Dengan Ideologi Dan Kepakaran Membuat Bom Yang Dimiliki Taufik, Tidak Mustahil Jika Anggota Jemaah Islamiah Menghubungi Taufik Semula Bagi Menggerakkan Kembali Militan JI

Menjelas lanjut, beliau berkata disebabkan kepakaran membuat bom dan ideologi yang dimiliki Taufik, kemungkinan masih ada anggota JI akan cuba berhubung semula dengannya.

kosmo.com.my

Anggota Jemaah Islamiah yang ditahan sebelum ini bakal dibebaskan tidak lama lagi.

Image via blogspot.com

“Kita risau mungkin ada perkara yang akan dibincangkan sesama mereka. Kemungkinan dia juga akan melatih orang awam yang ingin terlibat dalam keganasan. Dia bukan setakat pakar membuat bom malah pernah terlibat dalam kes mengebom gereja di Indonesia."

bernama.com

“Sekiranya mereka dibebaskan, memang ada risiko yang tinggi, kemungkinan mereka akan terlibat dalam kumpulan militan ISIS pula selepas ini,” kata Ayob Khan sambil menambah PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak polis serantau dan global dalam konteks menangani anti-keganasan.

bharian.com.my

Siapakah Taufik Abdul Halim? Taufik Dilapor Pernah Menjalani Latihan Bersama Al-Qaeda Selama Empat Bulan Dan Kemudian Terlibat Dalam Beberapa Siri Keganasan Di Jakarta.

Taufik Abdul Halim.

Image via straitstimes.com

Taufik yang kini dilaporkan berada di kampung asalnya di Kluang, Johor, pernah menjalani latihan dengan al-Qaeda di Afghanistan pada Oktober 1995 hingga Februari 1996.

themalaysiantimes.com.my

Selain pengeboman Plaza Atrium pada 2001, dia juga turut dikaitkan dengan insiden pengeboman di dua buah gereja di timur bandaraya Jakarta. Malah dia merupakan sebahagian anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan pernah terbabit dalam aktiviti keganasan di Ambon, Maluku pada 2000.

kosmo.com.my

Taufik Juga Merupakan Bekas Pelajar UiTM. Dia Dipercayai Terpengaruh Dengan Abang Iparnya, Zulkifli Abdul Khir Yang Menjadi Buruan FBI Sehingga Sekarang.

Taufik yang merupakan bekas penuntut jurusan seni bina Universiti Teknologi Mara (UiTM) terjebak dengan kumpulan pengganas selepas dipercayai dipengaruhi abang iparnya, Zulkifli Abdul Khir yang menjadi individu paling dikehendaki di Asia Tenggara dan diburu sehingga kini.

bernama.com

Individu paling dikehendaki di Asia Tenggara, Zulkifli Abdul Khir.

Image via blogspot.com

Zulkifli atau Marwan kini dipercayai berada di selatan Filipina bersama kumpulan Abu Sayyaf. Taufik juga pernah ditahan PDRM pada Oktober 1996 hingga November 1996 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

bharian.com.my

Ayob berkata dari 2001 hingga kini, pihak polis telah menahan 294 individu warga tempatan dan asing yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan.

themalaysiantimes.com.my

Ramai Rakyat Malaysia Turut Dilapor Terlibat Dengan Militan ISIS Di Syria, Iraq Dan Beberapa Negara Timur Tengah. Mereka Sanggup Meninggalkan Negara Demi Menyahut Seruan Jihad.

You may be interested in: