Pelajar Tingkatan 6 Ditahan, Didakwa Jadi ‘Seller’ Bahan Lucah Di Sarawak
Difahamkan, pelajar itu didakwa menyimpan dan jual bahan pornografi.
Cover image via Sebenarnya & Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pelajar Tingkatan Enam disyaki menyimpan ribuan video dan gambar pornografi
Menurut laporan daripada Harian Metro, kandungan membabitkan kanak-kanak juga telah dijumpai disimpan oleh pelajar tersebut.
Lelaki berusia 19 tahun itu telah diberkas dalam operasi Op Cyber Guardian oleh pasukan D11, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada 6.10 petang.
Suspek melayari laman web pornografi melalui telefon bimbit
Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, serbuan telah dibuat ke atas sebuah rumah atas hasil maklumat risikan berkaitan aktiviti dalam talian.
"Suspek turut menunjukkan sejarah pelayaran bahan lucah dalam aplikasi media sosial dan enjin carian," katanya.
Pemeriksaan ke atas komputer riba milik suspek menemukan lebih banyak bahan itu yang telah diakses melalui internet.
Suspek didapati menyimpan sebanyak 936 video lucah dan 4,035 gambar pornografi di dalam telefon bimbitnya.
Pelajar itu dipercayai membuat aktiviti jual beli video lucah di aplikasi Telegram dan mempromosinya di platform TikTok.

"Bagaimanapun, suspek mendakwa tidak ketagih terhadap bahan berkenaan dan hanya menjadikannya sebagai sumber pendapatan," tambah beliau.
Pihak polis juga telah merampas barangan seperti telefon bimbit dan komputer riba untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Suspek kini telah direman selama tujuh hari bermula 8 April hingga 15 April untuk membantu siasatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


