seismik

Kalau Saya Nak Sertai Perhimpunan BERSIH 4, Apa Yang Saya Perlu Tahu?

Jangan terus terjah tanpa mengetahui apa-apa. Jadilah warga Malaysia yang prihatin.

Cover image via ebeep.net

Seperti sedia maklum, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengadakan perhimpunan aman Bersih 4 di tiga lokasi berbeza iaitu KL, Kuching, dan KK pada 29 dan 30 Ogos 2015

Atas agenda perjuangan menggesa sistem pilihan raya dan pentadbiran yang adil dan bersih, Bersih 2.0 mengumumkan tentang perhimpunan jalanan Bersih 4 yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos nanti.

astroawani.com

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai Pesta Demokrasi 34 Jam Bersih 4 di Kuala Lumpur bermula jam 2 petang 29 Ogos 2015 sehingga jam 11.59 malam 30 Ogos 2015.

keadilandaily.com

Di Kuala Lumpur, lima lokasi telah ditetapkan sebagai lokasi berhimpun sebelum berarak ke Dataran Merdeka. Lokasi itu ialah Sogo KL, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.

Tidak seperti di KL, tiada perarakan akan dibuat di Kuching dan Kota Kinabalu. Para peserta hanya akan berhimpun dan meneruskan aktiviti mereka di lokasi masing-masing.

Di Kuching, perhimpunan akan diadakan di Padang Merdeka, manakala di Kota Kinabalu di Tanjung Lipat.

astroawani.com

Bersih 2.0 telah memaklumkan pihak Polis dan DBKL tentang perhimpunan Bersih 4 dan meminta supaya keselamatan rakyat Malaysia terjamin dan lalulintas di ibu kota terkawal sepanjang berlangsungnya perhimpunan

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah.

Image via www.themalaymailonline.com

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut pihak berkuasa tidak menggunakan gas pemedih mata semasa Perhimpunan Bersih 4 nanti.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata penggunaan gas itu tidak wajar digunakan dalam perhimpunan melibatkan orang awam.

"Mereka (polis) tidak janji mereka tidak akan guna gas pemedih mata. Namun, saya ada membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang tidak sepatutnya mereka buat."

astroawani.com

Perhimpunan aman Bersih 3.0 bertukar tragedi apabila peserta didapati bertelagah dengan pihak polis.

Image via www.demotix.com

"Mereka (PDRM) memberitahu apa yang mereka patut dan tidak patut buat (semasa perhimpunan). Polis tidak boleh menghentikannya. Kami akan kecewa jika pihak polis mengambil tindakan ke atas peserta. Bersih tidak mahu kejadian Perhimpunan Bersih 3.0 berulang. Semua itu sudah dibangkitkan kepada mereka."

"Saya yakin dengan kerjasama pihak polis perhimpunan itu akan berjalan dengan baik. Esok (15 Ogos 2015) kita akan melancarkan program ini, dan kita akan utarakan semua perkara ini selain mengajak NGO untuk turut bersama dalam perhimpunan," jelas Maria.

astroawani.com

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak melarang mana-mana pihak berhimpun bagi menyuarakan pandangan masing-masing, tetapi haruslah mengikut peruntukkan undang-undang

"Kita tidak melarang tapi semua mesti ikut peruntukkan undang-undang sedia ada. Kalau tidak kita akan ambil tindakan. Penganjur bagaimanapun perlu membuat permohonan dan himpunan harus dianjurkan di tempat yang sesuai dan berunding dengan pihak polis."

"Bagaimanapun, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mengajak orang awam berhimpunan di jalanan yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib berundur dari jawatannya."

sinarharian.com.my

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Image via www.todayonline.com

“Saya mengingatkan kepada NGO, parti politik dan orang perseorangan supaya tidak mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang. Saya tidak akan berkompromi dengan apa juga percubaan melanggar undang-undang demi menegakkan pandangan masing-masing."

"Kita ada cara mengikut undang–undang perlembagaan dan undang-undang untuk menukar kerajaan, patuhi dan ikut peraturan yang ada,” katanya.

sinarharian.com.my

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan berkeinginan untuk sertai perhimpunan Bersih 4, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu.

1. Kenapa kena join?

Masanya telah tiba untuk semua rakyat Malaysia melangkah maju bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan serta supaya beberapa penambahbaikan institusi dilaksanakan bagi menghentikan korupsi di peringkat tertinggi yang berlarutan sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rakyat Malaysia menanggung kerugian lantaran skandal RM42 bilion 1MDB, selain banyak lagi aktiviti rasuah, ketirisan dan salah urustadbir.

bersih.org

2. Apa sebenarnya yang Bersih 2.0 perjuangkan?

Image via sudhirtv.com

Memandangkan korupsi di peringkat tertinggi di Malaysia diakibatkan tiga faktor; manipulasi pilihanraya, pemusatan kuasa Eksekutif dan penafian hak membantah, BERSIH 2.0 telah menuntut 10 penambahbaikan institusi:

1. Penambahbaikan pilihanraya
2. Menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya sebuah badan di bawah Perlembagaan yang bertanggungjawab kepada Parlimen
3. Menghalang Perdana Menteri daripada memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan
4. Penambahbaikan Parlimen
5. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab kepada Parlimen
6. Mengasingkan Peguam Negara daripada tugas dan peranan Pendakwaraya
7. Menggubal undang-undang kebebasan maklumat di peringkat Persekutuan dan Negeri
8. Menteri dan penjawat awam tertinggi perlu mengisyithar harta
9. Memansuhkan atau meminda undang-undang zalim
10. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

bersih.org

3. Apa lagi gesaan yang diminta?

Sebagai langkah segera untuk mengembalikan keyakinan awam kepada siasatan ke atas 1MDB, BERSIH 2.0 telah turut menggesa empat langkah berikut diambil:

1. Supaya Najib Razak mendedahkan butiran akaun banknya, dan terutamanya memperjelaskan sama ada akaun AmBank dengan namanya benar-benar wujud, dan jika ya, mendedahkan butiran transaksi bagi tarikh-tarikh yang berkenaan
2. Najib Razak mesti bercuti daripada jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kesemua jawatan awam yang disandangnya selama siasatan berlangsung.
3. Bekukan akaun Najib Razak, isteri dan anak-anaknya.
4. Kesemua hasil siasatan Bank Negara, SPRM, pihak polis dan PAC berkenaan 1MDB serta syarikat-syarikat berkaitan mesti didedahkan kepada orang ramai secepat mungkin.

bersih.org

4. Adakah perhimpunan Bersih 4 ini penting?

Bukan rahsia lagi bahawa media arus perdana Malaysia gagal untuk mengamalkan keseimbangan dan keadilan dalam laporan berita bagi parti-parti politik dari semua jurang. BERSIH 2.0 memanggil SPR untuk menekan semua agensi media, terutamanya agensi media yang dibiayai kerajaan seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan BERNAMA supaya memperuntukkan liputan seimbang dan objektif bagi semua parti politik.

bersih.org

Korupsi adalah penyakit yang telah menjangkiti setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia. BERSIH 2.0 dan rakyat meminta agar segala bentuk korupsi dihapuskan. Usaha-usaha semasa membasmi gejala rasuah merupakan token semata-mata bagi menenangkan rungutan daripada orang ramai. BERSIH 2.0 menuntut tindakan serius diambil ke atas SEMUA dakwaan rasuah, termasuk membeli undi.

Rakyat Malaysia sudah bosan dengan permainan politik kotor yang menjadi ciri utama arena politik Malaysia. BERSIH 2.0 menuntut semua parti dan ahli politik untuk menghentikan politik longkang. Sebagai pengundi, rakyat tidak berminat dalam politik longkang; rakyat berminat dalam dasar-dasar yang memberi kesan kepada negara.

bersih.org

Bercakap mengenai isu korupsi, Anonymous Malaysia dalam satu video terbaru menyenaraikan satu persatu permasalahan yang sedang melanda Malaysia. Mereka juga bercadang untuk mengadakan "perang internet" besar-besaran pada tarikh yang sama dengan Bersih 4.

Video ancaman keselamatan dari "Anonymous" terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan MALAYSIA. Pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) perlu ambil tindakan segera mengensan mereka!

Posted by Tabik Polis on Sunday, August 9, 2015

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata Bersih tidak mendapat kebenaran untuk berhimpun, dan peserta boleh berdepan tindakan undang-undang

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.

Image via www.astroawani.com

Polis menerima notis pemberitahuan daripada pihak penganjur, namun dokumen berkenaan tidak lengkap kerana tidak menyertakan kebenaran pemilik lokasi berhimpun.

"Tidak perlulah ambil bahagian dalam demo (demonstrasi) haram. Penganjur boleh menghantar dokumen itu pada bila-bila masa sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan, selepas menerimanya baru kami akan mempertimbangkan permohonan mereka," kata Tajuddin.

bernama.com

DBKL juga memberi amaran keras kepada peserta Bersih supaya tidak menceroboh Dataran Merdeka dan mengarah untuk adakan perhimpunan di tempat lain

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz.

Image via www.thestar.com.my

“Saya ingatkan peserta Bersih 4.0 tidak memasuki kawasan larangan tersebut mahupun mendirikan sebarang sturuktur khemah atau kanopi sama ada di sekitar bahu jalan atau atas bahu jalan. Kita akan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang degil."

“Perlu diingatkan Dataran Merdeka adalah kepunyaan DBKL dan dalam apa jua keadaan sekalipun kami tidak akan benarkan Dataran Merdeka digunakan untuk Bersih 4.0,” tegas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz.

Mohd Amin mencadangkan penganjur mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 ini diadakan di Stadium Titiwangsa atau di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Jika mereka memohon, kita benarkan mereka adakan perhimpunan dalam stadium yang lebih sesuai untuk perhimpunan aman,” katanya lagi.

freemalaysiatoday.com

Sama juga seperti di Sabah dan Sarawak, penganjur digesa untuk mencari lokasi lain kerana tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya

Kuching: Orang ramai telah dinasihatkan supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut di Padang Merdeka.

Ini kerana kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah membatalkan kebenaran menggunakan tempat itu atas alasan terdapat kerja pengubahsuaian sedang dijalankan.

Kota Kinabalu: Polis berkata perhimpunan itu tidak boleh diadakan di Tanjung Lipat kerana pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu enggan memberikan kebenaran.

astroawani.com

Meskipun begitu, pihak penganjur tetap ingin meneruskan acara tersebut seperti dirancang

Kuala Lumpur: Maria Chin berkata Bersih 4.0 akan diteruskan seperti dirancang walaupun gagal mendapat permit.

Maria berkata, dari segi keselamatan, Bersih 2.0 telah menyediakan pasukan keselamatannya sendiri iaitu sejumlah 2,000 orang untuk mengawal orang ramai dan lalu lintas. Selain itu, sejumlah 200 sukarelawan juga ditempatkan di lokasi-lokasi berbeza untuk memastikan kebersihan.

Tambahnya, orang ramai dan peniaga di KL boleh menjalankan aktiviti dan perniagaan mereka seperti biasa.

Kuching: Penganjur Bersih 4.0 di Sarawak juga bercadang untuk merayu kepada kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Utara Kuching bagi mendapatkan kebenaran mengadakan perhimpunan sepertimana dirancang.

Kota Kinabalu: Penganjur Bersih 4.0 di Sabah berkata perhimpunan akan tetap diadakan sepertimana dirancang, walaupun masih gagal mendapatkan kebenaran.

Penganjur dilapor akan cuba berunding dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan pihak polis untuk tujuan itu.

astroawani.com

Jadi, sama ada nak join atau tak itu terpulang. Yang penting, kita hanya mahu melihat perhimpunan aman tanpa berlaku sebarang keganasan. Harap perkara ini dapat sama-sama kita titikberatkan.

Sama-sama kita hentikan keganasan. Bukan ini nilai yang ingin kita tunjukkan kepada dunia.

Image via www.freemalaysiatoday.com

Nak tahu lebih detail mengenai Bersih 4? KLIK SINI:

You may be interested in: