Pelanggan Kecewa Makanan Tak Seperti Dalam Menu – “Nak Meniaga Jangan Guna Gambar AI”
Aduh lain sangat tu rupanya.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di media sosial mengenai pengalaman mengecewakan seorang pelanggan selepas menerima makanan yang didakwa jauh berbeza daripada gambar promosi digunakan oleh sebuah restoran
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Threads, pelanggan tersebut, dia pada awalnya membuat pesanan dengan harapan dapat menikmati hidangan yang menyelerakan selepas penat berdepan pelbagai masalah harian.
Namun sebaik sahaja makanan tiba di meja, perasaan teruja terus bertukar menjadi kecewa. Pelanggan itu mendakwa gambar promosi yang digunakan kelihatan terlalu sempurna sehingga dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Tolonglah nak meniaga tu jangan guna gambar AI. Bayangkan orang tengah lapar, dengan kepala otak tengah kusut… last-last dapat makanan macam ni. Kecewa betul," tulisnya.
Lebih mengecewakan, hidangan yang diterima bukan sahaja kelihatan tidak seperti dalam gambar, malah teksturnya juga keras dan liat seolah-olah tidak dimasak dengan sempurna. Keadaan makanan yang sudah sejuk turut membuatkan ia langsung tidak menyelerakan untuk dimakan.

Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian warga maya yang rata-ratanya turut meluahkan rasa terkejut melihat keadaan makanan berkenaan
Ada yang berseloroh mengatakan gambar menu level kayangan, makanan sampai level ujian kesabaran, namun ramai juga menyifatkan tindakan menggunakan gambar AI secara berlebihan sebagai satu bentuk pemasaran yang mengelirukan pelanggan.
Tidak kurang juga netizen yang berharap peniaga lebih jujur dalam mempromosikan makanan supaya pelanggan tidak meletakkan harapan terlalu tinggi sebelum membuat pesanan.
Antara komen netizen di laman Threads:



Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


