seismik

"Pelbagai Tawaran Hebat & Menarik" - Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 Kini Kembali

Lebih banyak penjimatan, keceriaan dan ganjaran, termasuk produk yang terjamin Halal!

Cover image via Smartmockups (Edited by SAYS Seismik) & Vecteezy

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Lazada.

Berita baik buat kaki shopping dan sentiasa mencari diskaun barangan untuk membeli-belah!

Image via GIPHY

Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7. kini kembali dengan pelbagai tawaran hebat, ganjaran dan shoppertainment yang hangat dari 7 Julai hingga 9 Julai 2022.

Dengan diskaun sehingga 70%, potongan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan dengan timbunan Lazada Bonus, ribuan peniaga dan baucar jenama dengan diskaun sehingga 77%, penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum serta Crazy Flash Deals serendah RM7.70.

Jualan kali ini diharap dapat memudahkan jutaan rakyat Malaysia untuk mencari tawaran terbaik dari ribuan jenama dan peniaga di Lazada, perintis wadah eDagang Asia Tenggara.

Selain itu, Lazada baru melancarkan Laz Halal, destinasi dalam talian untuk pelbagai produk diperakui Halal dengan pensijilan Halal JAKIM yang sah.

Alang-alang Raya Haji tidak lama lagi, para pembeli boleh membeli pelbagai keperluan dan produk Halal yang ditemui dalam halaman Laz Halal dengan harga yang menarik sempena Lazada Jualan Mega Pertengahan Tahun 7.7 ini.

Image via Lazada

Selain itu, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada ini juga berhasrat untuk menggalakkan lagi perniagaan, khususnya bagi PMKS tempatan untuk berkembang maju di wadah Lazada, dengan menderaskan jualan dan mencapai lebih ramai pelanggan.

Lebih 80% daripada para peniaga yang mengambil bahagian dalam Jualan Mega Pertengahan Tahun kali ini merupakan usahawan PKMS yang bergiat aktif dalam ekonomi digital di Malaysia.

Sejak awal tahun ini, Lazada meneruskan komitmen untuk menyokong para peniaga tempatan yang baharu menceburkan diri di wadah perniagaan dalam talian menerusi Hari Harimau New Seller Kickstarter Package.

Termasuklah menyediakan pelbagai insentif seperti penghantaran percuma, pengecualian komisen untuk membantu mereka menurunkan kos, sambil memberikan sokongan demi membantu para peniaga mengoptimumkan peluang dalam kempen seperti Jualan 7.7, serta berkongsi cara untuk meningkatkan jualan mereka melalui baucar, on-site banner, push notification, tawaran Crazy Flash Sales dan banyak lagi.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perjalanan keusahawanan digital anda bersama Lazada, anda boleh melayari laman ini untuk pendaftaran.

Lebih banyak penjimatan, keceriaan dan ganjaran untuk ditebus oleh para pelanggan

Dari 7 hingga 9 Julai, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7. akan semakin hebat apabila dihujani 15 juta LazCoins setiap hari khas untuk ditebus oleh para pelanggan

Tiada nilai perbelanjaan minimum yang disyaratkan bagi melayakkan mereka menikmati pulangan tunai, dengan insentif sehingga 77% dalam bentuk LazCoins*. 

Untuk menikmati lebih penjimatan, para pelanggan boleh mencari produk dalam aplikasi yang menawarkan LazCoins diskaun untuk penjimatan sehingga 20%

Para pelanggan juga boleh memilih untuk menebus LazCoins mereka sebagai pertukaran untuk ganjaran hebat daripada jenama terkemuka yang bernilai sehingga RM150,000, mulai sekarang sehingga 10 Julai.

Image via Lazada

Chup Dulu: Letak deposit untuk dapatkan tawaran terbaik

Fungsi pra-jualan Lazada, Chup Dulu kini kembali. Para pelanggan boleh membuat pra-pesanan set produk eksklusif dan barangan dengan diskaun hebat oleh jenama terkemuka, dengan cara meletakkan 10% deposit yang tidak boleh dikembalikan, mulai sekarang sehingga 6 Julai dan nikmati pulangan sebanyak 200 LazCoins*.

Para pelanggan cuma perlu membayar baki selebihnya pada 7 Julai, bermula 2 pagi, dan pembelian mereka akan akan diproses selepas pembayaran penuh.

Paling Chun: Tawaran bermula dari RM7.70

Mulai sekarang hingga 6 Julai, para pelanggan boleh menikmati diskaun hebat bermula dari RM7.70, bagi produk kategori kesihatan dan kecantikan, fesyen, sukan & rekreasi serta banyak lagi.

Tawaran Crazy Brand Mega dan Big Brand Surprise: Pilihan tepat untuk memperbaharui pertengahan tahun

Pada Jualan 7.7 kali ini juga, LazMall, destinasi jenama yang dijamin tulen oleh Lazada, akan membawakan tawaran Crazy Brand Mega Offers (CBMO) antara pukul 12 hingga 2 pagi pada 7 Julai untuk menikmati tawaran harga luar biasa. Antaranya barang elektronik seperti:

JBL Free II True Wireless In-Ear Headphones (RRP: RM649; harga CBMO: RM129)

Samsung Galaxy M33 5G (RRP: RM1,499; harga CBMO: RM799)

Huawei Matepad T10 4GB + 64GB (RRP:RM799; harga CBMO: RM599)

Dyson Cyclone V10 ™ Fluffy Cordless Vacuum Cleaner (RRP: RM3,599; harga CMBO: RM2,058) *Terhad kepada 350 unit.

Lenovo IdeaPad Gaming 3 (RRP: RM4,199; harga CBMO: RM2,399.20)

Para pelanggan juga boleh mengumpul sehingga 7 juta baucar dari pelbagai jenama bernilai RM10 tanpa perbelanjaan minimum, yang akan dikeluarkan setiap hari mulai sekarang hingga 7 Julai bagi semua pelanggan LazMall.

Jika anda terlepas diskaun hebat ini pada tengah malam, anda masih boleh merebut tawaran Brand Mega Offers sepanjang hari pada 7 Julai, dengan diskaun sebanyak 50% dari jenama kegemaran anda di LazMall.

Image via Lazada

Lazada Bonus: Diskaun RM10 bagi  setiap pembelian bernilai RM100*

Dari 7 hingga 9 Julai, para pelanggan yang membeli  produk terpilih dengan tanda Lazada Bonus boleh menikmati diskaun sebanyak RM10 untuk setiap pembelian RM100.

Apa yang menarik tentang Lazada Bonus ini ialah para pelanggan boleh menimbunkannya dengan baucar-baucar lain untuk lebih penjimatan, sekaligus membolehkan mereka untuk menikmati pembelian yang lebih berbaloi.

Lazada Wallet: Tambah nilai dan menang sehingga RM 1,177

Sepanjang bulan Julai, para pelanggan boleh menambah nilai sebanyak RM50 ke dalam Lazada Wallet untuk proses check out dengan lebih lancar dan mudah, di samping berpeluang untuk memenangi sehingga RM1,177 melalui halaman Tambah Nilai Balloon Blast.

Pengguna juga boleh menggunakan kredit Lazada Wallet mereka untuk membayar bil utiliti, dan diskaun sebanyak 27 peratus dengan perbelanjaan minimum RM20*.

Lazzie Hunt: Ganjaran memburu bernilai sehingga RM2,000,000

Dari 1 hingga 18 Julai, para pelanggan berpeluang untuk mengumpul Lazzie edisi istimewa dengan pelbagai cara, termasuklah dengan pembelian di Lazada, menambah nilai ke dalam Lazada Wallet, menjemput rakan-rakan, dan mengimbas kod QR menerusi jenama yang mengambil bahagian di seluruh negara, seperti cawangan terpilih Caltex, Maxis dan CIMB Bank.

Lazzie edisi istimewa ini kemudian boleh ditebus untuk ganjaran yang lebih hebat, termasuk Rebat Wallet, Baucar Penghantaran Percuma, Lazada Bonus dan hadiah berjenama! Kuiz khas juga akan diadakan menerusi Lazzie Hunt setiap hari pada jam 8 malam, dengan hadiah bernilai sehingga RM77,777 untuk dimenangi.

'Lazzie Walk' - Fungsi terbaru dan ganjaran untuk pelanggan yang aktif bersukan dan mengutamakan kesihatan

Image via Lazada

Lazzie Walk, fungsi terbaru dalam Lazzie Hunt, kini terdapat di aplikasi Lazada. Para pengguna boleh menubuhkan sebuah pasukan bersama rakan-rakan untuk menjejak langkah mereka dan memperolehi ganjaran!

Apabila mereka mencapai sasaran langkah tertentu, mereka berpeluang memenangi baucar jenama sukan serta pelbagai hadiah yang lain.

Para pelanggan Lazada yang mengutamakan kesihatan pula berpeluang menikmati tawaran dan penjimatan yang lebih banyak bagi pembelian barangan keperluan sukan menerusi LazSports.

Image via Lazada

Lazada Mid-Year 7.7 Mega Show

Pada 7 Julai pukul 9 malam, orang ramai boleh menonton Mid-Year 7.7 Mega Show di LazLive dan laman rasmi Lazada di YouTube, Instagram, Facebook dan TikTok.

Bagi menyaksikan selebriti terkenal secara langsung, seperti Nabila Razali, Anis Nabilah, Yaya Zahir, Intan Serah, Mark O’Dea, Neeta Manis, dan ramai lagi. 

Bintang-bintang tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ‘Team Revamp’ dan ‘Team Refresh’ yang akan bertanding sesama sendiri bagi merebut tawaran yang terbaik untuk penonton.

Dalam pada itu, penonton juga akan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuklah iPhone 13 Pro Max, LazCoins sebanyak 70,000, dan baucar bernilai RM30,000 dengan hanya dengan menonton persembahan berkenaan.

Image via Lazada

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7, klik di SINI atau muat turun aplikasi mudah alih Lazada di App Store, Google Play Store, atau HUAWEI AppGallery!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik