Remaja 17 Tahun PLKN Kantoi Seludup 15 Batang Rokok Dalam Roti
Baru beberapa hari masuk kem PLKN dah buat masalah.
Helah Seorang Pelatih Menyeludup 15 Batang Rokok Di Kem PLKN Sungkai, Perak Dibongkar Oleh Jurulatih
Kelicikan seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk menyeludup 15 batang rokok dengan menyembunyinya di dalam tiga biji roti sosej di Sungkai, Perak tidak kesampaian apabila helahnya terlebih dahulu dihidu oleh pihak pengurusan kem.

Tindakan remaja berusia 17 tahun itu dikesan ketika jurulatih kem tersebut melakukan pemeriksaan terhadap pelatih Kumpulan 2, Siri 11 yang baru melapor diri pada hari Rabu.

Remaja Terbabit Mendakwa Roti Yang Dibawanya Itu Ingin Dijadikan Sebagai Bekalan Ketika Latihan
Kawad kaki merupakan salah satu modul yang perlu diambil oleh setiap pelatih PLKN.
Image via syruzcamp.wordpress.comKetika melapor diri kepada pihak kem, remaja berkenaan mendakwa roti tersebut merupakan bekalan makanannya jika terasa lapar semasa menjalani latihan.
Semasa pemeriksaan dilakukan terhadap remaja itu, dia kelihatan tenang dan enggan menyerahkan roti tersebut.
Bagaimanapun, seorang daripada jurulatih yang memeriksa roti tersebut menemui lima batang rokok yang dibungkus kemas dengan plastik di dalam setiap biji roti.

Beliau Mungkin Akan Dikenakan Hukuman Atas Kesalahan Menyeludup Rokok
Kesemua rokok itu kemudiannya dirampas dan pelatih berkemungkinan akan dikenakan hukuman kerana kesalahan menyeludup rokok.