"Pening Kepala Nak Handle Rumah Tangga" - Situasi Suami Isteri Ini Buat Ramai Boleh Relate
No. 5 paling boleh relate!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh PayNet.
Perkahwinan adalah sesuatu yang indah, namun tidak selalu indah itu datang
Kadang-kala dugaan dan cabaran juga pasti menjengah sesebuah keluarga untuk menguji tahap kesetiaan dan pengorbanan pasangan. Apabila lafaz ‘aku terima nikahnya’ diucapkan, maka bermulalah tanggungjawab si suami dan isteri.
Pengorbanan dan kerjasama antara pasangan dalam melayari bahtera rumah tangga amat penting. Sekiranya pasangan saling toleransi dan saling percaya mempercayai, InsyaAllah, rumah tangga pasti dapat mengecapi kebahagiaan yang diidam-idamkan.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang situasi pergaduhan kecil atau salah faham yang berlaku antara pasangan suami isteri itulah yang menjadikan sesebuah rumah tangga lebih matang dan saling lengkap-melengkapi.
1. Basuh baju sebenarnya tanggungjawab suami
Urusan rumah tangga seperti membasuh baju dan melipat baju sebenarnya adalah tanggungjawab suami dan bukannya si isteri. Ramai yang sangka semua kerja rumah isteri yang kena buat semua.
Zaman sekarang bukan susah pun nak basuh. Campak masuk mesin je, mesin yang tolong basuhkan. Tapi jangan lupa buat jadual membasuh baju suami, isteri dan anak-anak. Barulah tak bertembung bila nak guna mesin basuh.
Ampaian pun tak penuh pada satu-satu masa. Kalau semua nak harung sekali, itu yang sibuk nak beli mesin basuh barulah, ampaian penyidai tak muatlah. Itulah, inilah.
2. Beli barangan dapur terapi untuk isteri
Bila suami dapat gaji, benda yang paling best ialah pergi supermarket beli barangan dapur. Walau cuma pergi beli keperluan harian, tapi itulah rasa dia syok sungguh.
Sebab kadang dalam seminggu, terutamanya suami kerja lebih masa memang tak ada peluang keluar rumah. Itulah realiti seorang wanita yang menjadi suri di rumah.
Jadi bila suami ajak keluar beli barang, dia punya feeling, best dan gembiranya macam nak melompat-melompat. Dah macam terapi dan reward untuk isteri bila pergi beli barangan dapur ini.
3. Isteri tak tahu nak makan dekat mana
“Nak makan mana?” Soalan yang popular ini seringkali sukar untuk mendapat jawapan bukan?
Dalam era dunia yang penuh dengan pelbagai pilihan sekarang, terutama budaya rakyat Malaysia yang sangat menggemari makanan. Jadi persoalan ini kadang kala buat pasangan suami isteri nak pilih makan mana.
Mudah saja nak capai keputusan bersama nak makan kat mana? Senaraikan semua kriteria makanan yang kita mahu. Nak fast food? Restoran masakan Melayu? Barat?
Senaraikan juga faktor lain seperti suasana bagaimana, pemandangan apa, tempat parking banyak atau tidak, dan sebagainya.
Seterusnya, kenali kedai makan mana yang menepati ciri-ciri yang kita mahukan tadi, dan pilih maksimum tiga sahaja. Yang terakhir, fahami yang kita takkan sesekali dapat membuat pilihan yang terbaik.
4. Ingat bayar bil elektrik dan air hanya boleh di Pejabat Pos
Siapa cakap nak bayar bil elektrik dan air hanya boleh bayar di Pejabat Pos sahaja?
Ramai lagi rupanya yang tak tahu sebenarnya banyak lagi saluran lain yang lebih mudah untuk buat bayaran bil elektrik dan air terutamanya kepada pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Selepas ini dah tak perlu beratur panjang dan buang masa di Pejabat Pos.
Jika nak lebih mudah dan senang, anda boleh sahaja buat pembayaran bil elektrik dan air ini melalui JomPAY. Sekiranya anda pengguna perbankan online, langkah ini akan menjadi mudah buat anda.
5. Suami selalu lupa bawa cash lebih kalau pergi kaunter bayaran
Golongan suami dah tak payah pening kepala lagi dah kalau anda tak bawa wang tunai kalau pergi kaunter bayaran sebabnya agensi kerajaan sekarang ini dah boleh bayar menggunakan kad debit ATM atau scan je QR code!
Tak payah susah- susah dah nak pergi lari cucuk duit dekat ATM lepas itu nak kira-kira duit dekat kaunter lagi. Lagi stress kalau tak ada duit kecil nak tukar, terpaksalah kita tunggu lagi.
Kalau guna kad debit ATM atau kod QR, transaksi pun jadi lagi cepat. Kan dah mudahkan orang lain juga kan kalau urusan anda cepat?
Untuk transaksi online pula, anda boleh gunakan FPX, JomPAY dan DirectDebit. Sistem pembayaran yang sama macam anda bayar untuk online shopping.
Dah lah mudah dan siap boleh menang wang tunai lagi dengan peraduan Cashless Boleh 2* lagi!
Bagi menggalakkan orang ramai melakukan transaksi tanpa tunai di kaunter perkhidmatan agensi kerajaan, Paynet kini kembali memperkenalkan kempen Cashless Boleh 2 dengan tawaran wang tunai RM10,000 kepada 100 orang pemenang.
Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu melakukan sebarang transaksi tanpa tunai menggunakan MyDebit, JomPAY, FPX, DirectDebit atau DuitNow QR di mana-mana agensi kerajaan yang disenaraikan di bawah.
1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
5. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
6. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
9. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
10. Kehakiman (Mahkamah)
11. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
12. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
13. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
14. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
15. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
16. Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan
17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
18. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan
19. Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)
20. Hospital UiTM Puncak Alam
Peraduan Cashless Boleh 2 berlangsung hingga 31 Mei 2022.
Paling menarik, tiada had minimum ditetapkan kerana setiap transaksi menggunakan MyDebit, JomPAY, FPX, DirectDebit atau DuitNow QR akan tersenarai secara automatik sebagai peserta.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat peraduan, layari www.paynet.my/CashlessBoleh2.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!