Pelajar Malaysia Di Nottingham Ditikam Bertubi-Tubi
Sekali lagi isu keselamatan pelajar Malaysia di luar negara timbul apabila Ahmad Izat Ahmad Nazmi, pelajar Universiti Nottingham disamun dan ditikam 14 kali.
Kehidupan Seorang Pelajar Malaysia Di Nottingham Bertukar Ngeri Apabila Dia Ditikam 14 Kali Oleh Remaja-Remaja Juvana Pada 27 Januari 2014
Kehidupan Ahmad Izat Ahmad Nazmi, seorang pelajar Ekonomi Industri di Universiti Nottingham bertukar ngeri apabila dia ditikam selepas seorang budak berumur 10 tahun bertanyakan tentang masa kepada beliau.
astroawani.comAhmad Izat Ahmad Nazmi terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham, United Kingdom semalam.
utusan.com.myDalam Kejadian Kira-Kira Puku 6.50 Petang (Waktu Tempatan), Ahmad Izat Dikatakan Baru Pulang Daripada Menonton Perlawanan Bola Sepak
Pada Januari 27, jam 6.50 petang waktu tempatan, Izat sedang berjalan sendirian dari Jubilee Campus ke Dunkirk melalui sebuah lorong, di Wallaton Drive Hall menghala ke Hill Side.
astroawani.comTiba-Tiba Dia Didatangi Oleh 3 Orang Remaja Yang Berusia Linkungan 8-14 Tahun Bertanyakan Tentang Masa
Tiba-tiba dia didatangi oleh 3 orang remaja yang berusia linkungan 8 - 14 tahun bertanyakan tentang masa.
astroawani.comBelum pun sempat menjawab, remaja tersebut mengeluarkan pistol dan pisau lipat.
astroawani.comRemaja Berkenaan Bertindak Untuk Menyamun Dompet, Telefon Bimbit Dan Jam Tangan Walaupun Beliau Merayu Untuk Dilepaskan
"Mereka mengambil dompet dan telefon bimbit saya, mereka cuba juga untuk mengambil jam tangan saya dan saya meminta mereka berikan semua yang saya perlukan seperti ID pelajar, atau apa sahaja bentuk pengenalan, supaya saya boleh membuat laporan polis tanpa tanda nama", kata Ahmad Izat.
astroawani.com"Mereka berlari sebaik sahaja mereka mendapat jam tangan saya dan saya mula mengejar mereka. Itulah apabila tikaman bermula", jelas Ahmad Izat.
astroawani.comAhmad Izat Sempat Mengejar 3 Remaja Tersebut Dan Berjaya Menangkap Salah Seorang Daripada Mereka
Izat terus mengejar 3 remaja itu dan berjaya tangkap salah satu daripada mereka. Beliau kemudiannya meminta balik telefon bimbitnya dan kejadian itu bertukar ngeri apabila dua rakan remaja itu mula menikam beliau.
astroawani.comIzat menumbuk salah seorang daripada mereka di muka tetapi beliau menerima tikaman bertubi-tubi apabila dua lagi remaja juvana datang untuk membantu rakan-rakan mereka.
astroawani.comMenurut Izat, Terdapat Beberapa Pejalan Kaki Yang Menyaksikan Kejadian Tersebut Tetapi Tiada Seorang Pun Datang Untuk Membantu
Izat meminta tolong apabila beliau nampak beberapa pejalan kaki di kawasan itu tetapi tiada siapa yang datang untuk menolong.
astroawani.com“Sebenarnya apabila mereka mula menikam saya, terdapat beberapa orang yang baru balik dari kerja dan dalam perjalanan balik ke rumah mereka, tetapi tiada siapa yang datang untuk memberi bantuan. Saya fikir mungkin mereka hanya tidak mahu masuk campur”, jelas Izat.
astroawani.comAhmad Izat, "Saya Terkena Tikaman Di Kepala, Di Dada, Belakang Badan Dan Dikelar Di Beberapa Tempat Di Badan"
"Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa tempat di badan", kata Ahmad Izat.
utusan.com.myAkhirnya, seorang pejalan kaki yang murah hati melihat Izat dalam kesakitan, lalu membantunya dan melaporkan kepada polis. Polis kemudian datang dan membawa Izat ke hospital.
astroawani.comAhmad Izat Kini Stabil Dan Sedang Berehat Kerana Terhad Pergerakan
Walaupun mendapat 14 tikaman dan 11 jahitan, Izat terselamat dari pengalaman pahit itu. Kesnya kini disiasat.
astroawani.com“Walaupun diserang oleh beberapa remaja, saya bersyukur kerana dapat mempertahankan diri saya” katanya.
astroawani.com