Servis Cuci & Promo Durian Pun Boleh Jadi Modal Penipuan, Macam Mana Nak Elak Kena Scam?
Ikut tips bermanfaat ini untuk elak kena scam.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Maybank.
Sejak kebelakangan ini, banyak kes scam duit telah berlaku terutamanya selepas musim pandemik
Hampir setiap minggu, mesti ada antara kita yang terkena scam sehinggakan duit dalam bank lesap begitu saja. Tidak dinafikan, dengan kemudahan akses internet yang ada, memang ramai scammer yang mencipta cerita yang kononnya ‘macam yes’ untuk memperdaya kita.
Lebih-lebih lagi, promosi atau servis yang ditawarkan itu dilihat sangat meyakinkan. Scammer memang banyak taktik mereka untuk menipu kita. Jadi, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga sebelum terlambat.
1. Jika anda terjumpa fail APK, JANGAN muat turun!
Salah satu jenis scam yang paling banyak dilaporkan ialah scam melalui aplikasi palsu. Scam ini kebiasaannya menawarkan servis cuci rumah, promosi durian murah, pakej agensi pelancongan dan skim ganjaran lain melalui iklan di media sosial.
Mangsa pada awalnya akan tertarik dengan iklan tersebut. Seterusnya mangsa akan disuruh untuk memuat turun aplikasi palsu yang disuruh. Aplikasi itu akan meminta akses untuk menghantar atau melihat SMS. Ingat, jangan benarkan akses tersebut dan uninstall aplikasi dengan segera.
Jika anda memberi kebenaran, scammer boleh akses dan mencuri SMS TAC anda. Bukan setakat itu, data seperti nama pengguna, kata laluan, tetapan auto-isi dan history telefon anda pun mereka dapat tahu tau. Memang bahaya!
Jangan klik pautan atau imbas kod QR yang tidak dikenali dan tidak pasti kesahihannya. Pastikan anda hanya muat turun aplikasi yang sah di gedung aplikasi rasmi Google Play, HUAWEI App Gallery atau Apple App Store.
2. Jika laman pembayaran dilihat mencurigakan, TUTUP segera!
Lebih mengejutkan lagi, scammer juga bertindak licik mencipta laman web perbankan dan portal pembayaran palsu yang kelihatan hampir sama dengan yang sebenar supaya kita tertipu untuk log masuk. URL sebenar dan yang palsu hanya dibezakan dengan satu huruf ataupun nombor.
Apa yang lebih membahayakan adalah jika anda telah log masuk, scammer mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat seperti nama pengguna dan kata laluan. Perkara ini membolehkan scammer membuat pindahan wang dari bank anda.
Langkah penjagaan yang perlu anda ketahui:- Tutup pelayar jika laman web kelihatan mencurigakan
- Jangan log masuk jika input nama pengguna dan kata laluan berada pada halaman yang sama
- Jangan masukkan kata laluan anda jika imej atau/dan frasa keselamatan bukan milik anda
- Jangan log masuk jika imej atau/dan frasa keselamatan tidak dapat dimuat turun
3. JANGAN sesekali berikan nombor TAC anda kepada sesiapa!
TAC selalunya akan dihantar ke nombor mudah alih berdaftar untuk meluluskan transaksi dalam talian. Kadangkala, scammer cuba nak mencuri SMS TAC yang anda terima tau. Scammer akan menghubungi mangsa melalui WhatsApp untuk meminta nombor TAC. Mereka akan berpura-pura mengatakan yang mereka tersilap hantar kepada nombor mangsa.
Anda perlu ingat bahawa nombor TAC tidak akan tersalah hantar kepada nombor lain dan tidak boleh diterima sesiapa pun yang tidak membuat sebarang transaksi. Jika ada yang menghubungi anda untuk meminta nombor TAC, laporkan kepada pihak bank dengan segera!
4. Jika anda menerima panggilan daripada polis atau pihak berkuasa lain, TAMATKAN panggilan dulu dan hubungi nombor rasmi mereka untuk kepastian
Scammer juga aktif menyamar sebagai pegawai kerajaan, polis, pegawai bank, penyedia perkhidmatan, peruncit perniagaan atau kakitangan LHDN. Ramai yang akan terpedaya dan percaya kerana mereka mempunyai butiran lengkap seperti nama penuh dan info peribadi yang lain.
Berikut di bawah merupakan beberapa cerita 'macam yes' biasa dilakukan oleh scammer:- Anda telah menyalahi undang-undang seperti langgar-lari
- Anda tidak membuat bayaran cukai atau mempunyai tunggakan cukai
- Anda terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram
- Anda disiasat dan perbualan dirahsiakan kerana ia adalah maklumat sulit
- Anda telah memohon untuk kad kredit baharu atau kredit kad anda telah digunakan untuk membeli barang yang mahal.
Semua panggilan penipuan 'macam yes' ini selalunya bermula dengan suara operator automatik. Namun begitu, sebaik sahaja anda berpeluang untuk bercakap dengan pegawai sebenar kononnya, mereka akan memindahkan panggilan itu kepada pegawai palsu seolah-olah untuk perdaya dan mendesak anda.
Seterusnya, mereka akan meyakinkan anda untuk membuat pindahan wang ke akaun lain buat sementara waktu untuk tujuan siasatan. Tujuan mereka sebenarnya hanya mahukan duit anda dipindah keluar dari akaun anda.
Lebih teruk lagi, scammer akan menggunakan gambar profil logo berautoriti di media sosial atau WhatsApp untuk meyakinkan anda. Jika tidak pasti, tamatkan panggilan dan hubungi pihak berkuasa menerusi nombor rasmi mereka bagi mendapatkan kepastian.
Dengan talian hotline penipuan Maybank (03 5891 4744) yang bersedia 24/7, anda boleh mendapatkan bantuan!
Melalui kempen terbaru mereka #macamyesmaybenot, Maybank mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang penipuan yang berlaku.
Dengan memaklumkan rakyat Malaysia mengenai trend dan taktik penipuan semasa, mereka berharap orang ramai akan lebih berwaspada.
Jika anda mengesyaki telah memberikan info bank kepada scammer dengan tidak sengaja, anda boleh menghubungi talian hotline penipuan Maybank di 03 5891 4744 untuk tindakan pembekuan akaun bank. Laporkan insiden yang telah berlaku kepada pegawai bertugas agar mereka boleh membantu anda dengan sebaik mungkin.
Laporkan juga kepada saluran yang tersenarai di bawah supaya ramai tidak terpedaya:1. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)
- Jika anda ingin melaporkan tentang iklan palsu, anda boleh hubungi mereka di talian 03 2610 1599 atau 03 2610 1559. Anda juga boleh menghantar pesananj kepada 013 2111222 melalui WhatsApp jika anda menerima panggilan daripada scammer atau telah membuat sebarang transaksi ke akaun bank yang mencurigakan. Talian tersebut beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam.
2. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)- Anda boleh laporkan sebarang aktiviti penipuan yang melibatkan chat, panggilan atau media sosial yang mencurigakan melalui laman web mereka untuk siasatan lanjut.
3. Bank Negara Malaysia (BNM)
- Untuk sebarang penipuan berkaitan kewangan, anda boleh menghubungi telepautan BNM di 1-300-88-5465, yang beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja atau e-mel mereka di [email protected].
4. Media sosial
- Jika anda terjumpa mana-mana akaun atau iklan mencurigakan di Facebook, Instagram, Twitter, Telegram atau WhatsApp, anda boleh terus klik 'laporkan iklan atau profil sebagai penipuan' melalui platform masing-masing.
Ikuti perkembangan terkini di Facebook, Instagram dan Twitter Maybank untuk info tentang #macamyesmaybenot dan tips untuk elak kena scam.
Sentiasa berwaspada, ambil langkah berjaga-jaga dan ingatkan orang tersayang untuk lakukan perkara yang sama!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!