seismik

"Rindu Nasi Lemak..." - Penangan Nasi Lemak Kalau Di Malaysia Ini Memang Tak Boleh Lawan!

Lebih-lebih lagi buat mereka yang belajar di luar negara. Memang tak sabar nak balik Malaysia untuk makan Nasi Lemak!

Cover image via villagenasilemak

Artikel ini ditaja oleh McDonald's.

"Hmm, nak makan mana eh hari ni? Sambal Nasi Lemak kat warung depan rumah tu sedap. Jom breakfast situ lah!"

Image via McDonald's

Bila bercakap bab sarapan pagi, tak salah rasanya kalau kami cakap nasi lemak merupakan sajian sarapan utama rakyat Malaysia. Walaupun selalu kena momok kalau makan nasi lemak pagi-pagi mesti mengantuk. Tapi tetap juga mereka pilih nasi lemak sebagai menu sarapan pagi bukan?

Nasi lemak memang sudah sebati dengan rakyat Malaysia sampai kadang-kadang boleh bawak gaduh sebab nak tentukan nasi lemak mana paling sedap. Macam-macam rakyat Malaysia ni!

Ada juga yang sampai mengadu sebab rindu Nasi Lemak bila berada di luar negara. Aduhh, sampai macam tu sekali!

Image via Twitter

Rasanya siapa yang pernah bercuti atau terlalu lama belajar di luar negara pasti rindu masakan Malaysia, terutamanya Nasi Lemak. Sajian ini punyalah sebati dengan rakyat Malaysia, sampaikan kalau makan Nasi Lemak di luar negara pun anda akan rasa perbezaan jika makan di Malaysia. Betul tak?

Bila ditanya, Nasi Lemak mana paling sedap? Berlambak jawapan yang berbeza. Fuh mana satu nak pilih ni?!

Image via Google

Ini merupakan salah satu perkara yang menarik tentang kehidupan rakyat Malaysia. Mereka semua suka untuk berkongsi lokasi makanan yang sedap. Kalau ditanya tentang Nasi Lemak yang best kat mana, memang laju betul terus dapat senarai lokasi Nasi Lemak paling sedap di Malaysia.

Cakap je nak Nasi Lemak macam mana. Semuanya ada.

Nasi Lemak Daun Pisang? Nasi Lemak Berlauk? Rakyat Malaysia tahu semuanya. Kalau susah sangat boleh Google aje!

Masih ingat lagi tak kisah Miss Universe Malaysia 2017 memakai gaun Nasi Lemak?

Image via Google

Anda masih ingat lagi tak betapa menu Nasi Lemak ini begitu sinonim dengan rakyat Malaysia sampaikan Miss Universe Malaysia iaitu Samantha Katie James menggayakan baju Nasi Lemak hasil rekaan Brian Khoo ketika pertandingan akhir Miss Universe 2017. 

Siap ada sambal, ikan bilis dan telur goreng lagi tu!

Walaupun netizen meninggalkan pelbagai jenis komen tentang rekaan gaun itu, masyarakat di luar negara turut belajar satu perkara yang penting iaitu makanan utama rakyat Malaysia ialah Nasi Lemak.

Not bad right??

Rakyat Malaysia pantang sikit kalau dengar ada Nasi Lemak viral. Sanggup beratur bawah panas!

Image via ohbulan.com
Image via ohbulan.com

Tipulah kalau tak pernah buat. Orang Malaysia kalau bab makan sedap memang tak boleh kalah. Asal ada makanan yang viral, sanggup beratur untuk beli. Ingat lagi tak kisah Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Bonet Kereta?

Tak perlu ambil kira jauh atau tidak lokasinya, yang penting nak rasa sendiri betul ke tak keenakan yang menjadi buah mulut orang ramai tu.

Rasa lain macam? Wah, macam mana tu?

Ada satu tweet di laman Twitter yang menarik perhatian kami. Pemilik akaun ini cakap Nasi Lemak yang dijual oleh lain-lain kaum di Malaysia mempunyai rasa yang berlainan. Setakat ini, kami cuma pernah kena Nasi Lemak tanpa rasa santan atau nasi putih letak sambal dengan ikan bilis.

Itulah pengalaman makan Nasi Lemak paling mengecewakan. Pernah rasa pengalaman macam ini? Tapi kami nak beritahu anda semua tentang satu tempat makan Nasi Lemak yang memang marvelous!

Tak lain tak bukan, Nasi Lemak di McDonald's lah! Ramai betul puji Nasi Lemak situ sedap, macam kena cuba je.

Image via McDonald's

Aroma Nasi Lemak yang wangi, dihidangakan bersama ikan bilis ranggup, telur goreng, sambal tumis pedas dan juga Ayam Goreng McD, memang memikat selera.

Patutlah netizen hilang keruan dengan Nasi Lemak McD.

Kami cari reaksi daripada rakyat Malaysia yang dah cuba sendiri Nasi Lemak McD ini. Ramai cakap rasanya sedap. Lagi-lagi sambalnya, pehhhh layan beb!

Image via Twitter
Image via Twitter

Buat peminat Nasi Lemak di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri keenakan Nasi Lemak McD ini. Rugi kalau tak cuba! Serbu aje cawangan McDonald’s berdekatan atau nak lagi senang, boleh guna aplikasi McDelivery untuk order dan mereka akan hantar Nasi Lemak McD ini untuk anda.

Selain itu, bagi menghargai Nasi Lemak sebagai juadah pilihan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia mengadakan satu petisyen untuk menjadikan Nasi Lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia.

Oleh itu, McDonald's Malaysia perlukan bantuan anda semua bagi mengumpulkan satu (1) juta sokongan supaya hasrat untuk menjadikan Nasi Lemak sebagai hidangan rasmi di Msia, jadi realiti!

Image via McDonald's

Mana tidaknya, sampai bila lagi nak biarkan orang 'luar' claim makanan warisan kita ini bukan?

Tunggu apa lagi? Ayuh cepat nyatakan sokongan anda untuk jadikan menu Nasi Lemak ini sebagai hidangan kebangsaan rakyat Malaysia. Boleh klik sini!

Nasi Lemak McD, Ini Rasa Kita, Malaysia!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: