Penumpang 64 Tahun Meninggal Dunia Dalam Pesawat AirAsia X
Baru saja selesai menunaikan umrah, seorang warga emas jatuh sakit ketika pulang ke kampung halaman.
Seorang Penumpang Meninggal Dunia Dalam Pesawat D7171 AirAsia X Semasa Dalam Perjalanan Dari Jeddah Ke Kuala Lumpur Pada 9 Mei 2014
Seorang penumpang disahkan meninggal dunia semasa berada dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah pada Jumaat.
astroawani.comPesawat D7171 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada 8.30 pagi waktu tempatan dan mendarat di klia2 pada 10.30 malam tadi.
sinarharian.com.myAirAsia X Berhad mengesahkan kes kematian itu dan mengucapkan takziah kepada anggota keluarga itu yang kehilangan orang tersayang.
bernama.comMangsa Warga Indonesia Berusia 64 Tahun Itu Merupakan Seorang Jemaah Yang Baru Saja Selesai Menunaikan Ibadah Umrah Di Tanah Suci Mekah
Polis mengesahkan penumpang pesawat AirAsia X penerbangan D7171 yang meninggal dunia dalam perjalanan dari Jeddah ke Kuala Lumpur itu adalah seorang lelaki warga emas Indonesia berusia 64 tahun.
sinarharian.com.myDifahamkan, lelaki warga emas itu mengambil penerbangan AirAsia X untuk pulang ke Jakarta, Indonesia, tetapi terpaksa transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) terlebih dahulu.
bharian.com.myLaporan Pihak Polis Mengatakan Tiada Unsur Jenayah Dalam Kematian Tersebut
Berdasarkan laporan bedah siasat, polis mendapati tiada unsur jenayah. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.
bernama.comMayat Mangsa Dilaporkan Akan Dihantar Ke Surabaya, Indonesia Pada Hari Isnin, 12 Mei 2014
Jenazah seorang jemaah umrah warga Indonesia yang meninggal dunia dalam pesawat D7171 AirAsia X ketika dalam perjalanan dari Jeddah ke Kuala Lumpur pada Jumaat malam akan dihantar pulang ke Surabaya, Indonesia, esok.
themalaysianinsider.comAirAsia X Berhad sedang membuat persediaan bersama ahli keluarga serta pihak berkuasa untuk menguruskan penghantaran jenazah berkenaan.
astroawani.comAda Sumber Mengaitkan Kematian Terbabit Dengan Virus MERS-CoV Dari Timur Tengah. Kementerian Kesihatan Bagaimanapun Menafikan Perkara Tersebut.
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kematian jemaah umrah yang merupakan lelaki warga emas berumur 64 tahun itu berpunca daripada serangan jantung dan bukan disebabkan oleh "Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona" (MERS-CoV).
themalaysianinsider.comBeliau sebelum itu didapati mengalami gejala demam, batuk, sukar bernafas dan kurang selera makan selama beberapa hari semasa berada di Tanah Suci dan pernah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sana.
themalaysianinsider.com