seismik

Pelancong Di Terengganu Pun Tak Boleh Berpakaian Seksi?

Selepas larangan wanita memakai pakaian seksi di Terengganu, pelancong turut terkena tempias.

Cover image via forum.lowyat.net

Baru sahaja dua minggu lepas, kerajaan Terengganu mengumumkan penguatkuasaan ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama pasangan yang bukan mahram

Terbaru, Terengganu juga bakal melaksanakan kod etika berpakaian untuk mana-mana pelancong yang melawat ke negeri itu, terutamanya wanita seperti yang dilaporkan laman Teganukita

Pelancong yang ingin melawat Terengganu harus mematuhi kod etika berpakaian seperti yang dirangka oleh kerajaan negeri.

Menurut laman portal berita Teganukita, surat pekeliling yang menyatakan garis panduan berpakaian yang akan diedarkan kepada semua agensi pelancongan di Malaysia dan ibu pejabat pelancongan di Malaysia termasuk negara jiran Singapura, Indonesia dan Thailand.

mstar.com.my

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata peraturan tersebut akan hanyat berkuat kuasa sebaik sahaja pekeliling mengenainya diedarkan

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Image via teganukita.my

Jidin berkata beliau pasti peraturan baharu itu, adalah selaras dengan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2001, tidak akan menghalang pelancong daripada melawat negeri itu.

"Sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan di tempat awam, hingga menimbulkan keghairahan, sepucuk surat dengan garis panduan akan dikeluarkan," katanya.

Beliau menjelaskan mesyuarat dengan Jabatan Agama Islam Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk menyediakan garis panduan, perincian kod etika pakaian yang boleh diterima.

mstar.com.my

Peraturan tersebut bagaimanapun tidak mewajibkan wanita dan lelaki mengikut 100 peratus kod berpakaian Islam, cuma pelancong asing dan tempatan harus berpakaian sopan

Sejak kod etika berkenaan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dua minggu lalu, pelancong asing dan tempatan telah mula menerima peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Mereka yang gagal berbuat demikian, akan dipanggil mengikuti sesi kaunseling. Bagi kes pesalah di bawah umur, ibu akan turut dipanggil untuk menghadiri sesi kaunseling, kata sumber itu lagi.

mstar.com.my

Tetapi, dalam perkembangan terbaru hari ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata perancangan itu tidak pernah dibincangkan

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Image via antarapos.com

Beliau berkata, tiada sebarang perancangan mahupun perbincangan mengenai perkara itu sambil menambah bahawa undang-undang sedia ada sudah cukup untuk menangani masalah berpakaian menjolok mata.

"Tidak, kami tidak pernah berbincang mengenainya. Saya sendiri terkejut apabila isu itu menjadi viral. Saya telah bercakap dengan pengerusi exco yang mengumumkan mengenai perkara itu dan ia seolah-olah salah faham. Kami tidak berniat untuk menguatkuasakan peraturan seperti itu kepada pelancong."

"Sekiranya seseorang itu berpakaian tidak sopan, terdapat undang-undang sedia ada untuk menanganinya dan kerajaan tidak berhasrat memperkenalkan peraturan baharu," katanya.

mstar.com.my

Hasil siasatan SAYS juga mendapati laman Teganukita telahpun memadamkan artikel berkenaan

Image via SAYS.com

Dalam berita lain, Indonesia baru-baru ini mendakwa Malaysia telah mencuri popiah mereka

You may be interested in: