seismik

Pelajar Tingkatan Tiga Maut Jatuh Siling Dewan Sekolah Di Perlis. Adakah Mangsa Dibuli?

Sejak kes ini dihebahkan media, pelbagai spekulasi timbul mengenai kejadian sebenar yang menimpa mangsa. Mana satukah yang benar?

Cover image via therakyatpost.com

Pada 1 Oktober 2014, Seorang Pelajar Tingkatan Tiga Ditemui Maut Selepas Terjatuh Dari Siling Dewan Sekolah Setinggi Kira-Kira 13 Meter Di Kangar, Perlis Ketika Waktu Persekolahan

Mangsa, Muhammad Hakimi Zulkefli meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka setelah jatuh tertiarap pada ketinggian hampir 13 meter.

Image via asiaone.com

Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, di Kangar, Perlis maut selepas terjatuh dari siling dewan sekolah pada 1 Oktober 2014.

hmetro.com.my

Mangsa, Muhammad Hakimi Zulkefli meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka setelah jatuh tertiarap pada ketinggian hampir 13 meter kira-kira jam 11 pagi itu.

sinarharian.com.my

Ketika Kejadian, Mangsa Dipercayai Memecah Masuk Pintu Belakang Dewan Lalu Memanjat Bahagian Siling Bangunan Untuk Mengambil Bola Takraw Yang Tersangkut Sebelum Terjatuh Dalam Keadaan Tertiarap

Ketika kejadian, mangsa dipercayai cuba mengambil bola takraw yang tersangkut di siling dewan sebelum terjatuh ketika cuba mendapatkannya.

hmetro.com.my

Pihak polis mengusung mayat mangsa keluar dari tempat kejadian.

Image via bharian.com.my

Mangsa yang berseorangan memanjat bahagian siling bangunan selepas memecah masuk pintu belakang dewan, sebelum jatuh dalam keadaan tertiarap.

bharian.com.my

Lubang siling dewan yang pecah setinggi kira-kira 13 meter.

Image via therakyatpost.com

Mayat pelajar itu ditemui pengawal keselamatan ketika mahu menyusun sejadah untuk pelajar menunaikan solat Zohor.

sinarharian.com.my

Sebaik Kejadian Itu Dimaklumkan Kepada Pihak Sekolah, Identiti Mangsa Gagal Dicam Berikutan Keadaan Muka Mangsa Yang Pecah. Hanya Bekas Pensil Yang Dapat Dijadikan Petunjuk.

Identiti mangsa gagal dicam berikutan keadaan muka mangsa yang pecah selepas ditemui dalam keadaan tertiarap.

Image via blogspot.com

“Beberapa guru yang dipanggil gagal mengecam muka mangsa, namun bekas penselnya menjadi petunjuk kepada identitinya apabila tertulis namanya di dalam bekas berkenaan."

hmetro.com.my

“Bekas pensel itu ditemui berada berdekatan dengan mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam dewan yang dijadikan tempat solat warga sekolah berkenaan,” kata sumber.

hmetro.com.my

Ketua Unit Pembangunan Dan Pendaftaran Jabatan Pendidikan Perlis, Yusuff Man Memberitahu, Mangsa Mengikuti Kelas Pendidikan Jasmani Sebelum Ditemui Maut Di Tempat Kejadian

Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa masuk ke kelas malah ikuti kelas pendidikan jasmani sebelum ditemui di tempat kejadian.

sinarharian.com.my

“Sepanjang waktu persekolahan dan sebelum kejadian, pelajar ini mengikuti kelas. Guru memang sentiasa memastikan pelajar ada dari waktu pertama hingga waktu keempat pelajaran. Pada waktu rehat, memang di luar kawalan guru. Mungkin kejadian itu berlaku pada waktu rehat,” kata Yusuff Man.

sinarharian.com.my

Kenyataan dari seorang pengguna Facebook mengenai insiden ini.

Image via blogspot.com

Dalam Laporan Lain, Terdapat Sumber Yang Mengatakan Mangsa Sebenarnya Dibuli. Dia Memanjat Siling Dewan Berkenaan Bagi Mendapatkan Semula Bekas Pensilnya Yang Telah Disorok Oleh Rakan-Rakan.

Menurut sumber, polis sedang mendapatkan bukti kemungkinan mangsa dibuli berdasarkan petunjuk awal, namun masih mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

hmetro.com.my

Kenyataan seorang pengguna Facebook mengenai laporan mangsa dibuli oleh rakan-rakannya.

Image via blogspot.com

Kenyataan seorang pengguna Facebook mengenai laporan mangsa dibuli oleh rakan-rakannya.

Image via blogspot.com

Adakah Benar Dakwaan Tersebut? Selepas Melakukan Siasatan, Pihak Polis Perlis Mengesahkan Tiada Elemen Buli Dikesan Dalam Insiden Kematian Ini.

Mangsa segera dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Image via nst.com.my

Ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berdasarkan siasatan dan rakaman percakapan dilakukan terhadap guru dan rakan mangsa di sekolah itu.

bharian.com.my

"Hasil siasatan menunjukkan tiada kemungkinan mangsa dibuli. Sebaliknya, polis akan terus menyiasat kemungkinan pelajar itu memanjat ke siling dewan yang dikatakan untuk mengambil bola takraw kerana mangsa dan rakannya dikatakan bermain sepak takraw berdekatan dewan ketika sesi pendidikan jasmani sebelum waktu rehat," kata Abdul Rahman.

bharian.com.my

JUGA DI SAYS: Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Kondominium Ditolak Teman Lelaki

More stories to read: