Penoreh Getah 58 Tahun Masih Hidup Selepas Kepala Dibaham Beruang
Rahsianya, jangan panik ketika diserang binatang buas.
Kepala Lelaki Berumur 58 Tahun Dibaham Beruang Ketika Sedang Mencari Buah Kerdas Di Kota Bharu, Kelantan Pada 12 April 2014
Mohd Sulaiman Jusof, 58, berkata beliau terserempak dengan dua ekor beruang bersama seekor anak beruang sedang mengorek tanah ketika mencari buah kerdas di hutan Bukit Hitam, Felda Tenang, Hulu Besut kira-kira 10 pagi Sabtu.
harakahdaily.net"Saya tidak mengendahkan kehadiran beruang itu, namun seekor daripadanya terus menerkam sehingga menyebabkan saya jatuh," katanya.
bernama.comSulaiman Berpura-Pura Mati Ketika Dibaham Beruang Tersebut Di Kepala Dan Taktik Ini Ternyata Membuahkan Hasil
Tindakan berpura-pura pengsan selepas kepalanya dibaham seekor beruang, membolehkannya menyelamatkan diri daripada haiwan itu walaupun cedera parah.
harakahdaily.net"Ketika itu, tiada apa yang saya ingat, hanya mati, kerana beruang itu menggigit kepala saya. Saya kemudian berpura-pura pengsan."
bernama.com“Akhirnya beruang itu melepaskan gigitannya apabila melihat saya tidak bergerak atau melawan," katanya Sulaiman.
utusan.com.mySulaiman Dihantar Ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Dan Menerima 22 Jahitan Di Kepala
"Saya nekad tunggang motosikal pulang ke rumah walaupun dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang beruang."
malaysiakini.com"Sampai di rumah, saya hampir pengsan akibat pendarahan yang banyak. Saya dibawa menaiki lori Jabatan Perkhidmatan Awam untuk rawatan ke hospital," katanya.
malaysiakini.comMohd. Sulaiman, yang cedera di mata kiri dan kepalanya akibat serangan itu, menerima 22 jahitan dan dilaporkan stabil.
utusan.com.myWalau Bagaimanapun, Doktor Mengesahkan Penglihatan Sulaiman Masih Kabur
Isterinya, Rokiah Abas, 50, berkata doktor mengesahkan penglihatan suaminya masih kabur.
bernama.com“Apapun saya mengharap yang terbaik untuk suami saya memandangkan kami hanya bergantung kepadanya yang bekerja sebagai penoreh getah."
utusan.com.myKejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga kerana ini kali pertama penduduk di kawasan ini diserang beruang. Saya harap pihak berwajib memantau kawasan ini bagi mengelak perkara ini berulang," kata Rokiah.
bernama.com