Pasukan Debat UiTM Dinobatkan Juara Asia Selepas Tewaskan NTU Singapura
Tahniah Universiti Teknologi MARA! Nama Malaysia kini lebih harum di persada Asia.
Dua Pelajar Tahun Ketiga Fakulti Undang-Undang UiTM Telah Dinobatkan Juara Kejohanan Debat Parlimen British Asia Menewaskan Universiti Teknologi Nanyang Dari Singapura
Pendebat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengharumkan nama negara sekali lagi dengan memenangi Kejohanan Debat Parlimen British Asia, pertandingan debat kedua paling berprestij di Asia.
Pelajar undang-undang tahun ketiga, Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron, 21, dan Rafiq Saladdin Salahuddin Omar, 22, dinobatkan juara selepas menewaskan Universiti Teknologi Nanyang dari Singapura, Institut Pentadbiran Perniagaan (IBA) Dhaka dari Bangladesh dan pasukan UiTM lain dalam pertandingan akhir empat penjuru.
Selain Itu, Mereka Turut Mendapat Anugerah Pendebat Terbaik Dalam Kejohanan. Kejayaan ini Dianggap Sebagai Persediaan Terbaik Bagi Mereka Yang Bakal Memasuki Pertandingan Debat Universiti Dunia Hujung Tahun Ini.
Lebih sempurna, Mohd Mifzal juga dianugerahkan pendebat terbaik keseluruhan pertandingan manakala Rafiq dinamakan pendebat terbaik untuk pertandingan akhir.
"Kami benar-benar gembira dengan kemenangan ini. Ia sangat memberi impak yang besar kepada kami dalam menuju ke Pertandingan Debat Universiti Dunia (WUDC) pada akhir tahun ini."
"Mempunyai dua pasukan dari UiTM di peringkat akhir adalah sesuatu yang amat memberangsangkan kerana kami mengetahui bahawa peluang kami untuk memenangi pertandingan tersebut akan bertambah," kata Mifzal.
UiTM Merupakan Pasukan Malaysia Kedua Yang Merangkul Gelaran Juara Kejohanan Sejak Ia Mula Diperkenalkan Pada 2009 Selepas Multimedia University (MMU)
Kejohanan ini telah berlangsung dari 2 Oktober hingga 9 Oktober dan dihoskan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kuching. Pertandingan 8 hari ini melibatkan 76 pasukan dari 22 buah negara dari seluruh Asia.
UiTM telah berada di peringkat akhir dalam pertandingan ini selama empat tahun berturut-turut. Jadi, kemenangan ini merupakan sesuatu yang amat berharga.
Pasukan Malaysia telah merangkul gelaran juara pertandingan buat kali kedua dalam masa 5 tahun sejak kejohanan itu bermula pada tahun 2009. Sebelum ini, ia telah dimenangi oleh Universiti Multimedia (MMU).
Sementara Itu, Pendebat UiTM, Maizura Mokhsein Menjadi Pelajar Malaysia Pertama Merangkul Gelaran Pendebat Terbaik Pada Kejohanan Debat Terbesar Di Asia Menewaskan 350 Peserta Lain Pada Jun Lalu
Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Maizura Mokhsein berjaya merangkul anugerah Pendebat Terbaik dalam Kejohanan Debat Asia Bersatu (UADC) di Singapura baru-baru ini.
utusan.com.myMaizura, 23, berjaya menewaskan 350 peserta yang mewakili institusi pengajian tinggi di seluruh Asia pada kejohanan yang dianjurkan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura mulai 25 Mei hingga 2 Jun lalu.
utusan.com.myBeliau juga merupakan pelajar Malaysia pertama yang menerima anugerah berkenaan pada kejohanan debat yang terbesar dan paling berprestij di Asia itu.
utusan.com.myTahniah Diucapkan Kepada UiTM Kerana Telah Berjaya Melahirkan Insan-Insan Cemerlang Bertaraf Dunia. Semoga Terus Sukses Di Masa Hadapan.