Pemuda Berumur 21 Tahun Dari Kedah Terkorban Dalam Perjuangan ISIS
Mohammad Fadlan dipercayai pejuang Malaysia yang paling muda dan kedua yang terbunuh dalam konflik ISIS yang berterusan di Syria.
Seorang Pejuang ISIS Malaysia Dari Kedah, Mohammad Fadlan Shahidi Mohammad Khir Meninggal Dunia Akibat Serangan Jet Pejuang Tentera Ketika Berada Di Hama, Syria
Satu sumber melaporkan, Mohammad Fadlan yang juga dikenali sebagai Abu Muhajir dan berasal dari Kulim, meninggal dunia ketika berada di kawasan kawalan ISIS di Hama, Syria.
malaysiakini.com"Kawasan tersebut telah diserang oleh jet pejuang tentera Bashar Al-Assad dan kejadian terbaru ini menjadikan Mohammad Fadlan sebagai rakyat Malaysia keempat terbunuh di Syria setakat ini," menurut sumber yang dipetik akhbar itu.
bernama.comSelain Fadlan, Terdapat Lima Lagi Rakyat Malaysia Yang Turut Cedera Dalam Pertempuran Tersebut
Sumber itu juga berkata, turut cedera dalam pertempuran itu adalah lima lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd Lofti Ariffin yang dikatakan parah dan masih tidak sedarkan diri.
sinarharian.com.myEmpat yang lain ialah seorang yang dikenali sebagai Abu Afghan dan tiga yang lain belum dikenal pasti.
malaysiakini.comAdakah kelima-lima individu ini yang dimaksudkan sumber berkenaan?
Meskipun Terkorban Pada Usia Yang Sangat Muda, Ibu Fadlan, Fatimah Bagaimanapun Redha Dengan Pemergiannya Kerana Yakin Anaknya Itu Benar-Benar Ikhlas Dalam Perjuangan
Ibu kepada Mohd Fadlan Shahidi Mohammad Khir yang terkorban akibat serangan jet pejuang tentera di Syria pada 9 September 2014 yakin anaknya itu benar-benar serius dan ikhlas dalam perjuangannya.
bernama.comKerana itu, kata Fatimah Md Lazim, 55, beliau redha dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu.
sinarharian.com.my"Kami tidak sangka sama sekali tragedi itu boleh menimpa dirinya tetapi kami yakin dan percaya dia ada keikhlasan untuk sama-sama berjuang bila berada di negara itu (Syria)," katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Kabu Mahang di Kulim pada 10 September.
malaysiakini.comDifahamkan, Fadlan Meninggalkan Malaysia Untuk Menyertai Kumpulan ISIS Pada 14 Mei 2014. Fatimah Tidak Dapat Menahan Kehendak Anaknya Itu Memandangkan Usianya Telah Mencecah 21 Tahun.
Fatimah, 55, berkata anaknya bertolak ke negara itu pada 14 Mei lalu.
bernama.com"Dia ketika itu sekadar berhubung melalui telefon dengan berkata akan pergi ke Syria dan dia tidak memberi penjelasan lanjut," katanya.
sinarharian.com.myFatimah berkata dia tidak dapat menahan kehendak anaknya itu memandangkan usianya telah mencecah 21 tahun.
malaysiakini.comBerdasarkan Kenyataan Diberi Fatimah, Fadlan Dikatakan Sebagai Seorang Yang Mempunyai Ilmu Agama Yang Tinggi
"Dia ada ilmu agama setelah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bukit Jelutong dan selepas itu menyambung pula di sebuah pondok di Kampung Ulu Bakai di sini," katanya lagi.
bernama.comMohammad Fadlan Shahidi adalah anak kelima daripada lapan adik-beradik, empat lelaki dan empat perempuan.
sinarharian.com.my