Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Tiga Jam Sebelum Bersanding
Ajal maut di tangan Tuhan. Siapa sangka pengantin perempuan yang tidak pernah ada penyakit kritikal boleh meninggal dunia begitu sahaja sebelum majlis persandingan.
Kegembiraan Pasangan Pengantin Untuk Meraikan Hari Bahagia Bertukar Pilu Apabila Pengantin Perempuan Meninggal Dunia 3 Jam Sebelum Majlis Persandingan Dimulakan Pada 27 April 2014
Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, pada pagi Ahad.
utusan.com.myJunaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, pada malam 26 April ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.
utusan.com.myKematian Berlaku Ketika Ahli Keluarga Lain Sedang Sibuk Melakukan Persiapan Terakhir Untuk Majlis Persandingan Tersebut
Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang.
utusan.com.my"Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah."
utusan.com.my"Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja," kata abang mangsa, Kamarul Affendi Jamaludin, 38.
utusan.com.myPada Mulanya, Mangsa Didapati Gagal Dihubungi Sebelum Ahli Keluarga Pergi Memeriksa Mangsa Di Dalam Bilik
"Pagi tadi saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ."
kosmo.com.my"Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil," tambahnya lagi.
kosmo.com.myMangsa Dijumpai Dalam Keadaan Terbaring Di Atas Katil Dengan Mulut Dan Hidung Berlumuran Darah
Menurut Kamarul Affendi, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.
mynewshub.my“Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman,” katanya sedih.
mynewshub.myPengantin Perempuan Difahamkan Tidak Mempunyai Sebarang Penyakit Kritikal Sebelum Ini
Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.
utusan.com.mySebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang 'suram', sebelum mengetahui berita kematian tersebut.
utusan.com.my