seismik

Jangan Terkejut Jika Anda Menerima Resit RM1,415 Untuk Makan Tengahari

Hanya kerana ikan patin dan ikan kelah, harga terus melambung sehingga RM1,415.

Cover image via blogspot.com

Sebuah Kedai Makan Milik Haris Bakri Di Temerloh, Pahang Dikecam Hebat Apabila Didakwa Mengenakan Harga Yang Terlampau Tinggi Kepada Pelanggan

Image via blogspot.com

Kedai makan milik Haris Bakri Ismail, 46 di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.

lamankongsi.com

Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.

lamankongsi.com

Menurut Haris, Dia Tidak Pernah Menerima Apa-Apa Rungutan Sebelum Ini Dan Menganggap Harga RM1,415 Yang Dikenakan Bukanlah Sesuatu Yang Menghairankan

Resit berharga RM1,415

Image via blogspot.com

Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.

blogspot.com

“Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh," ujar Haris.

blogspot.com

Dia Menjelaskan Bahawa Para Pelanggan Tersebut Pada Mulanya Telah Bersetuju Dengan Harga Makanan Yang Dipesan

Haris Bakri menunjukkan ikan kelah merah yang berharga RM200

Image via blogspot.com

“Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan.”

pingje.org

“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut," jelas Haris.

lamankongsi.com

Haris Juga Turut Memuat Naik Sebuah Status Di Facebook Menerangkan Insiden Ini Kepada Umum

Berikut merupakan penjelasan tauke restoran, Haris Harley dan pelanggan, Mr Wong KK berkenaan harga makanan yang mencecah RM1,500.

mazeermohamad.com
Image via blogspot.com

Sebelum Ini, Sebuah Restoran Di Kelantan Juga Telah Mengecaj Harga Yang Tinggi Kepada Sekumpulan VVIP

Bagaimana Pula Dengan Harga RM312 Untuk Nasi Kandar?

You may be interested in: