Penggunaan E-Book Di Sekolah Penyebab Pelajar Tidak Hormat Guru?
Penggunaan e-book di sekolah dikatakan menjadi punca pelajar tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Setuju?
Seperti Sedia Maklum, E-Book Sudah Mula Digunakan Di Kebanyakan Sekolah Pada Masa Kini Sebagai Sumber Pembelajaran Para Pelajar Bagi Menggantikan Buku Teks Bercetak
Bagaimanapun, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Membantah Rancangan Kementerian Pendidikan Yang Ingin Melaksanakan Kaedah Pembelajaran Menggunakan E-Book Sepenuhnya
Biro Pendidikan KEADILAN menolak cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya kaedah pembelajaran menggunakan buku elektronik (e-book) untuk menggantikan kaedah pembelajaran menggunakan buku bercetak seperti diamalkan sekarang.Pengerusinya, Abas Awang berkata, kaedah tersebut akan membunuh kreativiti pelajar semasa proses pembelajaran mereka termasuk beberapa implikasi lain.
keadilandaily.com"Kaedah Ini Akan Mengakibatkan Hubungan Langsung Antara Guru Dan Pelajar Menjadi Semakin Renggang," Kata Abas Awang
“Kaedah ini juga akan menghalang keupayaan pelajar untuk berfikir sebagaimana kaedah pembelajaran menggunakan buku bercetak. Hal ini berlaku kerana proses pembelajaran menggunakan buku elektronik akan mengakibatkan hubungan langsung antara guru dan pelajar menjadi semakin renggang."
“Ini menyebabkan rasa hormat pelajar terhadap guru juga akan semakin berkurangan. Apabila hal ini berlarutan, konsep mendidik pelajar oleh guru menjadi semakin longgar, perhubungan di antara pelajar dan guru juga tidak mesra."
“Guru-guru juga akan gagal membentuk peribadi pelajar, supaya lebih berdisiplin dan menjadi manusia beradab dan berakhlak,” kata Abas dalam kenyataan.
PKR Khuatir Kaedah Ini Akan Mengalami Kegagalan Sepertimana Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Yang Menelan Perbelanjaan Hampir RM10 Bilion
“Kegagalan PPSMI ini ternyata mengakibatkan pembaziran wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar. Kami juga tidak mahu hal seperti ini berlaku kepada kaedah pembelajaran menggunakan buku elektronik."
“Walaupun dunia buku elektronik telah berkembang pesat tetapi pada hakikatnya dunia penerbitan buku bercetak masih terus diterima sebagai kaedah penyampaian ilmu yang sangat berkesan di dunia ini."
“Ini ekoran psikologi pembaca atau pelajar masih percaya bahawa penerbitan buku bercetak masih menjadi kaedah penyampaian ilmu yang terbaik,” ujar Abas.
Tetapi, Lain Pula Pandangan Daripada Para Guru Dan Pelajar. Berdasarkan Satu Kajian Yang Dijalankan Di Terengganu, Majoriti Guru Dan Pelajar Sangat Menggalakkan Penggunaan E-Book Di Sekolah.
Sebuah survey melibatkan 73 orang guru dan 101 orang pelajar dari beberapa sekolah di Terengganu menunjukkan penerimaan positif terhadap e-book sebagai pengganti buku teks bercetak.
Guru-guru bersetuju bahawa penggunaan e-book ini meningkatkan lagi mutu kerja mereka, bahkan turut membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Selain itu, kaedah ini juga menampakkan peningkatan mutu serta prestasi akademik para pelajar. Pelajar didapati lebih seronok dan lebih bersemangat untuk belajar.
Tambahan lagi, rata-rata guru juga tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa e-book ini banyak membazirkan wang. Mereka berpendapat penggunaan e-book ini lebih praktikal, lebih mudah dan tidak membebankan pelajar.
Penerimaan E-Book Juga Didapati Semakin Menggalakkan Malah Turut Digunakan Oleh Para Pelajar Di Negara-Negara Afrika Seperti Kenya, Nigeria, Uganda, Ghana Dan Banyak Lagi