seismik

Pelajar UiTM Lendu Parah Ditikam Lima Kali Di Dada Oleh Penyamun

Berhati-hati para pelajar sekalian. Kes jenayah kini semakin merucing dan membimbangkan.

Cover image via thestar.com.my

[TERKINI] Pemuda Mengaku Salah Tikam Pelajar Perempuan UiTM Lima Kali

Anggota Polis membawa Rahim Othman dan Amir Fusyairi Ahmad Anuar, di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas tuduhan mencederakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Lendu pada 10 September lepas.

Image via sinarharian.com.my

Seorang penarik kereta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas dakwaan menyebabkan kecederaan ketika cuba merompak seorang pelajar siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebuah pangsapuri di Lendu, dua minggu lalu.

hmetro.com.my

Tertuduh, Rahim Othman, 20, dari Taman Mutiara di sini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Siti Irina Ridzwan, 20, semasa merompaknya di C-1-1 Apartment Dimensi, Jalan Dimensi Utama di sini pada jam 6.15 pagi.

sinarharian.com.my

Sementara Itu, Seorang Lagi Penarik Kereta, Amir Fusyairi Ahmad Anuar Bagaimanapun Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Bersubahat Dengan Rahim Bagi Pertuduhan Sama

Image via mstar.com.my

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang penarik kereta Amir Fusyairi AhmadAnuar, 40, didakwa bersubahat dengan Rahim menyebabkan kecederaan ke atas Siti Irina semasa rompakan itu pada tarikh, tempat dan waktu yang sama mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

mstar.com.my

Bagaimanapun, tertuduh daripada Taman Seri Lekir, Sitiawan, Perak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

mstar.com.my

Hakim Telah Menetapkan Tarikh 27 Oktober 2014 Bagi Mendapatkan Laporan Sosial Tertuduh Dan Jika Sabit Kesalahan, Tertuduh Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Maksimum 20 Tahun

Hakim, Nariman Badruddin membenarkan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 Oktober depan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh dan menjatuhkan hukuman.

sinarharian.com.my

Tertuduh yang berniaga sendiri didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

mstar.com.my

Pada Awal Pagi 10 September 2014, Seorang Pelajar Perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Parah Selepas Ditikam Sebanyak Lima Kali Dalam Satu Kejadian Samun Di Rumah Sewanya Di Pangsapuri Dimensi

Pangsapuri Dimensi dimana kejadian tikaman berlaku.

Image via kosmo.com.my

Seorang penuntut perempuan UiTM berusia 20 tahun parah ditikam penjenayah dalam kejadian samun di rumah sewanya di Lendu, Alor Gajah pagi tadi.

hmetro.com.my

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Siti Irina Ridzwan, 20, mengalami kecederaan serius akibat ditikam sebanyak lima kali di bahagian dada selain satu tikaman di tangan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau.

utusan.com.my

Kejadian Berlaku Ketika Pelajar Tersebut, Siti Irina Ridzwan Sedang Tidur Apabila Seorang Lelaki Menceroboh Masuk Biliknya. Lelaki Tersebut Bertindak Agresif Apabila Irina Cuba Melawan Lalu Menikamnya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur sebelum terjaga dan melihat kelibat seorang lelaki di biliknya yang tidak berkunci.

astroawani.com

Darah berlumuran di tempat kejadian.

Image via imgur.com

Menurut sumber, lelaki berkenaan menerpa sebelum menekan badan mangsa serta mengarahkannya supaya tidak menjerit.

kosmo.com.my

Disebabkan mangsa melawan dan menjerit, suspek bertindak agresif sebelum menikamnya beberapa kali.

astroawani.com

Lelaki Terbabit Bagaimanapun Sempat Melarikan Diri Dengan Terjun Dari Tingkat Satu Beranda Rumah Berkenaan. Duit Milik Irina Dan Rakan Serumah Serta Kunci Keretanya Berjaya Dilarikan Lelaki Itu.

Pengangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Abd. Rahman Jid berkata, mangsa mulanya tidak menyedari dia ditikam kerana menyangka hanya ditumbuk, tetapi selepas melihat darah yang banyak dia segera menjerit meminta tolong.

kosmo.com.my

Siti Irina Ridzwan terlantar di hospital.

Image via thestar.com.my

“Kejadian hanya disedari rakan serumahnya selepas mendengar jeritan mangsa dan pada waktu itu suspek telah melarikan diri,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.

kosmo.com.my

Tambahnya lagi, kejadian tersebut menyebabkan duit milik mangsa dan rakan serumah serta kunci milik mangsa dan rakannya dilarikan lelaki itu.

freemalaysiatoday.com

Irina Kemudian Segera Dihantar Ke Hospital Melaka Dan Dilapor Berada Dalam Keadaan Stabil. Menurutnya, Dia Hanya Terjaga Dari Tidur Selepas Menyedari Suspek Telah Berada Di Dalam Biliknya.

Siti Irina menerima kunjungan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (tiga dari kiri) di Hospital Melaka.

Image via therakyatpost.com

“Saya bangun dan dalam gelap nampak susuk badan (suspek) dan dia pandang saya sebelum suruh saya diam lalu menikam saya, namun ketika itu saya masih tidak sedar saya ditikam dan cedera."

karangkraf.com

“Saya kemudian melawan dengan menumbuk bahagian badan dia. Saya cuba kejar dan keluar menuju ruang tamu dan sedar saya cedera apabila darah membuak keluar dan tidak larat berjalan,” kata Irina.

karangkraf.com

Dalam Perkembangan Terbaru, Pihak Polis Kini Telah Mengenal Pasti Suspek Utama Kejadian Yang Dikatakan Tinggal Di Pangsapuri Dan Blok Yang Sama Dengan Mangsa

Pihak polis telah mengenal pasti suspek utama berhubung kes pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah yang ditikam dalam rompakan di Pangsapuri Dimensi, Lendu.

sinarharian.com.my

Abd. Rahman Jid berkata, siasatan awal mendapati suspek tinggal di blok yang sama dengan mangsa dan dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu rumah sewanya yang tidak berkunci.

utusan.com.my

Pihak Polis Berjaya Menahan Dua Lelaki Berusia 16 Dan 20 Tahun Dalam Satu Serbuan Di Sebuah Rumah Serta Berjaya Menemui Dua Kunci Kereta Dan Tiga Dompet Milik Mangsa Dan Rakan Serumahnya

Sehubungan itu ujarnya, polis telah melancarkan serbuan di sebuah rumah dipercayai tempat penginapan suspek dan menahan dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun untuk membantu siasatan selain menemui barangan milik mangsa di rumah berkenaan.

utusan.com.my

"Pemeriksaan di rumah suspek berjaya menjumpai dua kunci kereta dan tiga beg duit milik mangsa serta rakan serumahnya selain menemui kerambit dan dua bilah parang," katanya.

utusan.com.my

Dalam Satu Kejadian Di UPM Pada Bulan Mei 2014, Tujuh Pelajar Junior Dipaksa Lakukan Aksi Lucah Oleh Pelajar Senior

You may be interested in: