"Pengganas" Bertopeng Muncul Lagi, Kali Ini Ugut BUNUH Ketua Polis Negara
Semakin lama semakin dahsyat. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan!
[TERKINI] "Saya Tidak Gentar Dengan Ugutan Bunuh," Kata Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ugutan itu langsung tidak menakutkan beliau sebagai Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan menyifatkan ugutan seperti itu merupakan lumrah seorang pegawai polis yang menjalankan tugas.
"Ekoran daripada beberapa klip video yang tersiar dalam laman sosial yang memperkenalkan mereka sebagai kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi baru-baru ini, saya menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berkenaan serta ingin memberikan satu gambaran yang buruk terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini."
"Ini menunjukkan bahawa kumpulan tersebut tidak mengenal erti sebenarnya sistem demokratik yang telah sekian lama diamalkan di negara ini dan mengugut untuk membunuh saya," kata Khalid.
Khalid Berkata Apa Yang Membimbangkan Adalah Terdapat Segelintir Masyarakat Tidak Menggunakan Saluran Demokrasi Yang Sedia Ada Dan Sering Melakukan Kesalahan Dalam Menuntut Sebarang Perubahan
"Saya yakin masyarakat Malaysia tidak mahu melihat negara ini menjadi huru hara akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab."
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada ke atas sesiapa sahaja yang mengganggu-gugat keamanan yang kita kecapi selama ini," katanya lagi.
25 Februari: Selepas Seminggu Video Sekumpulan Anak Muda Mengugut Untuk Menyerang Mahkamah Menjadi Viral, Satu Lagi Video Muncul Dengan Ugutan Yang Lebih Dahsyat, Iaitu Membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tidak sampai sebulan isu sekumpulan anak muda yang tampil dengan video mengancam untuk membakar mercun di hadapan mahkamah sebagai tanda protes, kini satu lagi rakaman video dikeluarkan dengan ugutan untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Video berdurasi 1:27 minit itu dimuat naik oleh sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD), antara lain bertanyakan kepada umum sama ada mereka sedar bahawa negara seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China menjadi maju dan dihormati kerana rakyatnya memilih untuk menidakkan sistem demokrasi bagi menggulingkan rejim yang korup sebelum negara mereka mencapai sistem yang stabil dan adil.
"Kami Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) Mengumumkan Akan MEMBUNUH Ketua Polis Negara, Meletupkan Keretanya."
Tahukah anda semua bagaimana negara seperti US, Rusia, China menjadi maju dan dihormati? Kerana sebelum negara mereka mencapai sistem yang stabil dan adil, rakyat mereka tidak memilih saluran demokrasi bagi menjatuhkan petualang-petualang yang melindungi rejim korupsi.
Adakah rakyat Malaysia boleh menukar pengerusi SPR melalui demokrasi? Adakah rakyat Malaysia boleh menukar Ketua Hakim Negara melalui demokrasi? Adakah rakyat Malaysia boleh menukar Ketua Polis Negara melalui demokrasi? Tidak! Manusia-manusia inilah ajen perosak demokrasi.
Oleh itu, kami, Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) mengumumkan akan MEMBUNUH Ketua Polis Negara, meletupkan keretanya. Dengan demikian itu, kesemua ketua agensi kerajaan akan takut melakukan kesalahan menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan bangkit memilih jalan bukan demokrasi.
F.^.^.K
F^^K DEMOKRASI!
Video Yang Dimuat Naik Adalah Lebih Kurang Sama Dengan Video Sebelum Ini. Cuma Kali Ini, Mereka Menambah Sedikit Elemen Letupan Sebagai Simbolik Kepada Bagaimana Ketua Polis Negara Akan Dibunuh.
Selain Itu, Gambar Yang Digunakan Juga Berbeza. Jika Sebelum Ini Nora Danish, "Mangsa" Terbaru Dalam Video Ini Adalah Jaafar Onn.
Babak Akhir Video Bagaimanapun Dikekalkan. Laungan Lantang "F**K Demokrasi" Dilontarkan Dengan Penuh Semangat Sambil Mereka Menunjukkan Isyarat 'Jari Tengah' Sebelum Mengakhiri Rakaman.
Menerusi Ruangan Komen, Kami Dapati Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Takut Dengan Ugutan Tersebut, Malah Menggelar Kumpulan Anak Muda Ini Pengecut Kerana Tidak Berani Mendedahkan Identiti Masing-Masing
Apa Pula Komen Jaafar Onn?
Jaafar Onn tidak berhasrat untuk membuat laporan polis susulan penyebaran sebuah video terbaru yang mengeksploitasi wajahnya dipercayai didalangi kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD).
"Itu permainan mereka dan rasanya tidak perlu saya layan dengan membuat laporan polis kerana ia membuang masa. Mereka juga bukanlah orang yang berani kerana muka sendiri pun berselindung disebalik topeng."
"Allah ada bersama saya. Buat apa saya hendak takut, lagipun saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau berdendam dengan sesiapa," katanya.