Pelajar 20 Tahun Rela Dicabul Pensyarah Terkenal Untuk Lulus
Hanya kerana takut digagalkan dalam peperiksaan, seorang pelajar relakan dirinya diraba pensyarah.
[TERKINI] "Setakat Ini Saya Tidak Boleh Memberi Kenyataan Sebab Ianya Masih Dalam Siasatan" Prof Izzi
Dakwaan Prof Izzi mencabul seorang pelajar di UITM Arau, Perlis minggu lalu masih lagi dalam siasatan polis. Nampaknya, Prof Izzi masih tidak memberi jawapan samada dakwaan tersebut benar atau tidak.
bit.lyBuat masa ini, beliau memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen terhadap isu itu.
bit.lySikap Berdiam Diri Profesor Izzi Menimbulkan Rasa Tidak Puas Hati Netizen Di Laman Sosial
6 April: Benarkah Profesor Izzi Haji Ali Yang Meraba Pelajar Di Arau Tempoh Hari?
Secara tiba-tiba, Malaysia dikejutkan dengan dakwaan berserta dengan laporan polis yang mana Prof Izzi Haji Ali melakukan tindakan yang tidak senonoh terhadap seorang pelajar UiTM Arau, Perlis.
beritasemasa.com.myMangsa, Nur Shuhada Shahadan Sebelum Ini Telah Membuat Laporan Di Balai Polis Arau, Perlis Mendakwa Dirinya Dicabul Profesor Izzi Haji Ali
Nurul Shuhada binti Shahadan, dalam laporannya mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi Hj. Ali telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.
blogspot.comDek Kerana Status Profesor Izzi Yang Sangat Terkenal, Ramai Yang Mendapati Sukar Untuk Mempercayai Dakwaan Tersebut
Apa Pula Komen Profesor Izzi Sendiri Terhadap Tuduhan Ini?
Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba payudara seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.
terengganutoday.comNamun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.
terengganutoday.comSamada Betul Atau Tidak, Sama-Sama Kita Tunggu Laporan Selanjutnya. Apa-Apa Pun, Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal.
28 Mac: Seorang Penuntut Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Di Arau, Perlis Merelakan Dirinya Diraba Pensyarah Kerana Takut Digagalkan Dalam Peperiksaan
Bimbang gagal dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Arau, Perlis mendakwa terpaksa merelakan dirinya dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak beberapa bulan lalu.
hmetro.com.mySumber memberitahu, mangsa yang berusia 20 tahun, mendakwa diperlakukan sedemikian oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika berada dalam bilik suspek di IPT berkenaan, jam 2.30 petang Jumaat lalu (28 Mac 2014).
bharian.com.myPensyarah Terbabit Merupakan Seorang Pakar Motivasi Terkenal Yang Sering Muncul Dalam Beberapa Program Di Kaca TV Serta Radio
Kini, mangsa yang berusia 20 tahun tidak sanggup lagi diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen & radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau, selepas selesai peperiksaan akhir semester.
blogspot.comSuspek Dikatakan Meraba Mangsa Pada Bahagian Kaki Dan Juga Payu Daranya
Mangsa mendakwa dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an iaitu ketika di bilik lelaki berkenaan.
hmetro.com.myMangsa pergi ke bilik pensyarah berkenaan selepas diminta oleh suspek, kononnya bagi melakukan uji kaji. Sebaik memasuki bilik itu, suspek didakwa duduk di sebelah penuntut berkenaan di atas lantai, sebelum meraba kaki mangsa.
bharian.com.mySelepas itu, tangan suspek dikatakan mula beralih ke dada mangsa beberapa kali. Mangsa yang terkejut, cuba menghalang, namun takut dan terpaksa merelakan perbuatan itu.
cari.com.myMenurut Polis, Suspek Boleh Didakwa Mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan Kerana Mencabul Kehormatan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.
cari.com.my“Kita sudah menghubungi pensyarah itu dan masih menunggunya tampil bagi membantu siasatan serta diambil keterangan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.
bharian.com.my