seismik

4 Perkara Ini 'Confirm' Akan Melambangkan Anda Seorang Rakyat Malaysia Sejati. Bangga Beb!

Malaysia Boleh!

Cover image via Pinterest

Artikel ini ditaja oleh PETRONAS.

Malaysia mempunyai beberapa perkara yang buatkan orang luar pun tahu dan boleh teka memang only made in Malaysia

Image via Tenor

Sebab itulah banyak negara yang lain tak boleh 'claim' bahawa sesuatu itu milik negara mereka sebab memang kita yang punya, Malaysia yang punya. Wah, gitu!

Nak tahu apa? Lihat senarai di bawah:

1. Jenama minyak terkemuka di Malaysia. Tak lain tak bukan - PETRONAS!

Image via Prop Social

Tahukah anda bahawa PETRONAS sudah bersama dengan rakyat Malaysia selama 45 tahun?

Pernah terfikir macam mana PETRONAS mula-mula ditubuhkan? Jawapannya terletak pada bahu 15 anak-anak muda (dengan 2 line telefon) berimpian untuk mengendalikan anugerah bumi negara sendiri. Hasilnya, PETRONAS hari ini menjadi salah satu penyumbang kepada pendapatan negara. Kalau pergi luar negara tengok jenama PETRONAS pun dah terasa bangga sangat!

2. Tidak lain tidak bukan - Menara berkembar PETRONAS @ KLCC

Image via checkoutsam.com

Menara berkembar tertinggi di dunia ini sudah menjadi ikon untuk Malaysia. Kalau anda perhatikan, memang ramai pelancong dalam dan luar negara akan bergambar dengan pemandangan menara berkembar PETRONAS ini. Jangan cakap pelancong aje, kami pun sama!

Kalau melancong di luar negara dan orang tanya anda dari mana, pasti mereka akan tahu jika ada sebut aje menara berkembar PETRONAS ini, automatik!

Bangunan berkembar setinggi 88 tingkat ini ada seni bina yang unik dan tiada siapa pun pernah terbayang Malaysia boleh ada mercu tanda sebegini rupa. Tak ke bangga jadi seorang anak Malaysia?

3. Kepakaran dalam bidang cari gali minyak

Image via Berita Harian

Kalau dulu tiada siapa sangka Malaysia mampu untuk menguruskan hasil bumi sendiri. Tapi sekarang boleh lihat sendiri Malaysia merupakan antara negara yang melahirkan pekerja berkemahiran dalam bidang minyak dan cari gali serta sering menjadi rebutan majikan dalam dan luar negara.

Dengan itu, PETRONAS ambil langkah menubuhkan Institusi Teknologi Petroleum (INSTEP) yang bertaraf dunia bagi melahirkan anak tempatan yang berkemahiran dan bidang minyak dan gas asli.

4. Pasukan Mercedes AMG-PETRONAS

Image via Google

Dulu tengok Formula 1 tak pernah sangka nama Malaysia boleh berada di podium utama. Tapi lepas lebih dua dekad melalui liku pengalaman, PETRONAS berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil jika anda bertekad untuk mencapai kejayaan.

Buktinya, Pasukan Mercedes AMG-PETRONAS berjaya menawan podium Formula 1 untuk 5 tahun berturut-turut (2014-2018) dan merupakan pasukan kedua dengan kejayaan ini.

Melalui Pasukan Mercedes AMG-PETRONAS, Malaysia berjaya mengasah kepakaran untuk memberi rakyat Malaysia minyak dan pelincir yang terbukti efisen!

Ayuh, bersama Merentas Zaman Sempena Ulang Tahun ke-45 PETRONAS!

Image via PETRONAS

Sempena 45 tahun bersama rakyat Malaysia, PETRONAS ingin bersama-sama merentas zaman bersama anda semua!

Trak Merentas Masa (Time Travel Truck)

Image via PETRONAS

Teringin nak tengok sendiri perjalanan 45 tahun PETRONAS bersama rakyat Malaysia?

Jangan lepaskan peluang anda untuk mengejar sendiri trak merentas masa yang akan menjelajah ke 10 negeri seluruh Malaysia.

Anda boleh rasai sendiri pengalaman merentas masa melalui skrin mini di dalam trak merentas masa. Selain itu, anda juga boleh bermain permainan menarik bersama seisi keluarga.

Anda juga boleh kumpulkan 9 pin enamel eksklusif daripada PETRONAS melalui pengembaraan dengan trak merentas masa ini!

Image via PETRONAS

Comelnya pin-pin ini!

Paling syok, ada Konsert Bersama Merentas Zaman!

Image via PETRONAS

Konsert mega yang bakal menampilkan 45 artis paling top di Malaysia seperti Ella, Jacklyn Victor, Datuk M. Nasir, Search, Faizal Tahir, Alleycats serta ramai lagi yang akan buatkan anda semua terbuai-buai melayan perasaan. Bukan senang nak himpunkan artis terkenal Malaysia dalam satu masa!

  • Tarikh: 17 Ogos 2019 (Sabtu)
  • Tempat: Plaza KLCC
  • Masa: 6.00 PM-12.00 AM

Masuk adalah PERCUMA!

Jika anda tidak berkempatan untuk hadir, anda boleh tonton melalui Facebook PETRONAS.

Tree of Tales

Image via PETRONAS

Tree of Tales merupakan paparan digital dengan reka bentuk unik bagi memberikan anda pengalaman baru untuk merasai dan mempelajari sendiri sumbangan PETRONAS selama 45 tahun kepada negara.

Tree of Tales

  • Tarikh: 17 – 23 Ogos 2019
  • Lokasi: Suria KLCC Concourse
  • Masa: 10am – 10pm

Tree of Tales (Sabah & Sarawak)

  • Tarikh: 14 – 15 September 2019
  • Masa: 10 AM – 10 PM

Untuk tahu lebih lanjut mengenai aktiviti Bersama Merentas Zaman sempena ulang tahun ke 45 tahun PETRONAS ini, boleh terus ke laman web rasmi PETRONAS

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: