seismik

Tahukah Anda Peminta Sedekah Di KL Boleh Kutip RM18,000 Sebulan?

Rasanya, pendapatan mereka lagi besar daripada kebanyakan kita. Betul tak?

Cover image via rahasiaku-mylife.blogspot.com

Bayangkan kalau dapat RM18,000 sebulan, macam mana agaknya lifestyle anda?

Mungkin dah tak pandu kereta tempatan. Pendapatan besar, selera pun kena besar.

Image via peaktransportbend.com

Setiap bulan akan pergi melancong ke tampat-tempat eksklusif.

Image via forbes.com
Click to Reveal
Hide
Mungkin juga anda akan duduk di kawasan perumahan mewah seperti ini.

Mungkin juga anda akan duduk di kawasan perumahan mewah seperti ini.

Image via iproperty.com.my

Tapi kerja dan jawatan apa yang mampu bayar sehingga RM18,000 sebulan? Kalau di Kuala Lumpur, peminta sedekah adalah jawapannya. Terkejut?

Kami sendiri macam tak percaya bila dapat tahu. Tetapi hal ini telah dibuktikan sendiri oleh seorang wartawan Astro Awani, Israr Khalid.

Israr Khalid ketika 'beraksi' sebagai pengemis jalanan.

Image via Twitter @ianjohanariff

Israr Khalid telah menjalankan satu eksperimen dengan menyamar menjadi seorang pengemis di dua lokasi berbeza di Cheras, Kuala Lumpur, dengan hanya bermodalkan pakaian compang-camping, seutas beg kitar semula, dan bekas makanan kosong.

Berapa banyak yang dia berjaya peroleh? Kita baca perkongsiannya di bawah.

"Bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn menjadi tempat pertama untuk saya mencuba nasib. Selama kira-kira 25 minit sahaja, RM22 berjaya dipungut."

Gambar sekadar hiasan.

Image via adibrawi.com

"Bagaimanapun, rezeki di lokasi kedua lebih menguntungkan. Ini kerana penampilan saya sedikit berubah. Kali ini saya mengenakan kopiah lusuh dan seutas tasbih di tangan yang digentel-gentel semasa meminta sedekah. Hasilnya, RM56 dalam masa 20 minit sahaja," jelas Israr.

Gambar sekadar hiasan.

Image via harianandalas.com

Sepanjang melakukan penyamaran, ada juga orang yang menegur dan bertanya kepada beliau sesuatu

"Ada juga hamba Allah yang menegur saya 'Tak kerja ke dik? Badan sihat ni, pergilah cari kerja, cuci pinggan ke,' katanya sambil tangan turut menghulurkan tiga keping wang RM1 ke dalam bekas."

"Saya hanya mengangguk dan dia terus berlalu pergi."

"Jadi, secara keseluruhannya, jumlah yang berjaya dikutip dalam masa lebih kurang 45 minit ‘penyamaran’ itu adalah RM76," katanya.

astroawani.com

Jadi, jika nilai RM76 boleh didapatkan dalam masa kurang satu jam, berapa pula jumlah wang yang boleh dipungut dalam masa sebulan?

"Bayangkan RM76 dalam masa 45 minit! Cuba digandakan dengan 8 jam waktu bekerja sepertimana di mana-mana kerja di negara ini."

"RM608. Itu untuk sehari. Gandakan pula dengan 30 hari."

"Terus membuatkan saya berfikir, inilah kerja yang mendatangkan hasil paling lumayan di dunia kerana tanpa berbuat apa-apa, peminta sedekah mampu meraih pendapatan sebanyak RM18,240!"

"Wah, berlipat ganda jumlahnya jika nak dibandingkan dengan gaji saya ketika ini!" katanya lagi.

astroawani.com

Wow, RM18,000? Banyaknya!

Image via yanado.com

Apa yang dapat kita belajar? Jelas sekali di sini bahawa rakyat Malaysia sangat pemurah dan suka menderma, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Bagaimanapun, menurut Israr, sifat pemurah ini ada kalanya melampaui batas sehingga ia mewujudkan ruang untuk ‘sang parasit’ mengambil kesempatan di atas kebaikan itu.

Menurutnya lagi, 'sang parasit' ini turut tampil dengan pelbagai taktik dan helah. Ada yang menjadi orang buta, orang cacat anggota, dan ada yang sanggup mempergunakan orang tua dan kanak-kanak.

Image via majalahkita.net

"Kebiasaan yang kita lihat adalah dengan menjual tisu dan menjual pelekat naskah kecil surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran."

"Ada beberapa ‘teknik’ juga dilakukan untuk meraih simpati orang ramai, seterusnya mendorong mereka mengeluarkan wang dari poket untuk dimasukkan ke dalam bekas sumbangan."

"Pertama, hanya beberapa keping wang sahaja dibiarkan berada dalam bekas. Selebihnya disimpan ke dalam beg atau poket. Tujuannya untuk mewujudkan rasa kasihan kepada sesiapa yang melihat jumlah sumbangan yang sedikit dalam bekas yang dipegang."

astroawani.com

Pelbagai taktik dilakukan demi meraih simpati orang ramai.

Image via www.youtube.com

"Kedua, mereka tampil dengan imej ‘Islamik’: Memakai kopiah, jubah, bercelak, memegang tasbih, mulut terkumat-kamit kononnya berzikir, dan menjual pelekat serta naskah ayat suci al-Quran."

"Ada juga yang menjual kisah-kisah sedih kononnya datang dari Karachi, Palestin, Syria dan bermacam lagi negara Islam tertindas bagi meraih simpati orang ramai."

"Tidak kurang juga yang sanggup menyamar sebagai pemungut sumbangan daripada rumah anak-anak yatim, badan kebajikan, dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib saudara Islam."

"Bukan bersangka buruk, tetapi segalanya tidak mustahil dalam dunia hari ini di mana manusia sudah ‘bertuhankan’ duit: duit adalah segala-galanya dan sanggup melakukan apa sahaja demi duit," katanya.

astroawani.com

"Tidakkah pelakuan tampil dengan imej ‘Islamik’ bagi meraih keuntungan itu dilarang Tuhan?"

Image via seputarriau.com

"Dalam penipuan bertopengkan Islam semakin berleluasa, semakin ramai juga yang terpedaya dengan helah ini."

"Ini kerana rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam sudah ditanamkan dengan mentaliti ‘husnuzhon’ atau bersangka baik tanpa diletakkan sempadan waspada."

"Sedangkan pepatah mengatakan, ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’. Jadi jelas nasihat orang-orang tua bahawa berbuat baik itu biar bertempat," ujar Israr lagi.

astroawani.com

Lihat pula berapa banyak pendapatan "penjual tisu" dan peniaga mercun di bawah:

You may be interested in: