seismik

Tak Sempat Pergi Kerja, Pemandu 19 Tahun Maut Dihempap Lelaki Terjun Bangunan

Ajal, tidak cepat sesaat dan tidak lambat walau sesaat.

Cover image via Daily Traffic Report/Facebook

Ajal maut di tangan Tuhan. Siapa sangka niat nak pergi kerja macam biasa boleh bertukar menjadi tragedi malang untuk seorang pemuda ini.

Bukan setakat malang, malah insiden ini turut meragut nyawa beliau. Mangsa dipercayai baru saja berusia 19 tahun.

Pemandu kereta maut selepas kenderaan yang sedang dipakir itu ditimpa lelaki yang jatuh dari bangunan hotel di Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka Tengah, kira-kira 11.30 pagi tadi. Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dipercayai baru meletakkan kenderaannya sebelum ke tempat kerja.

Namun secara tiba-tiba kenderaan terbabit dihempap lelaki yang jatuh dari bangunan menyebabkan bumbung kereta bahagian pemandu remuk.

hmetro.com.my

Lebih menyedihkan, lelaki yang jatuh dari bangunan hotel itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan parah. Pemuda yang langsung tidak bersalah pula yang meninggal dunia.

"Polis kini sedang menunggu pasukan forensik untuk melakukan pemeriksaan sebelum mayat mangsa dihantar ke hospital."

"Lelaki yang jatuh dari bangunan itu pula dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan kecemasan," kata sumber.

hmetro.com.my

Mangsa yang maut dikenali dengan nama Arfan Syazani Bin Salahudin. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Kemalangan yang kita lakukan mungkin boleh memberi kesan kepada orang lain:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: