seismik

Pelajar 12 Tahun Hamil Anak Bapa Saudara Selepas Dirogol Setiap Bulan

Boleh bayangkan bagaimana dirogol oleh bapa saudara sendiri setiap bulan selama setahun?

Cover image via adviceadda.com

Seorang Kanak-kanak Perempuan Berusia 12 Tahun Mengandung Sembilan Bulan Selepas Beberapa Kali Dirogol Bapa Saudaranya Di Rumah Mangsa Di Sungai Besar, Selangor

Mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek sejak tahun 2013. Gambar sekadar hiasan.

Image via adviceadda.com

Mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai 2014.

sinarharian.com.my

Mangsa Dipercayai Dirogol Bapa Saudaranya Itu Sejak Berusia 11 Tahun

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd.

Image via sinarharian.com.my

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

sinarharian.com.my

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya.

karangkraf.com

Lebih Menyedihkan, Bapa Saudaranya Itu Pernah Berjanji Untuk Berkahwin Dengan Mangsa Walaupun Usianya Masih Muda

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

sinarharian.com.my

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

karangkraf.com

Suspek Kini Dalam Buruan Pihak Polis Manakala Mangsa Menerima Rawatan Di Klinik Kesihatan Sungai Besar

Mangsa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Besar.

Image via blogspot.com

Mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

karangkraf.com

Sehingga kini, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

sinarharian.com.my

Dalam Kejadian Berasingan, Seorang Pelajar Dari Pasir Mas, Kelantan Dirogol Dua Hari Berturut-Turut Oleh Seorang Abang Angkatnya Di Dua Tempat Berasingan, Juga Di Sungai Besar

"Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama."

sinarharian.com.my

“Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan,” katanya lagi.

karangkraf.com

Kedua-Dua Kes Disiasat Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika Sabit Kesalahan, Suspek Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Maksimum 20 Tahun Dan Sebatan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

karangkraf.com

JUGA DI SAYS: Kronologi Penuh Kes Dua Gadis Belasan Tahun Dirogol 38 Lelaki

You may be interested in: