seismik

Penumpang Uber Diturunkan Di Tepi Jalan, Dirompak & Dibelasah Dua Penunggang Motosikal

Mangsa kehilangan telefon bimbit, kunci kereta, jam tangan dan juga wang ringgit.

Cover image via jezebel.com

[TERKINI] "Pemandu mempunyai rating yang tinggi dan rekod yang baik" - Uber sedia bantu siasatan polis

Terbaru, dalam satu soal jawab bersama Uber mengenai insiden tersebut, wakil mereka memberitahu SAYS bahawa pemandu yang terlibat mempunyai rating yang tinggi dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

Dalam satu kenyataan rasmi, Uber berkata, "Isu itu pada mulanya mendapat perhatian kami secara langsung melalui sistem maklum balas dalam aplikasi 24/7 kami. Kami memandang serius insiden ini dan telah menghubungi penumpang dan rakannya untuk mengetahui kesejahteraan mereka. Kami juga telah mengeluarkan akses pemandu tersebut di dalam aplikasi sementara menunggu siasatan lanjut, dan bersedia untuk membantu polis dengan sebarang maklumat yang diperlukan."

3 Jun 2017: "Sudah jatuh ditimpa tangga" - Itulah yang terjadi kepada dua orang pelajar Kolej di Cheras Ahad lalu, apabila dirompak dan dipukul oleh dua penunggang motosikal selepas dihantar di lokasi yang salah oleh pemandu Uber

Kedua-dua mereka yang berumur 24 tahun itu dilaporkan telah menempah perjalanan menggunakan ride-sharing app dari Jalan Ampang ke Cheras Perdana kira-kira 3.30 pagi Ahad.

Bagaimanapun, mereka telah dihantar ke lokasi yang berbeza dan diturunkan di Taman Murni Batu 9, Cheras.

Image via Odyssey

Mangsa mendakwa, selepas memasuki Perodua Alza tersebut, pemandu Uber tersebut mengambil salah satu telefon bimbit mereka dan menukar destinasi ke Taman Murni Batu 9, yang bukan destinasi asal

Menurut mangsa, apabila tiba ke lokasi mereka telah ditinggalkan di tepi jalan.

Kemudian datang dua orang penunggang motosikal yang ingin membantu tetapi ternyata mereka ditipu. Mereka dibawa ke satu tempat sunyi kemudian dibelasah dengan topi keledar dan dirompak.

Gambar sekadar hiasan.

Image via archive.kaskus.co.id

Difahamkan, seorang daripada mangsa menerima enam jahitan di bibir manakala seorang lagi menerima jahitan berhampiran matanya

Mangsa kehilangan telefon bimbit, kunci kereta, jam tangan dan juga wang ringgit.

Ibu kepada salah seorang mangsa, Christine Juliana Danker telah berkongsi pengalaman malang anaknya itu di laman Facebook.

Post itu menerima pelbagai respon daripada orang ramai. Dalam post tersebut beliau memberi amaran orang ramai supaya berhati-hati jika ingin menggunakan perkhidmatan Uber.

"Rakan-rakan sekalian, berhati-hati apabila anda ingin menggunakan perkhidmatan Uber. Anak saya keluar dengan kawannya dan mereka mengambil Uber. Tetapi pemandu tidak menghantar mereka ke destinasi yang ditetapkan tetapi menurunkan mereka separuh jalan. Tiba-tiba 2 penunggang motosikal datang berpura-pura memberikan mereka bantuan. Tetapi penunggang motosikal tersebut membawa mereka ke tempat terpencil, merompak & memukul mereka dengan topi keledar. Mereka berjaya mencari jalan pulang ke rumah kawannya. Ibu rakan anak saya kemudiannya membawa mereka ke hospital. Kami baru sahaja tiba di rumah. Kini dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan. Mudah-mudahan mereka menangkap pelakunya tidak lama lagi. Sila kongsi post ini untuk menyedarkan orang ramai. Terima kasih semua."

Sehingga kini post tersebut telah dikongsi sebanyak lebih 2 ribu perkongsian di Facebook.

Namun, setelah post itu dibuat, terdapat beberapa pengguna Facebook memberi komen bahawa mangsa sebenarnya mabuk dan apa yang berlaku adalah tidak benar

Tetapi kesahihan maklumat tersebut belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata kertas siasatan telah dibuka

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dalam melakukan rompakan.

"Polis sedang berusaha untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat," katanya.

Sumber: New Straits Times, Christine Juliana Danker.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah mengenai Uber:

You may be interested in: