seismik

3 'Mak Buyung' Kongsi Pengalaman Dan Mitos Yang Mereka Pernah Dengar Ketika Mengandung

Percaya atau tidak?

Cover image via SAYS

Mitos dan ibu mengandung berpisah tiada

Image via kompas.com

Mana-mana wanita mengandung mesti faham dan peka tentang lambakan mitos yang secara tidak langsung mampu "menghantui" pengalaman mengandung mereka selama sembilan bulan.

Mitos-mitos, kepercayaan karut, atau pantang larang ini sebenarnya cara orang tua dahulu menjaga ibu hamil daripada perkara yang boleh memudaratkan kandungan. Sama ada nak percaya atau tidak, itu terpulang pada individu.

Adakah ibu-ibu zaman sekarang masih percaya pada mitos? Kita tanya tiga ibu ini tentang pengalaman mereka dan lihat apa mereka kata:

Ibu #1: Amy Zuhaira.

Mitos: Makan daging untuk dapatkan anak lelaki.

Amy bersama anak perempuannya, Sara Helena.

Image via Amy Zuhaira

Menurut Amy, 28, dia sendiri tidak menyangka bahawa dirinya boleh percaya pada mitos mengandung. Namun, ibu kepada seorang anak kecil ini mengaku keadaan boleh berubah sepanjang membawa kandungan di dalam perut selama 9 bulan.

Image via Amy Zuhaira

"Sepanjang saya mengandung, ada macam-macam jugalah mitos yang saya dengar. Mitos untuk dapatkan anak lelaki pun ada! Caranya ialah banyakkan makan daging semasa mengandung.

"Saya yang memang inginkan anak lelaki sebagai anak pertama terus bulat-bulat percaya pada mitos tersebut. Jadi, saya pun amalkan tanpa melakukan apa-apa research tentang kesahihannya. Sama ada betul atau tidak, saya tak peduli," kata Amy.

Image via Amy Zuhaira

"Saya tahu, zaman sekarang ni dah moden. Dan ada juga orang yang menganggap mitos-mitos ibu mengandung ini semuanya tidak benar.

"Dulu saya pun tak percaya. Tapi bila dah mengandung, lain pula ceritanya. Mungkin disebabkan oleh keinginan saya untuk dapatkan anak lelaki yang telah mendorong saya untuk percaya.

"Walaupun begitu, akhirnya saya lahirkan anak perempuan. Alhamdulillah, saya bersyukur," katanya lagi.

Ibu #2: Syafika Syahiza.

Mitos: Jangan minum kopi, nanti anak hitam.

Fika bersama anak perempuannya, Alissa Khadija.

Image via Syafika Syahiza

Fika, 27, lebih memilih untuk tidak percaya pada mitos. Sebaliknya, dia jalani kehidupannya seperti biasa.

Image via Syafika Syahiza

"Lumrah orang mengandung, saya tak henti-henti dengar mitos itu dan mitos ini yang dikongsi oleh orang ramai. Saya sebenarnya agak rimas jugalah. Tapi memang tak boleh elak.

"Walaupun banyak yang saya dengar, saya memilih untuk tidak percaya. Sebab saya ni jenis keras kepala sedikit dan susah nak percaya benda yang bukan-bukan. Ini antara mitos yang saya rasa paling popular:

1. Jangan makan mi, takut nanti terbelit tali pusat
2. Tak boleh tidur banyak, nanti anak lahir jadi pemalas atau pendiam
3. Tak boleh minum ais, nanti tumpah darah masa bersalin
4. Jangan makan pedas, takut bayi panas dalam perut
5. Banyakkan minum soya, nanti anak lahir putih
6. Jangan minum kopi, nanti anak hitam

"Ada banyak lagi. Tapi cukuplah saya senaraikan enam sahaja," ujar Fika.

Image via Syafika Syahiza

Meskipun tidak percaya, Fika turut tidak terlepas daripada perasaan risau sekiranya mitos yang dikatakan itu benar.

"Jujur saya cakap, saya sebenarnya agak percaya juga pada mitos ais dan kopi tu. Rasa takut pun ada sebab saya memang kaki kopi dan kaki ais. Tapi saya tawakal saja.

"Tak kisahlah orang nak cakap apa pun tapi agak mustahil untuk saya tinggalkan ais dan kopi. Dua-dua pun saya sangat suka. Jadi, saya tak kurangkan pun pengambilan kopi dan ais sepanjang saya mengandung," tegas Fika.

Ibu #3: Dayang Amalina.

Mitos: Perut bulat, anak perempuan. Perut bujur, anak lelaki.

Dayang bersama anak perempuannya, Dayang Amani.

Image via Dayang Amalina

Semasa mengandung, Dayang, 28, berpeluang untuk menguji sendiri kesahihan satu mitos yang agak popular. Dan menurutnya, hasil ujian itu amat mengejutkan.

"Saya tak pasti betul atau tak. Tapi apa yang saya dengar, bentuk perut ibu mengandung akan menentukan jantina bayi di dalam perut. Kalau perut membulat, maknanya bayi yang dikandung itu perempuan. Kalau perut membujur atau melonjong, maknanya bayi lelaki.

"Nak jadikan cerita, kebetulan waktu tu saya dan seorang lagi kawan saya sedang mengandung. Jadi, kami berpeluang untuk uji sejauh mana kebenaran mitos ini. Boleh saya kata, saya sendiri terkejut dengan hasil ujian kami," kata Dayang.

Image via Dayang Amalina

"Sepanjang saya mengandung, perut saya memang membulat. Dan saya lahirkan anak perempuan. Kawan saya pula, perut dia membujur, dan dia lahirkan anak lelaki. Kami terkejut! Mula dari saat itu, saya terus buat kesimpulan bahawa mitos itu sebenarnya tepat," kata Dayang lagi.

Image via Dayang Amalina

Namun begitu, Dayang memberitahu perkara ini tidak pula berlaku kepada adiknya. Malah, hasilnya terbalik pula.

"Adik saya mengandung pun perut membujur, tapi dia lahirkan anak perempuan, bukan anak lelaki. Saya yang mula-mula percaya terus ada rasa ragu-ragu.

"Kesimpulan saya akhir sekali, saya rasa semua itu hanyalah kebetulan. Dan mitos mengenai bentuk perut ibu menentukan jantina anak adalah tidak benar sama sekali," jelasnya penuh yakin.

Terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak. Tapi yang penting, ini bukan mitos!

Sama ada anda bakal atau sedang merancang untuk menjadi seorang ibu, minuman tenusu ini dirumuskan untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi anda dan si manja dalam kandungan.

Inilah Anmum Materna.

Image via Anmum Materna

Susu pra-natal nombor satu di Malaysia, Anmum Materna dengan MindQ Connect mengandungi nutrien penting untuk menyokong perubahan mengagumkan untuk ibu hamil dan si manja dalam kandungan.

Ia merupakan satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan dan rendah lemak yang dilengkapi dengan probiotik DR10 dan inulin yang dapat membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.

Image via Anmum Materna

Lebih menarik, Anmum Materna kini boleh didapati dalam bentuk stik pek untuk dinikmati dengan mudah!

Stik pek Anmum Materna.

Image via Anmum Materna

Dengan hanya dua gelas sehari, Anmum Materna dapat memenuhi 100% keperluan kalsium harian penting untuk menyokong perubahan mengagumkan ketika hamil.

Maklumat lanjut sila layari www.anmum.com.my.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ibu bapa sila take note okay:

RM3 je!