Kisah 7 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan

Selepas ditimpa pelbagai konfrontasi dikalangan ahli parti, perjuangan Pakatan Rakyat akhirnya menemui jalan noktah.

  • Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi kenyataan rasmi menyifatkan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud

      Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

    • Keputusan yang disimpul oleh Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat pada malam 15 Jun 2015 itu menyatakan muafakat yang diamalkan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat hampur lumpuh lantaran beberapa insiden sepanjang tahun ini.

  • Kenyataan itu turut dipersetujui oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

    • Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka menyatakan kekesalannya berhubung tindakan dua sekutunya, masing-masing PAS dan DAP hingga menyebabkan berakhirnya riwayat Pakatan Rakyat.

      "PKR kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di Muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang kami anggap tindakan tergesa-gesa."

      “Ekoran itu, gabungan politik Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal,” kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

      mstar.com.my
  • Perselisihan antara pucuk kepimpinan DAP dan PAS kian memuncak apabila PAS memutuskan untuk membentang rang undang-undang Hudud sekaligus melaksanakannya di Kelantan

  • Berikut adalah sedikit sejarah ringkas pembentukan Pakatan Rakyat tujuh tahun lalu yang mungkin ramai tidak tahu:

  • Pakatan Rakyat merupakan gabungan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Selain itu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menganggotai Pakatan Rakyat di peringkat Negeri Sarawak.

  • Penubuhan Pakatan Rakyat pada 1 April 2008 berikutan gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-12 8 Mac 2008

      Image from wikipedia.org Image via wikipedia.org
    • KEADILAN, DAP dan PAS mencipta sejarah dengan memenangi empat kerajaan negeri selain Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dan turut menafikan Barisan Nasional majoriti 2 per 3 di dalam Parlimen Malaysia.

      keadilanrakyat.org
  • Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama telah diadakan pada 19 Disember 2009 di Shah Alam. Pada acara ini, Dasar Bersama Pakatan Rakyat dilancarkan dengan menyentuh 4 elemen utama:

    • 1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.

      2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

      3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

      4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

    • Pada tanggal 20 April 2010, Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyertai PR setelah dibuang dari BN, namun 6 Mei 2011, parti tersebut bertindak keluar dari pakatan tersebut.

      mynewshub.cc
  • Dasar Bersama ini menggariskan iltizam PR untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman

      (Dari kiri) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Abdul Hadi Awang, dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

    • Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:

      1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

      2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

      3.Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

      facebook.com
  • Gabungan tiga parti besar kekal sehingga pilihanraya 2013, dengan mengekalkan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan

      Image from lucialai.org Image via lucialai.org
    • Bagaimanapun Pakatan Rakyat kehilangan Kedah atas faktor kecelaruan dalaman PAS yang tidak dapat dibendung sehingga saat akhir tarikh pilihanraya umum berkenaan.

      ummatanwasatan.net
  • PR yang dijuarai Anwar Ibrahim menafikan BN mendapat majoriti dua pertiga walaupun dapat membentuk Kerajaan Persekutuan

  • Gabungan BN – MCA dan GERAKAN juga telah ditolak oleh pengundi Cina hampir keseluruhan dan mengalami kemerosotan paling teruk sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, sama ada diperingkat negeri dan persekutuan

      Image from facebook.com Image via facebook.com
    • Hasil daripada kekecewaan itu, pucuk pimpinan MCA menolak sebarang lantikan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, exco negeri dan ahli jawatanakuasa kerajaan tempatan di seluruh Malaysia.

      ummatanwasatan.net
  • Sebelum wujudnya Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti itu bernaung di bawah Barisan Alternatif (BA), namun BA hanya mampu bertahan selama sembilan tahun sebelum DAP bertindak "angkat kaki" pada 21 September 2001

    • BA ditubuhkan pada 1999 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Gabungan BA terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

      Bagaimanapun BA tidak pernah didaftarkan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia sebagai sebuah parti utama seperti Barisan Nasional (BN). Oleh itu, logo BA tidak boleh digunakan semasa mana-mana pilihan raya kerana ia bukanlah satu parti yang berdaftar. Semasa pilihan raya, hanya simbol parti yang bertanding dibenarkan digunakan.

      ummatanwasatan.net
  • Dalam pada itu, penganalisis politik sebelum ini tidak menolak kemungkinan besar PR akan menerima nasib sama seperti BA kerana pucuk pimpinan masing-masing sudah tidak dapat menahan apa yang sedang berlaku

    • Penganalisis politik terutama ahli akademik melihat ‘huru hara’ terutama membabitkan fundamental perjuangan parti masing-masing seolah-olah mencari racun yang mula cair dan memasuki jantung pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Mereka turut meramalkan nyawa perikatan itu akan terlerai juga akhirnya.

      Isu hudud yang sedang diwar-warkan oleh PAS bahawa ia adalah teras perjuangan parti berkenaan tidak akan ditukar ganti.

      Dewan Ulama, Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pemuda dan Wanita PAS, senada berada di belakang Presiden Datuk Seri Hadi Awang, untuk meneruskan agenda hudud pada tahun ini.

  • Hasrat Pakatan Rakyat untuk menakluk Putrajaya bersama, nampaknya sekali lagi hanya tinggal angan-angan yang mungkin tidak akan berlaku sampai bila-bila

      Mampukah Putrajaya dirampas daripada kerajaan yang sedia ada sekarang?

  • Tahun lepas lagi, Lim Kit Siang telah meramal kehancuran Pakatan Rakyat selepas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim disuruh letak jawatan:

Most-read stories today

Leave a comment