Pemetik Buah Berkurung Dalam Bilik, Berpakaian Putih, Sebelum Ditemui Lemas Di Australia

Mangsa berhasrat ingin mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via hmetro.com.my

"Kalau Han balik sini (Malaysia), ibu boleh terima Han?"

Itu pertanyaan terakhir mangsa mati lemas, Muhammmad Farhan Na'imullah Zubir, 26, ketika menghubungi ibu saudaranya, Aaishah Mohamad, dua hari sebelum ditemui lemas di Sungai Ovens di Myrtleford, Australia 13 Disember lalu.

**Muhammmad Farhan** yang merantau ke Australia bekerja sebagai pemetik buah sejak setahun lalu ditemui mati lemas pada jam 8 malam (waktu Australia) ketika berenang dengan rakannya berhampiran Nimmo Bridge di Myrtleford.

Berita kematian beliau turut dilaporkan oleh sebuah portal berita berbahasa Inggeris negara berkenaan dan menerusi portal itu, **Pemangku Sarjan Luke Hawking Wangaratta** berkata pihaknya mengambil masa sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk mengesan mayat mangsa.

Ibu saudara mangsa, Zariah Ahmad, 46, memberitahu, dia mengetahui mengenai kejadian malang tersebut selepas dihubungi rakan mangsa jam 11 pagi 13 Disember lalu

"Kami dimaklumkan kejadian berlaku ketika arwah ke sungai berkenaan bersama rakan-rakan senegara untuk mandi. Bagaimanapun, dia lemas walaupun rakannya cuba membantu," katanya ketika membuat aduan pada Harian Metro.

Khabarnya lagi, seminggu sebelum kejadian, arwah juga berperangai pelik apabila kerap berkurung dalam bilik, berpakaian putih, makan bersendirian serta kerap mengungkapkan perkataan 'aku pergi dulu' kepada rakan serumahnya.

Image via Harian Metro

Semalam, 29 Disember akhirnya mayat mangsa sudah pun selamat tiba ke tanah air. Jenazah dibawa keluar dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 1.55 tengah hari.

Jenazah tiba dengan penerbangan Thai Airways TG 415 pada jam 11.55 pagi, selepas bertolak dari Melbourne Australia jam 1.30 pagi (waktu tempatan) dan disambut seluruh ahli keluarganya termasuk ibu dan bapa saudara.

Jenazah dilaporkan terus dibawa pulang ke Johor Bahru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff di sebelah pusara arwah ibunya.

Kakak sulong mangsa, Nurdiyana Zubir, 29 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan kepulangan jenazah adiknya ke tanah air.

Kakak sulong mangsa, Nurdiyana Zubir, 29 memerhatikan keranda yang membawa jenazah mangsa.

Image via Harian Metro

Ahli keluarga mangsa yang menyambut kepulangan jenazah mangsa.

Image via BERNAMA

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pemetik buah? Apa yang anda tahu mengenainya?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: