seismik

Peniaga Dilarang Menjual Makanan Sebelum Jam 3 Petang Pada Bulan Ramadan

Bagi mengelakkan orang Islam yang tidak berpuasa membeli makanan, peniaga tidak dibenarkan menjual makanan sebelum jam 3 petang.

Cover image via amazonaws.com

Peniaga-Peniaga Di Semua Negeri Diarah Untuk Tidak Menjual Makanan Sebelum Jam 3 Petang Pada Bulan Ramadan Supaya Tidak Menyumbang Kepada Orang Islam Yang Tidak Berpuasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan larangan penjualan makanan sebelum jam 3 petang pada Ramadan dikeluarkan terhadap semua negeri di Malaysia.

informasi.my

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Image via cj.my

Menjelaskan kewajaran tindakan itu, Jamil berkata, ia supaya “kita tidak menyumbang kepada orang (Islam) yang tidak berpuasa”.

informasi.my

Jamil Khir berkata, selain mengelak pemilik premis perniagaan yang menjual makanan kepada individu ponteng puasa tanpa alasan kukuh, ia dilihat sikap peniaga sendiri yang mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda pada bulan Ramadan.

astroawani.com

Jamil dilapor mengingatkan larangan itu dan menggesa jabatan agama seluruh negara patut memantaunya.

malaysiakini.com

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perlis Turut Sama Mengingatkan Para Peniaga Agar Mematuhi Peraturan Berkenaan Termasuk Peniaga Bukan Beragama Islam

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Mohd Sokri Hussin mengingatkan peniaga makanan termasuk bukan beragama Islam tidak menjual makanan kepada umat Islam sebelum jam 3 petang sepanjang Ramadan.

sinarharian.com.my

Peniaga bukan beragama Islam turut dikenakan larangan menjual makanan sebelum jam 3 petang.

Image via blogspot.com

“Kita tidak mahu jadi seperti tahun lalu apabila JAIPs mengesan seorang peniaga bukan Islam yang menjual nasi lemak pada waktu pagi kerana tidak faham dan menganggap hanya orang Islam sahaja yang dilarang menjual makanan sebelum jam 2 petang."

sinarharian.com.my

“Walaupun tiada tindakan dikenakan, pihak kami berharap kejadian ini tidak berulang,” katanya.

sinarharian.com.my

Salah Satu Sebab Mengapa Larangan Ini Dikuatkuasakan Adalah Kerana Sebelum Ini, Sebanyak 11 Kes Peniaga Islam Didapati Bersalah Kerana Menjual Makanan Kepada Pembeli Bergama Islam Sebelum Pukul 3 Petang

Dalam pada itu, sebanyak 11 kes peniaga Islam yang didapati bersalah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syariah Negeri Perlis 2006 kerana menjual makanan sebelum jam 3 petang kepada pembeli beragama Islam dan antaranya merupakan kes berulang yang melibatkan pesalah yang sama.

cari.com.my

Mohd Sokri berkata, semua peniaga terbabit diambil tindakan bagi setiap kesalahan pertama yang disabitkan dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama dua tahun, sementara kesalahan kali kedua pula boleh menyebabkan pesalah dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

cari.com.my

Di Kedah, Premis Makanan Yang Gagal Mematuhi Peraturan Tersebut Bakal Ditarik Balik Lesen Perniagaan Atau Disita

Exco Kedah, Badrol Hisham Hashim pada 6 Julai 2014 dilaporkan berkata, premis makanan negeri itu yang beroperasi sebelum 3 petang dalam bulan Ramadan bakal ditarik balik lesen perniagaan atau disita.

malaysiakini.com

Larangan Tersebut Bagaimanapun Tidak Dikenakan Kepada Peniaga Di Kuala Lumpur Apabila DBKL Membenarkan Peniaga Menjual Makanan Bermula Seawal Jam 11 Pagi Sepanjang Bulan Ramadan

Permit perniagaan termasuk menjual makanan sepanjang bulan Ramadan di sekitar ibu kota dibenarkan bermula dari pukul 11 pagi sehingga 12 tengah malam.

mylaunchpad.com.my

Peniaga di Kuala Lumpur dibenarkan menjual makanan seawal jam 11 pagi sepanjang bulan Ramadan.

Image via blogspot.com

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBK), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz bagaimanapun berkata, isu penjualan makanan kepada individu ponteng puasa biasanya tidak timbul kerana kebanyakan penjual makanan hanya membuka premis selepas pukul 2 petang.

astroawani.com

"Seperti di kawasan Masjid India, hanya 34 daripada lebih 500 premis yang menjual makanan ada di sana. Saya sendiri membuat pemantauan di beberapa kawasan dan mendapati penjual makanan hanya akan mula beroperasi pada sebelah petang," katanya.

astroawani.com

Manakala Di Pulau Pinang, Peraturan Akan Berkuatkuasa Hanya Selepas Mendapat Arahan Daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Meanwhile in Penang, state executive councillor on Islamic affairs Abdul Malik Kassim said he has yet to receive the directive from the Islamic Development Department (JAKIM) pertaining to Muslim eateries.

malaysiakini.com

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Image via halalfocus.net

"We discussed with restaurants and eateries and found that Muslim eateries are also patronised by non-Muslims."

malaysiakini.com

"If we want to apply this directive, what about fast food joints like KFC and McDonald's? They are also frequented by Muslims, so by right they should be subjected to the same rules as well," he said.

malaysiakini.com

Sementara Itu, Bekas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin Berpendapat Tidak Ada Salahnya Bagi Peniaga Untuk Menjual Makanan Lebih Awal Pada Bulan Ramadan. Fokus Sepatutnya Ditujukan Kepada Orang Islam Yang Makan Di Tempat Awam.

Katanya, ia tidak salah daripada aspek hukum, terutamanya jika dijual kepada orang bukan islam yang tidak berpuasa. Fokus sepatutnya patut dihalakan kepada orang Islam yang makan di tempat awam.

malaysia-chronicle.com

Bekas mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Image via ytimg.com

Asri berkata, dalam kes itu, perlu difahami bahawa terdapat juga golongan yang dibenarkan tidak berpuasa iaitu perempuan yang sedang haid, orang sakit, kanak-kanak dan musafir.

malaysia-chronicle.com

Terdapat juga situasi apabila orang yang tidak berpuasa terpaksa membelikan makanan untuk golongan itu, katanya lagi. Yang penting, tambah Asri, tidak dibenarkan makan di khalayak kerana ia boleh menimbulkan syak wasangka.

malaysiakini.com

JUGA DI SAYS: Peniaga Boleh Didenda RM500 Ribu Jika Jual Barang Di Atas Harga Siling Sempena Raya