[TERKINI] Penyanyi Wanita Ini Dihalau Turun Pentas Kerana Berhijab
Kontroversi mengenai seorang penyanyi wanita berhijab yang mendakwa dirinya dihalau daripada membuat persembahan di pentas telah mendapat perhatian dilaman sosial.
Castmet Dan Marinatasha Akhirnya Berdamai
Kekeliruan berlaku kerana syarikat pengurusan acara menjanjikan artis lain (membuat persembahan pada malam itu) sementara Rufus yang dianggotai oleh pemuzik-pemuzik bebas telah membawa Marinatasha sebagai penyanyi wanita mereka.
blogspot.comKata kenyataan itu, dalam pertemuan tertutup di pejabat Castmet di Plaza Damas, Sri Hartamas, kedua-dua pihak saling bermaafan dan menyifatkan insiden yang berlaku adalah akibat salah faham.
blogspot.comKedua-dua mereka turut mencapai kata sepakat untuk menamatkan isu tersebut kerana dikhuatiri boleh menimbulkan keresahan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara.
blogspot.comAhli PERKASA Nafi Mahu Berdemo Depan Pejabat Castmet
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menafikan pihaknya akan mengadakan demonstrasi di depan pejabat Castmet Sdn. Bhd hari ini.
abnxcess.comKetua Penerangan Perkasa, Roslan Kassim menegaskan, pihaknya tidak pernah membincangkan perkara ini.
Menurut Roslan, isu berkaitan Castmet melibatkan seorang penyanyi bertudung, tidak menjadi keutamaan Perkasa.
abnxcess.com“Isu tersebut juga bukan agenda utama Perkasa,” katanya ketika dihubungi ABN News.
abnxcess.comPERKASA Akan Melakukan Satu Demonstrasi Di Hadapan Pejabat Castmet Pada 24 Januari?
Laporan polis yang dibuat Isnin lalu oleh seorang eksekutif pentadbiran syarikat itu menyatakan PERKASA akan melakukan satu demonstrasi di hadapan bangunan pejabat Castmet selepas solat Jumaat 24 Januari depan.
malaysiakini.comLaporan yang dibuat pada jam 7.05 malam di balai polis Taman Tun Dr Ismail itu menyebut makluman perkara itu diperoleh dari seseorang yang tidak dikenali.
malaysiakini.comSementara itu seorang pemimpin kanan PERKASA ketika dihubungi tidak mahu memberi komen berkenaan demonstrasi tersebut.
malaysiakini.comPengarah Urusan CASTMET Berkata Syarikatnya Tidak Pernah Mendiskriminasi Mana-Mana Bangsa Atau Agama
"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukan kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya.
themalaysianinsider.comTan berkata, perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.
themalaysianinsider.com"Antara isi kandungan perjanjian itu, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi bertudung," kata Tan.
themalaysianinsider.comPihak Karyawan Meminta Agar Shannon Memohon Maaf Kepada Marina
"Pihak Karyawan meminta agar Shannon memohon maaf kepada Marina kerana telah memalukannya serta tidak membenarkannya menyanyi atas alasan Marina berhijab. Perkara ini bercanggah dengan nilai keharmonian yang tidak disangka berlaku dalam industri. Saya berharap perkara ini tidak berulang lagi," tegas Freddie.
gua.com.myMarinatasha Isnariah Mustapar memberitahu dia berasa dihina dan tercabar apabila dimalukan di hadapan hampir 100 orang tetamu.
gua.com.myPresiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez yang turut ditemui di majlis yang sama melahirkan rasa kesal kerana sama sekali tidak menyangka isu sebegini boleh timbul.
gua.com.myMarinatasha Isnariah Yang Sepatutnya Menyanyi Mendakwa Diarahkan Turun Daripada Pentas Ketika Majlis Makan Malam Sebuah Syarikat Pemaju Hartanah
Seorang penyanyi membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi Isnin kerana terhina dimalukan dengan dihalau turun pentas kerana memakai tudung.
blogspot.comMarinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus mendakwa diarahkan turun daripada pentas ketika majlis makan malam sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.
bnbbc.myInsiden dipercayai berlaku pada sekitar jam 8.00 malam Ahad setelah menerima arahan berbaur diskriminasi oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong.
melvister.comArahan Berbaur Diskriminasi Perkauman Ini Dikatakan Dilakukan Oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong
"Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand", jelas Marina.
melvister.comBeliau menyifatkan tindakan pegawai syarikat berkenaan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.
melvister.comMenurut Marina Lagi, Shannon Ada Menemuinya Sebelum Acara Berlangsung Meminta Dicari Penyanyi Ganti Yang Tidak Bertudung
“Hanya semasa hari majlis tersebut (malam Ahad), Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”
bnbbc.my“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah (bangkitkan) isu mengenai tudung yang saya pakai", jelas Marina.
melvister.comIni Pertama Kali Marina Menjadi Mangsa Diskriminasi Setelah 12 Tahun Bergiat Dalam Bidang Nyanyian
Marina, bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal berkata ini pertama kali beliau menjadi mangsa diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam bidang nyanyian.
bnbbc.myMenurut Marina, Dia Kecewa Diaibkan Di Hadapan Lebih Kurang Seratus Tetamu
“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon", kata Marina.
bnbbc.myArtis Akademi Fantasia 8, Farina Turut Bersimpati Lalu Mengundang Marina Naik Ke Atas Pentas
Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul dalam persembahan selepas itu bersimpati dengan Marina lalu mengundang beliau naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.
melvister.com“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina.
melvister.comNamun Marina Mendakwa Dipanggil Keluar Dewan Oleh Shannon Dan Dimarahi Kerana Menerima Pelawaan Farina
Marina mendakwa beliau dimarahi kerana menerima pelawaan Farina untuk menyanyi dalam keadaan bertudung.
bnbbc.mySetelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkan Marina bersama Penolong Pengurus Pembangunan CATMET, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.
blogspot.comJaharudin mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut atas alasan beliau bukan pihak yang berautoriti ketika dihubungi MySuara.
bnbbc.myMarina, "Amerika Syarikat Pun Sudah Menerima Penyanyi Malaysia Berhijab. Apa Masalah Kita Di Malaysia?"
"Kita berada di Malaysia. Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis selepas pulang dari majlis tersebut.
blogspot.comBaru-Baru Ini Juga Terdapat Isu Diskriminasi Terhadap Seorang Cikgu Muallaf Di Johor
Penduduk Kampung Teluk Sengat yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.
harianblogger.comMemetik laporan dari Utusan Malaysia, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.
amekaw.com