Pemandu Bas Wanita Akan Dibayar Sebanyak RM3000
Kaum wanita khususnya golongan ibu tunggal di Lembah Klang kini berpeluang menambah pendapatan isi rumah apabila Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid) mengumumkan 500 kekosongan sebagai pemandu atau kapten bas dengan gaji mencecah RM3,000 sebulan.
500 Pemandu Bas Wanita Diperlukan Di Lembah Klang
RapidKL mempelawa wanita terutama ibu tunggal mengisi kira-kira 500 jawatan pemandu bas atau lebih dikenali sebagai kapten bas untuk membawa penumpang di sekitar Lembah Klang.
utusan.com.myKetua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, penyertaan wanita dalam kerjaya itu amat dialu-alukan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
utusan.com.myBeliau Berkata, Tawaran Gajinya Adalah Sekitar RM3,000 Sebulan Termasuk Pemberian Pelbagai Elaun Dan Insentif Perkhidmatan Serta Struktur Kerjaya Yang Progresif
“Menerusi Rapid Bus Sdn Bhd dan Syarikat Prasarana Negara Berhad, kerajaan sentiasa berusaha membuka ruang untuk wanita menjadi pemandu bas, malah pelbagai elaun dan insentif perkhidmatan turut disediakan untuk mereka," tambah beliau.
hmetro.com.my“Bagaimanapun, bilangan wanita yang memohon menjadi pemandu bas masih kecil, malah ketika ini RapidKL memerlukan lebih 500 pemandu wanita untuk bertugas di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Seminar Pemandu Bas Wanita Bersama RapidKL di sini, semalam (5 Februari 2014).
hmetro.com.myLatihan Akan Diberikan Kepada Mereka Yang Berminat Untuk Menjadi Seorang Pemandu Bas Berkemahiran
Setakat ini hanya 60 kapten bas wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an yang berminat dengan kerjaya tersebut.
kosmo.com.my"Latihan akan diberikan kepada mereka yang berminat untuk menjadi seorang pemandu bas berkemahiran dan kita mengajar mereka sehingga menjadi pemandu yang baik," katanya demikian dalam sidang akhbar Seminar Kerjaya Pemandu Wanita Bersama RapidKL, di sini hari ini.
utusan.com.mySeminar Itu Dirasmikan Oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun
Azizah berkata, penglibatan wanita dalam kerjaya pemandu bas itu secara tidak langsung dapat mencapai sasaran untuk memiliki 55 peratus tenaga kerja wanita menjelang 2015. Beliau menambah, isu gender tidak perlu timbul lagi dalam soal pemilihan kerjaya pada zaman era globalisasi ini.
utusan.com.my"Kajian Universiti Bradford pula, wanita mempunyai daya fokus lebih lama daripada lelaki. Selain itu, kadar pematuhan undang-undang dalam kalangan pemandu wanita adalah lebih tinggi," katanya.
utusan.com.my