seismik

Pemandu Treler Perodua Dirempuh Dan Terseret Dua Meter Sehingga Mati

Kamarudin Abu Bakar, 40 dirempuh ketika hendak menurunkan kereta Perodua dari atas treler dinaikinya.

Cover image via Daily Traffic Report

Seorang Pemandu Treler Perodua Berusia 40 Tahun Maut Dirempuh Perodua Alza Yang Datang Secara Tiba-Tiba Pada 7 April 2014 Di Johor Bahru

Seorang pemandu treler Perodua yang membawa muatan kereta baru maut dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan Perodua Alza. Kereta dipandu lelaki terbabit terbabas ke atas treler itu sebelum merempuh mangsa.

blogspot.com

Kejadian berlaku pada jam 1.50 petang di tepi bangunan Pusat Servis, Pameran dan Jualan Perodua terletak di Jalan Tampoi, berhampiran Bandar Baru Uda, di sini.

blogspot.com

Mangsa Dikatakan Sedang Membuka Ikatan Tali Untuk Menurunkan Kereta Yang Berada Di Atas Treler Berkenaan Sebelum Dirempuh Perodua Alza Terbabit

Image via fbcdn.net

Ketika kejadian, Kamarudin Abu Bakar yang berasal dari Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor mahu mengalihkan beberapa kereta daripada treler ke bangunan terbabit.

hmetro.com.my

Difahamkan, Mangsa Dirempuh Dan Terseret Sehingga Dua Meter Sebelum Meninggal Dunia

Sebuah kereta Perodua Alza terbabas dan merempuh Kamarudin hingga mengakibatkan mangsa yang bekerja di Syarikat Nexus Mega Carriers Sdn Bhd terseret kira-kira dua meter ke dalam treler dan meninggal dunia di tempat kejadian.

blogspot.com

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk bedah siasat.

kosmo.com.my

Pemandu Perodua Alza Tersebut Cuba Melarikan Diri Selepas Merempuh Mangsa Namun Berjaya Ditangkap Orang Ramai

Pemandu Perodua Alza didapati cuba melarikan diri setelah kejadian tersebut, namun gagal apabila tayar kereta yang dipandunya itu tersangkut pada besi bahagian belakang treler.

blogspot.com

Setelah percubaan demi percubaan, pemandu kereta tersebut akhirnya berlari keluar dari keretanya dan lari ke Bank Islam berdekatan dan dikejar serta ditangkap oleh orang awam.

blogspot.com

Pihak Polis Mengesahkan Bahawa Pemandu Perodua Alza Tersebut Mengalami Masalah Mental Sejak 10 Tahun Yang Lalu

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abd. Rahman berkata pemandu Alza terbabit cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

kosmo.com.my

Katanya, anggota keluarga pemandu MPV itu memaklumkan kepada polis mangsa mengalami masalah mental sejak 10 tahun lepas.

kosmo.com.my

Baru-Baru Ini, Seorang Pesakit Mental Sempat Mengelar Leher Rakannya Sehingga Mati Ketika Sedang Menunaikan Solat Berjemaah

Apabila Seorang Pelajar Berumur 25 Tahun Memandu Lamborghini, Inilah Yang Terjadi

You may be interested in: