Lebih Setengah Juta Orang Sudah Menonton Siri Ini. 4 Sebab Kenapa Anda Pun Patut Tengok!
Tak sabar nak tunggu episod akhir.
'Ketupat Rendang Brownies Coklat' merupakan gabungan dua hidangan popular; tradisional dan moden kepada satu nama
Sinonim dengan tema siri ini tentang persepsi orang lama terhadap orang zaman sekarang, nama 'Ketupat Rendang Brownies Coklat' memang tepat untuk digunakan dan sudah cukup untuk menarik perhatian orang ramai.
Di sini, kami ingin beri 4 sebab kenapa semua orang kena tengok siri 'Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat':
1. Dibarisi pelakon hebat
Tak boleh disangkal lagi, Rita Rudaini, Rashidi Ishak, dan Khatijah Tan memang hebat dalam bab lakonan. Digandingkan pula dengan bakat cilik Khayrisyah Kemal dan Habiel Lutfillah, celoteh mereka langsung tak kering gusi. Si atok, Mior Hashim Manaf pun boleh tahan juga dengan gaya sempoinya. Chemistry yang ditunjukkan oleh mereka berenam ini tampak begitu semula jadi, tak macam berlakon pun.
2. Berkisar tentang sengketa menantu dan mak mertua yang tak sekepala
Tak kisahlah apa pun yang si menantu masak, ada saja benda yang tak kena pada tekak si mak mertua. Masak pakai mesin pun tak boleh, kisar bawang guna blender pun tak boleh, sampai menantu jadi stress nak melayan.
Paling lucu bila mak mertua cakap:
"Orang dulu-dulu pakai lesung je. Barang-barang segera ni, lain rasanya, tak asli. Acuan kita tu kena jaga."
3. Jalan cerita ringan, santai, dan menghiburkan
Bukan senang si ayah nak ajak anak-anak bawa balik kampung. Bila diajak, ada saja alasan yang mereka bagi. Rumah nenek tak best lah, kat kampung tak ada 4G lah, dah ada plan dengan kawan-kawan lah, macam-macam karenah. Sedih atok dan nenek bila dapat tahu anak cucu semua tak balik beraya kat kampung. Tapi, jangan ingat mereka boleh terlepas sebab atok dan nenek ada muslihat mereka sendiri.
4. Menyuntik nilai kekeluargaan yang patut kita semaikan dalam kehidupan seharian
Boleh kata hampir 95% babak dalam siri ini berkisar tentang kekeluargaan. Walaupun ada sedikit sengketa dan pertelingkahan, hubungan kekeluargaan tetap perlu dihargai dan dipelihara sebaik mungkin. Mesej tentang silaturrahim ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada penonton agar sentiasa menjaga hubungan baik bersama ahli keluarga. Bak kata pepatah, "Ohana means family. Family means nobody gets left behind or forgotten."
Akhirnya apa akan jadi?
Dah hampir tiga tahun, Zaid (Rashidi Ishak) dan keluarganya tak balik kampung untuk sambut Raya. Ibu bapanya, Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim Manaf) jelas sekali merindui dan mahu meluangkan masa bersama-sama di kampung. Tapi tahun ini tiada beza juga buat Zaid kerana isterinya Elyna (Rita Rudaini) terlalu sibuk dengan kerja.
Selepas dapat tahu anak cucu mereka tidak balik ke kampung, Wan dengan Tok Wan berpakat untuk pergi ke bandar dan beri kejutan kepada Zaid sekeluarga.
Walaupun Wan merasai kehadirannya seperti tak diundang oleh Elyna, dia tetap tidak berputus asa untuk mengambil hati dan akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan senjata rahsia beliau dengan hidangan rendang yang enak, dimasak dengan penuh kasih sayang.
Mampukah Wan memenangi hati keluarga Zaid? Adakah Zaid sekeluarga akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama-sama Wan dan Tok Wan?
Saksikan 'Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat' yang padat dengan lawak jenaka dan pengajaran yang pastinya membuat anda melekat di depan TV
Lebih menarik, dengan menonton siri ini, anda berpeluang untuk memenangi barangan elektronik daripada Panasonic!
Macam mana nak menang? Kenalah tengok setiap episod. ;)
'Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat' akan bersiaran bermula dari 25 Mei hingga 15 Jun, setiap Khamis jam 6 petang di TV3.
Siaran ulangan pula bermula dari 3-6 Julai, Isnin-Khamis jam 5.35 petang di saluran yang sama.
Selamat menonton! :D