Hidang Masakan Kampung Dan 5 Perkara Menarik Mengenai Bayu Air Yang Perlu Anda Tahu

Makin lama makin hebat persaingan dalam bidang industri penerbangan tempatan.

Selepas Rayani Air, nampaknya satu lagi syarikat penerbangan juga akan beroperasi di Malaysia iaitu...

Dengar-dengar syarikat penerbangan ini akan mula beroperasi pada Ogos tahun ini dan juga menawarkan perkhidmatan yang sangat menarik.

Walaupun begitu, dikhabarkan bahawa syarikat ini belum lagi memohon permit atau lesen kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk beroperasi Ogos ini.

Bagaimanapun, lupakan perkara itu seketika sebab ada beberapa perkara menarik mengenai Bayu Air yang perlu anda tahu:

1. Dimiliki syarikat bumiputera Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd

Mohd Saifulrizal Raffien (tengah) bersama staf Bayu Air

Image via www.tv14.my

Bayu Air merupakan syarikat penerbangan yang dimiliki syarikat bumiputera yang mana diketuai oleh Mohd Saifulrizal Raffien sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

2. Ditubuhkan pada 2014 dan berpusat di Cyberjaya

Rupa-rupanya, Bayu Air telah 2 tahun ditubuhkan dengan mempunyai seramai 300 kakitangan. Kami pasti ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini.

3. Perancangan fasa pertama ke Jeddah dan Madinah bagi destinasi umrah

Gambar sekadar hiasan

Image via www.dreamstravel.co.uk

Untuk pengetahuan semua, Bayu Air akan menyediakan program untuk membawa seramai 40 orang fakir miskin dan tidak berkemampuan untuk mengerjakan umrah pada setiap bulan.

Bayu Air akan menaja program tersebut dengan kos RM15,000 setiap seorang jemaah.

4. Merancang menggunakan tiga pesawat Boeing 777-200

Gambar sekadar hiasan

Image via en.wikipedia.org

Sedikit maklumat mengenai Boeing 777, ia adalah sebuah pesawat berbadan lebar dan berenjin kembar. Pesawat ini mampu menerbangkan seramai 305 hingga 550 penumpang pada satu-satu masa dan berjulat antara 10,400 km dan 16,400 km (5,600 dan 8,870 batu nautika).

5. Menyediakan hidangan masakan kampung selain menawarkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan

Gambar sekadar hiasan

Image via mediapermata.com.bn

Menurut Mohd Saifulrizal Raffien, ini memberikan pengalaman baru dan keselesaan kepada para penumpang dan pihak Bayu Air amat komited dalam menjadikan perkhidmatan mereka sebagai yang terbaik.

Tambahnya lagi, konsep yang diketengahkan Bayu Air akan dapat memperkasakan lagi produk PKS tempatan selain mempromosikannya ke peringkat dunia.

6. Membuka peluang pekerjaan kepada bekas kakitangan Malaysia Airlines (MAS)

Selain itu, syarikat penerbangan baru ini juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada industri penerbangan termasuk 100 orang bekas krew kabin dan 25 bekas juruterbang MAS yang telah kehilangan pekerjaan baru-baru ini.

Kami doakan semoga segala usaha Bayu Air ini dapat terlaksana dengan baik. Selamat maju jaya Bayu Air!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment