seismik

Pengebumian Siap Dipimpin Tokoh Al-Quran Syria, Bapa Kongsi Amalan Arwah Anak Ketika Hidup

Sememangnya kematian arwah sangat dicemburui.

Cover image via Harian Metro

Perkara yang paling menyedihkan bagi setiap insan di muka bumi ini adalah apabila kehilangan orang disayangi

Image via Google

Sememangnya, ia ibarat mimpi ngeri apabila insan yang kita sayang pergi meninggalkan diri kita buat selama-lamanya. 

Namun rasa sedih itu mungkin akan sedikit terubat, apabila kita melihat insan tersebut 'pergi' dengan cara yang baik malah kematiannya juga turut dicemburui oleh sesiapa sahaja yang masih hidup.

Begitulah juga dengan sebuah kisah yang bakal diceritakan di bawah ini. Kematian remaja berusia 21 tahun ini boleh dijadikan teladan malah turut diperkatakan ramai orang.

Mana tidaknya, urusan pegebumiah arwah Muammar Ashraf Ahmad Faizul di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karang, Kuantan pada Jumaat lalu berjalan dengan begitu lancar serta diiringi oleh ribuan orang dari dekat atau jauh termasuk guru yang pernah mendidiknya, rakan pengajian, kenalan, keluarga serta penduduk setempat.

Memetik laporan, bapanya Datuk Ahmad Faizul Ghazali berkata arwah yang merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik itu memiliki sifat yang sangat istimewa.

Selain sering menjalankan tugas ibarat dirinya adalah anak sulong, bapanya berkata antara amalan yang sering dilakukan oleh Muammar ketika hayatnya adalah arwah sering bangun malam bagi menunaikan solat taubat dan hajat bagi keselamatan mereka sekeluarga.

"Bukanlah tujuan saya berbangga mendedahkan sifat anak kepada khalayak bagi saya semua orang ada kebaikan masing-masing cuma ini lebih kepada inspirasi, dakwah dan teladan sekali gus menjawab pertanyaan (kebaikan Muammar) diajukan kepada kami sebelum ini.

"Muammar adalah seorang anak yang sangat penyayang kepada orang tua, ibu bapa dan adik-beradiknya, malah kasih sayangnya dan peranannya seperti anak sulung.

"Rutinnya, dia sering bangun malam menunaikan solat taubat dan hajat untuk keselamatan kami semua," katanya.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyentuh hati apabila arwah dikatakan sering berkawan dengan insan yang terbuang

Image via Harian Metro

"Muammar juga lebih suka memilih berkawan dengan orang terbuang (yang tidak dipandang atau dijauhi orang lain) itu caranya memuliakan dan memberi sokongan terhadap orang itu.

"Arwah juga amat penyayang dengan haiwan seperti ular, kucing dan burung seboleh mungkin dia akan cuba mencari jalan untuk membantu," katanya lagi.

Menceritakan keadaan jenazah arwah anaknya itu, bapa berusia 44 tahun ini menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata

Mana tidaknya, ketika ingin memandikan jenazah, kelihatan wajah Muammar yang juga merupakan penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran Pandang Rengas, Kuala Kangsar sangat suci dan bersih malah seperti sedang tidur nyenyak.

"Keadaan jasad Muammar suci bersih. Wajahnya sangat tenang seperti tidur nyenyak.

"Urusan pengebumiannya sangat lancar dan cepat serta dipimpin seorang tokoh al-Quran dari Syria, Syeikh Mustofa Zaidan yang turut bersama sejak awal lagi.

"Kehilangannya memang tiada galang ganti dan suatu kehilangan besar buat kami, tetapi kami sangat terharu mengenangkan cara dia pergi dengan segala kurniaan Allah ini sedikit sebanyak membaluti segala kedukaan kami semua.

"Kami reda dan menganggap ada hikmahnya mudah-mudahan dapat menumpang syafaat darinya," katanya.

Menyingkap kembali sikap anaknya sebelum meninggal dunia, Ahmad Faizal berkata anaknya itu sememangnya mempunyai perubahan yang ketara sebulan sebelum pemergiannya

Gambar sekadar hiasan

Image via Google

"Sehari sebelum kemalangan, dia beriya-iya minta mengadakan majlis sambutan hari lahirnya walaupun tarikh lahirnya pada 7 Ogos. Dia mendesak supaya buat awal sebab macam tidak sempat katanya.

"Sebagai bapa, saya belilah barang keperluan termasuk kek dan belon demi menuruti kehendaknya. Pada malam itu, dia ada memberitahu kek ini yang terakhir dia makan, selepas ini tidak dapat makan lagi.

"Kami juga tidak terfikir apabila dia juga memaklumkan bulan Ogos nanti tidak sempat menyambut kelahirannya selain kerap meminta merakam gambar kenangan," ceritanya.

Arwah Muammar meninggal dunia selepas beliau mengalami kemalangan pada keesokan harinya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat dia berkhidmat sebagai guru mengaji dan asas pengajian agama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa yang lebih menyentuh hati, kejadian tersebut berlaku selepas arwah mengiringi datuknya yang berkereta ke rumahnya di Batu Hitam, Beserah pada 6.30 petang, 7 Julai lalu

"Selepas selamat menghantar datuknya pulang, dia ke tempat mengajar di Cenderawasih kira-kira 10 kilometer dari Batu Hitam sebelum terbabit dalam kemalangan di situ.

"Motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan hingga menyebabkan bahunya patah dan parah di kepala," katanya.

Muammar koma selama dua hari selepas selamat menjalani pembedahan membuang pendarahan di kepalanya. Bagaimanapun kira-kira 10 pagi pada Jumaat lalu, doktor mengesahkan peluangnya tipis apabila otaknya tidak berfungsi dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi.

Subhanallah. Sungguh banyak kebaikan yang dibuat oleh arwah ketika hayatnya meskipun dalam usia yang masih terlalu muda.

Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi untuk kita semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Artikel berkaitan:

You may be interested in: