seismik

13 'Struggles' Yang Kita Semua Pernah Lalui Bila Main Bola Masa Kecil Dulu. Tapi Seronok!

Perkara-perkara inilah yang menjadikan zaman kanak-kanak kita begitu bermakna dan akan dikenang sampai bila-bila.

Cover image via Mazidul Akmal

1. Kalau boleh hari-hari nak main bola kat padang

Gambar sekadar hiasan

Image via arsenal4u.com

Main bola kat padang adalah acara wajib yang kita kena buat tiap-tiap petang. Bila satu petang tak keluar rumah, rasa macam hari tu tak complete. Duduk rumah apa boleh buat?

2. "Ya Allah, tolonglah jangan hujan hari ni. Amin."

Gambar sekadar hiasan

Image via kosmo.com.my

Air hujan yang mencurah dari langit tu lebih kurang sama dengan tangisan yang keluar dari kelopak mata. Waktu petang jadi tak bermakna tanpa bermain bola sepak dengan kawan-kawan. Tapi kadang-kadang kalau hujan pun keluar jugak. Padang tak ramai orang dan boleh main bola tak pakai baju!

3. Gol tak ada, selipar kan ada!

Sebelah selipar jadi satu tiang, sebelah lagi jadi tiang kedua.

Image via blogspot.com

Jyeah! Gol selipar memang legend! Yang penting masa nak buat gol, langkah kena sama besar. Lagi bagus kalau guna orang yang sama untuk buat gol. Barulah adil dan saksama. Kalau satu gol lebih besar daripada yang lagi satu, serius boleh buat gaduh!

4. Kalau rembat tinggi sikit, dikira tak gol

Gambar sekadar hiasan

Image via Instagram

Okay yang ini kelakar. Gol selipar hanya ada tiang tapi tak ada palang. Jadi agak susah untuk tentukan ketinggian gol tu. So, bila ada orang shoot tinggi sikit, mesti akan argue sama ada bola tu masuk gol atau tak masuk gol.

Team A: "Weh, mana ada tinggi. Bola masuk kot!"
Team B: "Bola tinggi weh. Dah lebih palang dah tu."

Dan perbalahan ni akan berterusan sampai ada yang mengalah.

5. "Kau jadi keeper sebab kau paling besar."

Allahu, bertabahlah wahai rakan-rakan yang terlebih 'sihat'. Selalunya memang mereka inilah yang jadi mangsa. Formulanya mudah:

Badan besar = tak boleh lari laju
Badan besar = dah cover 1/3 gol

Conclusion, posisi goalkeeper lah yang paling sesuai, walaupun tak power. Kadang-kadang kawan yang paling tinggi pun akan jadi mangsa juga.

6. Padang tak besar so kena cepat cop tempat

Siapa cepat dia dapat!

Image via YouTube

Pukul 5 tepat dah kena ada kat padang. Kalau datang 5.30, memang bye bye. Padang waktu ni mesti dah penuh sampai tak ada tempat untuk main bola. First come first serve ya!

7. Tengah syok main, tiba-tiba kena halau dengan orang besar

Image via imgur.com

Mentang-mentanglah kita ni budak, suka hati je nak halau. Tapi apa boleh buat, redha jelah. Kalau bantah nanti lagi teruk pulak kena.

8. Rembat bola "ke laut" sampai masuk longkang besar

Gambar sekadar hiasan

Image via blogspot.com

Dalam setiap team mesti ada seorang kaki 'shoot' melambung, kan? Tak pasal-pasal kena pergi kutip bola dalam longkang. Siap gigih pergi cari kayu panjang sebab tangan tak sampai. Sanggup lakukan apa sahaja demi bola!

9. Bola kempis. Nak beli pam tak mampu.

Macam inilah rupanya.

Image via abcnews.com

Bila dah ada pam, tiub pulak tak ada. Maklumlah, benda kecil macam tu memang senang hilang. Haa mainlah kau dengan bola kempis tu. Kalau nasib tak baik, bola tu confirm akan rosak.

10. "Kasut bola tu apa? Semua pakai 'kaki ayam' je lah!"

Gambar sekadar hiasan

Image via outrolado.com.br

Seriously, masa kecil dulu kita semua memang main pakai 'kaki ayam' je. Bila fikirkan balik sekarang rasa macam jijik. Tapi itulah salah satu keindahan bermain bola sepak zaman dulu. Tak kiralah padang rata, padang tak rata, padang penuh pasir, padang berlumpur, atau padang banjir, semua pun kita balun.

11. Budak taman sebelah selalu rasa diorang lagi power dan ajak battle

Image via giphy.com

Kecoh betul budak taman sebelah. Nak main bola pun tak tenang. Korang nak battle sangat? Mari sini datang menghadap! Kami tunggu.

12. Tak puas hati betul kalau team berat sebelah

Image via Mazidul Akmal

Yang ini pun boleh buat gaduh. Mana boleh kalau satu team penuh budak wakil sekolah lawan dengan team yang tak ada budak wakil sekolah. Pembahagian team kenalah balance. Lagi-lagi kalau ada seorang striker yang power, mesti semua berebut nak ada dia dalam team.

13. Paling penting, make sure balik rumah sebelum azan Maghrib. Kalau tak...

Gambar sekadar hiasan

Image via pojokpitu.com

Kalau nak cari nahas, cubalah balik selepas azan Maghrib. Tengoklah apa mak ayah korang akan buat. Silap haribulan, nak masuk rumah pun tak dapat sebab kena kunci kat luar.

Bukan orang biasa sahaja yang mengalami struggles sebegini. Bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal dan Lim Chan Yew turut sama berkongsi cabaran yang perlu mereka hadapi semasa kecil.

Akmal Rizal (kiri) pernah digelar sebagai pemain harapan kebangsaan, manakala Lim Chan Yew pernah terlibat dalam 5 perlawanan pre-season bersama pasukan Bournemouth di England.

Image via Four Four Two

Akmal Rizal: "Dulu saya hanya pakai 'kaki ayam' kerana tidak mampu untuk membeli kasut. Bermain pun hanya di taman dan di sekitar kampung bersama rakan-rakan. Tidak banyak peluang yang ada pada ketika itu untuk saya menyerlahkan bakat. Saya hanya sekadar seorang 'jaguh kampung' sahaja."

Lim Chan Yew: "Saya dapat rasa yang ibu bapa saya tidak menyokong saya 100%. Biasalah pada waktu itu, ibu bapa mana yang mahukan anak mereka menjadi pemain bola sepak? Setakat bermain bola sepak pada waktu petang bersama rakan-rakan itu tidak menjadi masalah. Namun untuk menjadikannya sebagai karier, itu bukanlah sesuatu yang biasa kita dengar."

Berbekalkan minat, bakat, dan semangat juang, anda pasti perlu berani melangkah ke hadapan

Setiap orang mempunyai peluang untuk menjadi yang terbaik, tidak kira betapa besarnya cabaran dan dugaan yang perlu diharungi.

Bersama MILO Hidup Bola, MILO menyokong inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penyertaan belia dalam sukan, serta membangunkan komuniti futsal di serata Malaysia.

MILO sentiasa giat mempromosikan gaya hidup aktif dan untuk tahun ke-14, MILO sedang mencari pasukan futsal dari seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kejohanan futsal MILO Hidup Bola peringkat akar umbi ini pada tahun 2019.

Anda ada satu pasukan Futsal yang hebat? Apa tunggu lagi, sertai kejohanan futsal MILO Hidup Bola 2019 di sini.

*Pendaftaran akan dibuka pada Januari 2019.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga: