seismik

Pengantin Baru Rugi RM17k Kena Scam Dengan 'Wedding Planner' Yang Tak Muncul Pada Majlis

Mimpi ngeri bertukar realiti.

Cover image via Zahier Zulkafli / Facebook

Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi satu sambutan yang meriah untuk meraikan pasangan pengantin baru.

Tetapi lain pula bagi pasangan di Kuala Lumpur ini apabila majlis perkahwinan mereka bertukar mimpi ngeri setelah wedding planner tidak hadir.

Bencana ini menimpa ke atas Nur Izzati Zulkafli, 24, dan keluarganya apabila perancang perkahwinannya dikatakan membuat janji palsu tentang membantu pasangan membuat persiapan yang diperlukan untuk resepsi perkahwinan mereka yang diadakan Sabtu lalu, 24 Mac.

Memetik laporan Harian Metro, syarikat berkenaan tidak menjalankan amanah seperti dijanjikan dan keluarganya terpaksa menanggung kerugian RM17,350 selepas membuat pembayaran pakej perkahwinan termasuk majlis kenduri pada 15 Februari lalu.

Pasangan dan ahli keluarganya ditinggalkan begitu saja dan akhirnya melakukan segala-galanya sendiri untuk tetamu yang menghadiri majlis.

Ibu Nur Izzati, Hapizah Abd Ghani terpaksa menahan air mata ketika majlis berlangsung demi menghiburkan hati para tetamu

Hapizah Abd Ghani

Image via Nur Afiradina Arshad

“Suasana hari itu sungguh cemas apabila kami terpaksa mencari kedai makan selain membeli barang untuk masak jamuan tetamu yang akan hadir,” kata Hapizah Abd Ghani, 58, kepada Harian Metro.

“Saya hanya menahan air mata ketika majlis berlangsung demi menghiburkan hati saudara-mara dan tetamu yang hadir walaupun sebenarnya kesedihan itu hanya Allah SWT saja tahu.

"Kesian saudara-mara pakai cantik dan lawa terpaksa bertungkus-lumus siapkan hidangan yang sepatutnya tiba jam 10 pagi ketika hari kejadian," katanya lagi.

Menurut Hapizah, beliau beberapa kali menghubungi pihak syarikat berkenaan pada hari itu, namun gagal.

Lebih memilukan, Hapizah dikatakan telah bertemu dengan wakil syarikat tersebut pada malam sebelum majlis berlangsung sebelum dia tidak dapat menghubungi mereka

Hapizah berkata pakej yang ditawarkan agak murah kerana ia termasuk makanan untuk 1,200 tetamu, hidangan pengantin, pentas, solekan, dan sistem PA.

Dia juga mendedahkan bahawa syarikat itu mengancam untuk memfailkan saman terhadap anak lelakinya selepas menyiarkan insiden itu di akaun Facebook, walaupun mereka sebenarnya yang menjadi mangsa.

"Saya harap mereka akan kembalikan wang itu. Kami bukan keluarga yang kaya, anak saya masih belajar, suami saya menderita penyakit jantung, kejadian itu telah menambah beban kepada kami," katanya kepada NST.

Difahamkan, syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Sungai Buloh telah mengutip wang hampir RM500,000 hasil penipuan ke atas lebih sembilan mangsa

Timbalan Ketua Biro Aduan PGRM Ben Liew Pok Boon berkata, hingga semalam, pihaknya menerima sembilan aduan berhubung penipuan syarikat berkenaan.

“Kami menganggarkan lebih ramai lagi aduan akan dibuat individu yang menjadi mangsa mereka. Syarikat ini dipercayai menjalankan perniagaan itu sejak 2016 dan beralamat di Sungai Buloh,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Datuk pun boleh scam ya kawan-kawan:

Indah khabar dari rupa ke ni?

Pernah dengar darah manis?

You may be interested in: