Pemilik Hanya Mahukan Anjing Kesayangannya Semula Selepas Kereta Dilarikan Pencuri
Wang boleh dicari, kereta boleh ditukar ganti. Kasih seorang manusia dengan haiwan kesayangan tidak berbelah bagi.
Kejadian Berlaku Di Sungai Buloh Pada 30 Julai 2014 Apabila Kereta Mitsubishi Triton Milik Seorang Lelaki, Gursharan Singh, 34, Dilarikan Pencuri Bersama Anjing Peliharaannya Sekali
Menurut Gursharan, dia telah meninggalkan kunci di dalam kereta kerana dia hanya meninggalkannya beberapa minit dan kereta itu diletakkan sangat dekat dengan bank.
mstar.com.my"Saya meletakkan kereta sangat dekat dengan bank dan pergi mendepositkan beberapa cek. Saya mengambil masa kira-kira sepuluh minit dan apabila saya keluar saya melihat seorang lelaki memandu kereta saya dengan anjing peliharaan saya berada di dalamnya," katanya.
kl-today.comKini, Gursharan Berasa Resah Dengan Keadaan Dan Keselamatan Haiwan Kesayangannya, Pixie Sambil Memberitahu Dia Tidak Boleh Berhenti Menangis Sejak Kehilangannya
Anjing jenis Beagle berusia tujuh tahun, Pixie, sedang berada di dalam kereta jenis Mitsubishi Triton miliknya apabila pencuri membawa lari kenderaannya itu kira-kira pukul 11 malam di luar sebuah bank di Sungai Buloh.
kl-today.comGursharan berkata, dia sangat bimbangkan Pixie. "Saya tidak kisah tentang kereta itu dan hanya mahu Pixie kembali," kata Gursharan sambil menambah dia tidak henti-henti menangis sejak kejadian itu.
mstar.com.myGursharan, Yang Tinggal Bersendirian Dengan Pixie Berkata Dia Terlalu Rindukan Haiwan Kesayangannya Itu Dan Tidak Sanggup Berada Di Rumah Kerana Ia Akan Mengingatkannya Kepada Pixie
"Saya sangat sayangkan Pixie dan tidak tahu bagaimana saya akan terus hidup tanpanya."
mstar.com.my"Apabila saya pulang ke rumah, dia tidak pernah berada jauh dari saya dan juga tidur di atas katil bersama saya," kata Gursharan yang telah memelihara Pixie sejak berusia empat bulan.
kl-today.comMenurutnya Lagi, Pixie Tidak Makan Makanan Lain Selain Apa Yang Dimasaknya Di Rumah
Katanya, Pixie hanya makan makanan yang dimasak di rumah dan membayangkan anjingnya itu tanpa makanan dan perlindungan yang sempurna.
mstar.com.my"Saya berasa seolah-olah sebahagian seluruh hidup saya telah hilang," kata Gursharan yang telah mencari Pixie dengan teman wanitanya C. Shamini sejak haiwan kesayangannya itu hilang pada 30 Julai 2014.
kl-today.comJadi, Kepada Sesiapa Yang Menjumpai Pixie Dan Membawanya Pulang Ke Pangkuan Gursharan, Ganjaran Sebanyak RM1,000 Bakal Menjadi Milik Anda
Dia telah membuat poster dan melakukan 'posting' di media sosial dengan menawarkan hadiah RM1,000 kepada sesiapa yang membawa Pixie kembali kepadanya.
kl-today.comMereka yang mempunyai maklumat mengenai Pixie boleh menghubungi Gursharan 013-2648001, 016-2920631 atau Shamini Carolina Christopher 012-2393058.
mstar.com.my