seismik

Percintaan Neelofa Dan Hans Isaac Berakhir

Pasti ramai jejaka di luar sana bersorak gembira mendengar berita ini. Neelofa kini sudah single. Apa tunggu lagi?

Cover image via truestory.my

Neelofa Telah Tampil Membuat Pengakuan Terbuka Mengenai Hubungannya Dengan Hans Isaac Yang Telah Berakhir Sejak Februari 2014

Neelofa mendedahkan hubungan cintanya dengan Hans Isaac telah berakhir pada Februari 2014.

Image via blogspot.com

"Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu."

ohbulan.com

"Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali. Justeru, saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua," jelas Neelofa, 25.

beautifulnara.com

Enggan Mendedahkan Punca Perpisahan, Neelofa Hanya Menganggap Jodohnya Bersama Hans Isaac Tidak Kesampaian

"Kami tiada jodoh," kata Neelofa.

Image via wp.com

Neelofa bagaimana pun tidak berkongsi tentang apakah punca perpisahan mereka berdua dan hanya menganggap tiada jodoh dengan Hans Isaac.

rotikaya.com

Sebelum Ini, Hans Isaac Memilih Untuk Mendiamkan Diri Dan Tidak Memberi Sebarang Komen Setelah Berita Berkenaan Perpisahannya Dengan Neelofa Tersebar

Hans enggan memberi komen lanjut mengenai perpisahan dengan Neelofa.

Image via laporanterkini.net

“Saya tidak boleh komen tentang perkara itu. Saya rasa saya tak perlu komen. Fokus saya sekarang adalah pada perniagaan saya dan diri saya. Ada banyak lagi hal lain dan juga hal peribadi saya yang harus saya selesaikan."

rotikaya.com

“Saya rasa lebih baik berdiam. Biar saya simpan. Lebih baik hanya saya saja yang tahu. Saya tak mahu nanti dikata bercakap putar belit dengan anda semua. Saya hanya mahu bersikap jujur dengan anda semua,” itu jawapan ringkas Hans Isaac.

rotikaya.com

Gosip Percintaan Neelofa Dengan Hans Isaac Telah Hangat Diperkatakan Sejak Dua Tahun Lalu Lagi, Namun Kedua-Dua Mereka Tidak Pernah Mengesahkan Perkara Tersebut

Neelofa dikatakan bercinta dengan Hans Isaac sejak tahun 2012 lagi.

Image via blogspot.com

Teka-teki percintaan mereka berdua tercetus sejak dua tahun lalu, namun masing-masing tidak pernah tampil memberi pengesahan sebaliknya lebih selesa menyembunyikan daripada pengetahuan umum.

hmetro.com.my

Desas-desus mengenai hubungan mereka lebih hangat diperkatakan apabila Hans memberi kenyataan kononnya akan berkahwin hujung tahun ini.

hmetro.com.my

JUGA DI SAYS: Anugerah MeleTOP ERA: Zizan Bolot 4 Anugerah Dan Neelofa Dikecam Hebat

You may be interested in: