seismik

Australia Buka Peluang 178 Kerja Tenaga Mahir Baru Buat Mereka Yang Mahu Berhijrah Ke Sana

Mungkin ini peluang anda untuk bekerja di luar negara!

Cover image via ivyoverseas.com

Baru-baru ini, Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia telah mengumumkan senarai pekerjaan tenaga mahir baru untuk program pengambilan imigresen bagi tahun 2017-18. Ia berkuatkuasa bermula 1 Julai 2017, Sabtu lalu.

Image via Huffpost

Senarai pekerjaan tersebut mempunyai lebih 178 pekerjaan tenaga mahir baru yang mana pemohon memerlukan DUA visa pekerja ini untuk membolehkan mereka bekerja di sana iaitu:

1. Employer Nominated Scheme (subclass 186) – Direct Entry Stream
2. Temporary Work (Skilled) visa (subclass 457)

Mereka boleh bekerja dalam bidang kemahiran awam yang terbahagi kepada dua iaitu Medium and Long-term Strategic Skills List (MLTSSL) dan Short-term Skilled Occupation List (STSOL).

Buat pemohon yang mempunyai visa subclass 457, tempoh visa maksimum yang disyaratkan adalah 2 tahun jika pekerjaan anda itu di bawah STSOL melainkan tempoh yang lebih lama diperlukan untuk memenuhi kewajipan perdagangan antarabangsa.

4 tahun adalah tempoh visa maksimum yang disyaratkan jika pekerjaan anda berada di bawah MLTSSL.

Migrasi tenaga mahir dikatakan laluan yang paling realistik untuk mereka yang ingin berhijrah ke Australia, kerana majikan tempatan sering merekrut pekerja luar negara atas sebab permintaan tinggi dan kekurangan tenaga mahir di dalam negara

Selaras dengan pembaharuan ini, kerajaan Australia akan memperbaharui senarai ini setiap enam bulan sekali. Senarai ini disemak berdasarkan konsultasi dan nasihat yang luas dari Jabatan Pekerjaan serta Jabatan Pendidikan dan Latihan tempatan.

Pemohon yang memerlukan penilaian kemahiran sebagai sebahagian daripada permohonan visa mereka mestilah menghubungi pihak berkuasa penilai yang berkaitan secara langsung untuk mendapatkan penilaian kemahiran

Pihak berkuasa penilai akan menyediakan semua borang permohonan yang diperlukan dan maklumat yang berkaitan dengan penilaian. Caj juga akan dikenakan oleh pihak berkuasa penilai untuk penilaian tersebut.

Di bawah adalah senarai penuh pekerjaan yang ditawarkan:

Untuk maklumat lanjut tentang cara berhijrah ke Australia sebagai profesional yang mahir dan butiran lain yang berkaitan, klik SINI.

Maklumat lanjut mengenai jenis visa dan pihak berkuasa penilai boleh didapati di sini.

Petik buah di Australia? Ini artikel tentang realiti bekerja di sana:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: