Pemandu Bas Pulau Pinang Ditikam Wanita Kurang Siuman Kerana Silap Berhenti
Satu senjata tajam dikeluarkan dan mangsa terus ditikam di bahagian paha kerana suspek tidak berpuas hati.
[TERKINI] Wanita Tikam Pemandu Bas Diarah Ke Tanjung Rambutan
Mahkamah Majistret di Georgetown memerintahkan seorang penghantar sayur ditempatkan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak, selama satu bulan bagi menjalani rawatan dan pemantauan atas tuduhan mencederakan seorang pemandu bas Rapid Penang dengan sengaja.
hmetro.com.myMajisret, L Umardevi mengeluarkan perintah tersebut ke atas Chong Lan Keow, 49, selepas peguambela tertuduh, Norliza Mohd Ali memohon mahkamah berbuat demikian dengan alasan anak guamnya mengalami masalah jiwa.
hmetro.com.myBagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu jika sabit kesalahan.
hmetro.com.my8 Oktober: Pemandu Bas Mungkin Kehilangan Kaki Akibat Rosak Saraf
Pemandu bas Rapid Penang, Aisyamuddin Yaacob yang ditikam beberapa kali di bahagian paha oleh seorang penumpang wanita kurang siuman tempoh hari mungkin akan kehilangan kakinya walaupun doktor di Hospital Pulau Pinang bertungkus-lumus ingin menyelamatkan kakinya itu.
Ketua Jabatan Komunikasi Rapid Penang, Rafidah Abdul Karim berkata kaki kanan Aisyamudin, 27, mungkin akan dipotong kerana mengalami kecederaan serius disebabkan oleh tikaman tersebut.
"Kami khuatir arteri dan saraf di paha kanannya rosak teruk. Aisyamudin juga kehilangan banyak darah akibat luka tikaman yang dalam. Ada kemungkinan kaki kanannya terpaksa dipotong. Doktor telah pun melakukan pembedahan untuk membuang darah beku di dalam luka itu dan kami hanya mampu berdoa agar semuanya selamat," kata Rafidah.
Ekoran Kejadian Malang Tersebut, Syarikat Prasarana Akan Mengkaji Semula Langkah-Langkah Untuk Mempertingkat Keselamatan Kapten Bas
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang memiliki dan mengendalikan perkhidmatan bas RapidPenang akan bekerjasama dengan kesatuan sekerja Rapid Bus Sdn Bhd untuk mengkaji langkah-langkah untuk mempertingkatkan keselamatan para kapten basnya.
myrapid.com.myNamun, Pengarah Kumpulan Divisyen Bas Kumpulan Prasarana merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Zulkifli Mohd Yusoff menyeru semua pihak supaya bersikap rasional dan tidak bertindak secara terburu-buru kerana kejadian tersebut sesuatu yang terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
myrapid.com.my“Kami memandang berat terhadap kejadian yang mengejutkan dan tidak diduga tersebut. Kami sedang dan akan memberi bantuan dan sokongan yang sewajarnya demi kebajikan Saudara Aisyamudin dan keluarganya, kata Zulkifli.
myrapid.com.mySelain Itu, Prasarana Juga Akan Meningkatkan Tahap Keselamatan Dengan Memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) Pada Semua Bas Rapid Penang Menjelang Akhir Tahun
Prasaran akan meningkatkan tahap keselamatan termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) pada semua bas RapidPenang bagi mengelakkan kejadian seorang pemandu bas ditikam penumpang wanita daripada berulang.
hmetro.com.myZulkifli berkata setakat ini 110 daripada 330 buah bas Rapid Penang telah dipasang CCTV manakala selebihnya pada tahun depan.
mstar.com.my"Bagaimana pun ia (pemasangan) akan dipercepatkan mungkin pada hujung tahun ini atau Januari depan," katanya kepada pemberita selepas melawat pemandu bas Rapid Penang yang cedera parah ditikam, di Hospital Pulau Pinang pada 7 Oktober 2014.
mstar.com.myPada Pagi 6 Oktober 2014, Seorang Pemandu Bas Rapid Penang Parah Ditikam Di Bahagian Paha Oleh Seorang Wanita Yang Dipercayai Kurang Siuman Di Relau, Georgetown
Malang tidak berbau bagi seorang pemandu bas Rapid Penang apabila parah ditikam di paha kanan oleh seorang penumpang wanita yang dipercayai kurang siuman pada pagi 6 Oktober 2014.
astroawani.comKejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi di Relau, Georgetown menyebabkan mangsa, Aisyamudin Yaacob, yang berusia 27 tahun itu mengalami pendarahan teruk serta masih tidak sedarkan diri di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang.
astroawani.comDifahamkan, Wanita Terbabit Bertindak Mengeluarkan Satu Senjata Tajam Dan Menikam Paha Mangsa Ekoran Tidak Berpuas Hati Dengan Tindakan Mangsa Yang Tidak Memberhentikan Bas Di Tempat Kebiasaan Wanita Itu Turun
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai, Anuar, 30-an, berkata ketika kejadian dia menaiki bas berkenaan dari Jeti Pengkalan Weld untuk pulang ke rumahnya.
bharian.com.my"Suspek menaiki bas berkenaan di sebuah stesen di Air Hitam sebelum menekan loceng untuk berhenti di rumahnya dekat Green Garden. Bagaimanapun, pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di stesen bas berhampiran."
bharian.com.my"Wanita itu berang kerana pemandu bas berkenaan enggan memberhentikan bas di hadapan rumahnya bertindak mengeluarkan satu senjata tajam dan menikam paha mangsa," katanya.
bharian.com.myMangsa Yang Cedera Parah Kemudian Memberhentikan Bas Di Tepi Jalan Sebelum Dikejarkan Ke Hospital Pulau Pinang. Wanita Terbabit Bagaimanapun Berjaya Melarikan Diri Sejurus Kenderaan Diberhentikan.
Mangsa yang cedera parah kemudiannya memberhentikan bas di tepi jalan sebelum meminta bantuan salah seorang rakan sekerjanya yang kemudiannya bertindak menghubungi ambulan.
astroawani.comMangsa kemudiannya tidak sedarkan diri akibat kehilangan banyak darah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.
astroawani.comSuspek yang berusia lingkungan 40-an bertindak melarikan diri sejurus kenderaan tersebut berhenti di tepi jalan.
astroawani.comKetua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid Berkata, Ketika Kejadian Terdapat Beberapa Penumpang Lain Di Dalam Bas Dan Pihak Polis Kini Sedang Berusaha Mengesan Wanita Terbabit
Difahamkan ketika kejadian, terdapat hanya lima penumpang yang berada di dalam bas tersebut. Katanya, bas tersebut juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
astroawani.com"Setakat ini polis belum merekod keterangan mangsa kerana keadaannya masih kritikal dan kami meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," kata Mior.
mstar.com.myBeliau berkata, usaha mengesan wanita yang menikam pemandu bas berkenaan giat dijalankan.
mstar.com.myDalam Perkembangan Terbaru, Pihak Polis Berjaya Menahan Wanita Kurang Siuman Tersebut Serta Turut Merampas Pisau Yang Dipercayai Digunakan Suspek Ketika Menikam Mangsa
Wanita kurang siuman yang menikam pemandu Bas Rapid Penang ditahan polis di tepi jalan Paya Terubong. Mior Faridalathrash berkata suspek ditahan ketika mahu menaiki bas jam 7.30 pagi keesokan harinya.
bharian.com.myKatanya, polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika menikam mangsa.
bharian.com.my