Pemuda Ditangkap Selepas Mengancam Untuk Bom Pavilion Dan Masjid Negara
Sebelum memuat naik apa-apa di laman sosial, pastikan ianya tidak berbaur negatif yang boleh menjerat diri sendiri.
Seorang Pemuda Berumur 24 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Melancarkan Amaran Misi Mengebom Di Beberapa Termasuk Pavilion, Masjid Negara Dan Batu Caves Pada Ogos 2014
Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat.
kosmo.com.myLokasi itu melibatkan kilang arak di Shah Alam, pusat beli-belah Pavilion, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kuil Batu Caves dan Masjid Negara.
astroawani.comPemuda Terbabit, Syafiq Abdul Rahim Didakwa Mengeluarkan Kenyataan Itu Melalui Facebook Persatuan Kongsi Gelap Melayu Dengan Niat Untuk Menakutkan Orang Awam
Syafiq dalam posting itu menulis misi pengeboman itu akan dilakukan oleh "kami dari Pekida dan badan bukan kerajaan lain termasuk PKGM" (PKGM ialah singkatan untuk Persatuan Kongsi Gelap Melayu).
malaysia-chronicle.comDia didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex, Jalan TK 4/5, Taman Kinrara, Bandar Kinrara, Subang Jaya pada pukul 12.30 tengah hari, 24 Ogos 2014.
sinarharian.com.my19 September 2014, Penyelaras Lawyers For Liberty (LFL), Michelle Yesudas Berkata, Syafiq Ditangkap Polis Pada Pukul 3 Pagi Di Tempat Kerjanya Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
"Syafiq ditangkap kerana dituduh bertindak sebagai pentadbir sebuah laman Facebook parodi. Dia direman selama tiga hari. Saya diberitahu oleh pegawai penyiasat yang polis akan memohon lanjutan reman apabila tempohnya tamat pada 21 September 2014," kata Michelle.
themalaysianinsider.comMichelle berkata LFL dimaklumkan mengenai nasib Syafiq oleh abangnya melalui sistem pesanan ringkas.
themalaysianinsider.comSyafiq Bagaimanapun Dibenarkan Ikat Jamin RM2,000 Dan Sebutan Semula Kes Ditetapkan Pada 20 Oktober 2014. Jika Sabit Kesalahan, Beliau Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Dua Tahun.
Hakim, Yasmin Abdul Razak membenarkan Syafiq diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Oktober 2014 untuk sebutan semula kes. Dia membayar wang ikat jamin tersebut.
sinarharian.com.myBagi pertuduhan itu, Syafiq didakwa mengikut Seskyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
astroawani.com