'Salah Ke Cancel Booking?' - Pemandu Uber Viralkan Muka Pelanggan Kerana Batal Tempahan
"Terima kasih dengan cacian maki dari rata-rata pemandu Uber/Grab."
Seringkali kita dijaja dengan cerita yang kurang enak mengenai pemandu dan penumpang Uber/Grab di media sosial
Macam-macam cerita dihebohkan seperti pemandu meninggalkan penumpang di tepi jalan, pemandu yang bertindak melakukan aksi seksual, penumpang yang degil dan tidak bersetuju dengan terma dan syarat, dan banyak lagi.
Bukan nak kata servis Uber/Grab ini tidak bagus. Cuma, apabila sesuatu konflik timbul, maka media sosial akan dijadikan medan untuk bercerita pengalaman, pada masa yang sama menyebarkan kesedaran kepada orang ramai.
Sama juga seperti lagi satu kes yang viral sejak semalam ini. Seorang netizen di FB, Rahmat Amin Ismail menceritakan satu detik di mana seorang pemandu Uber/Grab memuat naik foto beliau hanya kerana beliau membatalkan tempahan.
Sampai je di KLIA memang saya tekan Grab untuk pulang ke rumah. Bila sudah booking dan driver itu sendiri sudah call untuk mengesahkan booking, tiba tiba sahabat saya dari Selayang ingin mengambil saya di airport tanpa sebarang harga. Dan saya cepat-cepat tekan cancel booking di Grab sebelum pemandu itu sampai ke lokasi pengambilan. Adakah itu kesalahan? Kalau ada kesalahan sila lampirkan kalau itu ada salah di sisi undang-undang? Pemandu itu pun sudah saya beritahu sebab apa saya cancel booking.
Beliau bagaimanapun terkejut apabila mendapat tahu bahawa foto beliau telah disebarkan di FB dengan dakwaan 'menipu pemandu' keesokan harinya
Tapi bila tiba keesokan harinya, ramai kawan-kawan saya kata muka saya di Facebook kerana tipu Uber/Grab. Saya nak tanya kepada semua Uber/Grab, adakah saya bersalah sampai dicaci maki? Kenapa saya dicaci maki? Disebabkan saya cancel booking? Adakah salah jika pelanggan cancel booking sebelum driver sampai ke lokasi pengambilan?
Bersama ini saya masukkan gambar bukti saya cancel booking & sudah meminta maaf cancel booking. Kalau pemandu Uber/Grab berfikir saya berniat untuk bermain dengan booking, harap maaf bukan niat untuk nak bermain dengan apps Uber/Grab. Kalau tak boleh cancel booking jangan ada button untuk cancel booking. Buat apps sendiri yang tak ada cancel booking.
"Ayah aku pun pemandu teksi so memang aku faham marah tu macam mana tapi janganlah jadi Melayu yang depan cakap lain belakang cakap lain."
Kepada saudara, semoga tuan hidup dengan rezeki yang diberiNya bukan dari apps Uber/Grab. Ayah aku pun pemandu teksi so memang aku faham marah tu macam mana tapi janganlah jadi Melayu yang depan cakap lain belakang cakap lain. Ok brader? Kalau marah aku cancel, tunggu kejap aku email founder grab untuk buang button cancel booking tu.
Terima kasih dengan cacian maki dari rata-rata pemandu Uber/Grab. Sesungguhnya Allah dapat membuka hati pemandu Melayu di Malaysia supaya lebih beristighfar dari caci maki.
Baca status penuh di sini.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!