seismik

"Parti Politik Kebelakangan Ini Makin Korup," Kata Tun M

Wang, harta, kuasa, gelaran, populariti dan macam-macam lagi lebih dipentingkan masyarakat masa kini daripada memberikan mutu kerja yang terbaik.

Cover image via integricityvisuals.com

Beberapa Hari Lalu, Malaysia Didapati Memperbaiki Kedudukan Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014, Naik Tiga Anak Tangga Berbanding Tahun Lepas Ke Kedudukan 50 Daripada 175 Negara

Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah 2014.

Image via mstar.com.my

Berdasarkan ukuran skor pula, Malaysia mencatat skor 52 berbanding 50 pada tahun lalu. Ia merupakan yang tertinggi pernah dicatat Malaysia sejak 2004.

Mengikut skor, 0 menandakan tahap rasuah paling tinggi, manakala 100 pula adalah paling bebas rasuah.

Selain itu, Malaysia juga merupakan negara kedua tahap rasuah paling rendah di belakang Singapura yang berada pada kedudukan ke-7.

Survei yang dijalankan Transparency International (TI) ini menilai tahap penerimaan rasuah di sektor awam dalam kalangan 175 negara.

Sementara itu, Transparency International Malaysia menyambut baik usaha kerajaan dalam memerangi rasuah.

astroawani.com

Meskipun Begitu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Berpendapat Amalan Rasuah Kini Sebenarnya Semakin Berleluasa Dan Tidak Lagi Seperti Dulu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Image via freemalaysiatoday.com

Parti politik kini diakui lebih banyak dicemari masalah rasuah kerana ramai ahli politik menggunakan kedudukan mereka untuk mengumpul kekayaan peribadi.

Dr Mahathir mengulas laporan mengenai Indeks Persepsi Rasuah 2014 yang meletakkan parti politik sebagai institusi dianggap paling korup, diikuti dengan polis dan kakitangan kerajaan.

sinarharian.com.my

Tun Mahathir Berkata Ada Di Kalangan Ahli Politik Hari Ini Sanggup Belanjakan Wang Yang Banyak Untuk Dipilih Memegang Jawatan

“Masa (zaman) saya (dahulu) pun ada juga rasuah. Kita tak boleh nafikan kewujudan rasuah di mana-mana, dalam kerajaan, sektor swasta. Tetapi parti politik kebelakangan ini makin korup kerana kepercayaan kalau jadi ahli politik (atau) dapat jadi pemimpin dalam parti politik, terutama parti yang berkuasa, ada peluang buat duit."

“(Mereka ini) bukan (sertai politik) pasal nak berjuang (tetapi) boleh dapat kontrak, boleh dapat macam-macam,” kata Tun Mahathir.

sinarharian.com.my

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wujud, Beliau Mengakui Sangat Sukar Bagi Mereka Untuk Mendakwa Ahli Politik Tanpa Ada Bukti Yang Kukuh Mengenai Salah Laku Rasuah

Image via ob21.net

Diminta mengulas mengenai hakikat hampir tiada pendakwaan membabitkan kes rasuah dibuat ke atas ahli politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Mahathir mengakui sukar untuk agensi itu mendapatkan bukti kukuh mengenai salah laku rasuah dalam kalangan orang politik.

“Memang susah sikit (SPRM nak dakwa) terutama kalau parti politik itu berkuasa. Nak dapatkan bukti yang boleh diterima mahkamah ini yang susah."

“Orang yang korup ini dia tak akan cerita. Orang (yang memberi suapan) pun tak akan cerita. Dia tak nak pergi mahkamah. Sebab itu susah nak dapat maklumat cukup untuk dakwa,” katanya.

sinarharian.com.my

Namun Beliau Menegaskan, Apa Yang Lebih Penting Kini Bukanlah Menahan Dan Mendakwa Individu Yang Melakukan Rasuah Semata-Mata Tetapi Cara Untuk Mencegah Rasuah

Menurutnya, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasuah, contohnya memendekkan tempoh memberi kelulusan dalam sesuatu projek selain memastikan proses itu jelas.

“Kalau proses ini mempercepatkan perkhidmatan kepada orang ramai, ia akan kurangkan rasuah. Dulu masa saya ambil alih jadi Perdana Menteri, bangunan tidak boleh dibina di Kuala Lumpur sebab permintaan tidak dilayan dengan cepat dan proses itu kadang-kadang mengambil masa sampai dua, tiga tahun."

“Jadi untuk percepatkan proses biasanya dihulur rasuah. Itulah yang jadi masalah. Tetapi kalau kita pendekkan masa itu dan lebih terbuka, saya fikir ia akan kurangkan rasuah. Sekarang ini banyak tumpuan kepada ambil tindakan terhadap orang yang terlibat rasuah tapi (usaha) tak ditumpu kepada pencegahan. Ia lebih penting,” katanya.

sinarharian.com.my

Tun Mahathir Juga Berpendapat Bahawa Pentadbiran Najib Kini Lebih Teruk Berbanding Pak Lah. BACA LAGI DI SINI: