Pemandu Teksi Jepun Ketagih Tengok Perempuan Tahan Kencing Dalam Teksinya
Perangai pelik seorang pemandu teksi yang ketagih melihat penumpang wanitanya menahan kencing terbongkar.
Seorang Pemandu Teksi Di Osaka, Jepun Mempunyai Satu Ketagihan Pelik Iaitu Suka Melihat Penumpang Wanita Menahan Kencing Dalam Teksinya
Seorang pemandu teksi di Osaka ditahan kerana disyaki sengaja menyeksa penumpang wanita bagi mendapatkan kepuasan melihat mereka terdesak mahu membuang air kecil.
hmetro.com.mySuspek Sering Memujuk Wanita Untuk Menaiki Teksinya Dengan Menawarkan Potongan Separuh Harga Bagi Perjalanan Jarak Jauh
Jurucakap polis berkata, Toshihiko Nishi, 41, biasanya memujuk penumpang wanita menaiki teksinya untuk perjalanan jarak jauh.
malaysiaedition.netUntuk melembutkan hati bakal mangsa, Nishi menawarkan tambang separuh harga untuk perjalanan berkenaan.
ushatoday.comSemasa Dalam Perjalanan, Penumpang Akan Diberi Makan Biskut Yang Diselaputi Dengan Bahan Yang Dipercayai Menjadi Pemangkin Kepada Penghasilan Air Kencing Dalam Badan
Seorang mangsa memberitahu polis dia diberi cawan kertas mengandungi biskut ketika menaiki teksi Nishi.
hmetro.com.myApabila dalam perjalanan, Nishi memberi mereka biskut diselaputi bahan yang membuatkan mereka terdesak mahu membuang air kecil.
hmetro.com.myApabila Penumpang Meminta Untuk Berhenti Kencing, Pemandu Teksi Itu Tidak Mengendahkannya Dan Hanya Memberi Kertas Penyerap Kepada Mereka
Seorang mangsa berkata, “Tidak lama selepas makan biskut itu saya terasa mahu membuang air kecil dan meminta Nishi berhenti namun dia tidak mengendahkannya."
malaysiaedition.net"Sebaliknya, Nishi memberi sehelai kertas penyerap dan meminta saya kencing di situ."
ushatoday.comDifahamkan, Kira-Kira 50 Wanita Telah Terkencing Di Tempat Duduk Belakang Teksinya Melalui Rakaman Kamera Rahsia Yang Dipasang
Polis yang menyerbu rumah Nishi menemui rakaman video melalui kamera rahsia yang dipasang pada teksinya.
malaysiaedition.netMelalui rakaman itu dapat dilihat kira-kira 50 wanita terkencing di tempat duduk belakang teksinya.
ushatoday.com